Monday, December 21, 2009

Diam Juga Hadiah Istimewa

Ayuh kita selusuri soal hati... soal perasaan seketika.... Menokok tambah pengetahuan yg mmang x berape nk ada... atau mungkin juga ada di antara kita yg mmang sedia mengetahui... tapi... seakan akan terlupa akannya. Apa kata kita celikan bola mata mengambil isi dalam pembacaan kita seterusnya...

Dalam menjalin ikatan suci antara anda dan pasangan, memang hati berbunga menyambut huluran cenderahati daripada yang tersayang.

Si dia pula sudah lama tahu anda mengindam sesuatu lantas menghadiahkan sesuatu yang ditunggu tunggu.

Namun, tidak semua cenderahati menjadi idaman pasangan bercinta. Cukup anda memahami dirinya pada saat dia kesedihan, sempurna rasanya apabila anda orang pertama tiba ketika dia memerlukan bantuan.

Lalu, apa sebenarnya yang diimpikan pasangan berkasih???


Cenderahati yang dinyatakan ini tidak dijual di mana mana kedai atau pasaraya. Menariknya, ia tidak perlu dibeli, tetapi boleh dihadiahkan setiap saat dan hari.


Cenderahati ini juga yang paling terindah dan tidak ternilai buat insan yang anda sayangi. Renungkan ia jika anda sudah melakukannya atau tidak pernah terlintas di hati untuk melaksanakannya :


Kehadiran


Kehadiran orang yang dikasihi - satu cenderahati tidak ternilai harganya kepada si dia. Selain itu, anda juga boleh berutus surat, telefon, gambar atau apa saja kemudahan canggih seperti khidmat pesanan ringkas (SM), e-mel mahupun memanfaatkan telefon bimbit sewajarnya.


Sekurang kurangnya anda sentiasa berada di sisinya. Anda dan dia dapat berkongsi perasaan, perhatian dan kasih sayang secara lebih utuh serta intensif. Oleh itu, kehadiran yang anda wujudkan juga sangat penting. Jadikan kehadiran anda sebagai pembawa kebahagiaan.

Mendengar


Tidak ramai yang mampu memberikan cenderahati ini kerana kebanyakan orang lebih suka didengar daripada mendengar. Sejak dulu, kita tahu sikap saling sedia mendengar amat diperlukan untuk keharmonian dalam hubungan sesama manusia.


Berikan cenderahati ini dengan mendengar segala curahan hatinya terhadap anda. Secara langsung, anda sudah mewujudkan kesabaran dan sikap rendah hati. Untuk menjadi pendengar yang baik, pastikan anda dalam keadaan betul betul selesa dan boleh menangkap setiap kata yang disampaikan.


Tataplah wajahnya. Tidak perlu mencela atau mengkritik apatah lagi mengulas. Biarkan dia yang menjelaskannya. Ini memudahkan anda memberi tanggapan tepat selepas itu. Tidak perlu berbincang atau membuat penilaian. Sekadar ucapan terima kasih, sudah memadai untuknya.


Diam

Seperti kata kata, di dalam diam juga ada kekuatan. Diam juga boleh digunakan sebagai hukuman, mengusir atau membingungkan orang lain.

Diam juga boleh menunjukkan perasaan cinta kita pada seseorang kerana memberinya 'ruang'.


Keterlaluan jika seharian kita sudah biasa menasihati, mengatur dan mengkritik, lalu sesekali kelukan lidah daripada mengeluarkan sebarang bicara.


Kebebasan


Mencintai seseorang bukan bermakna memberi hak sepenuhnya untuk memiliki atau mengatur kehidupan orang yang bersangkut paut dengan anda. Bolehkah mengaku yang anda mencintai seseorang jika selalu menyimpannya dalam hati??


Memberi kebebasan perkara yang boleh mewujudkan cinta. Kebebasan bukanlah bermakna anda bebas berbuat sesuka hati. Lebih daripada itu, memberi kebebasan adalah memberi kepercayaan sepenuhnya untuk bertanggungjawab atas segala hal yang diputuskan atau dilakukannya.


Keindahan


Siapa yang tidak bahagia jika orang yang disayangi tiba tiba tampil lebih kacak atau cantik? Penampilan yang segak dan rupawan juga salah satu cenderahati. Bahkan tidak salah jika anda menghadiahkannya setiap hari!


Kecantikan diri lambang peribadi dan anda pun boleh menghadiahkannya dengan sesuatu yang cantik untuk suasana rumah. Misalnya, pasu bunga segar cantik di ruang tamu atau meja makan berhias indah.

Tanggapan Positif

Tanpa sedar anda sering memberikan penilaian negatif terhadap pemikiran, sikap atau tindakan orang yang anda sayangi. Seolah olah tidak ada yang benar daripada dirinya dan kebenaran mutlak hanya pada kita.


Kali ini, cuba hadiahkan tanggapan positif. Nyatakan dengan jelas dan ikhlas. Cuba ingat, berapa kali dalam seminggu anda mengucapkan terima kasih atas segala hal yang dilakukannya untuk anda? Pernahkah anda memujinya? Kedua dua hal itu cenderahati yang sering tidak dilupakan.


Sedia Mengalah


Tidak semua masalah boleh menjadi bahan pertengkaran. Apatah lagi sehingga menjadi pergaduhan hebat. Seharusnya, anda perlu pertimbangkan, apakah wajar sebuah hubungan cinta dikorbankan sehingga mejadi kucar kacir hanya disebabkan sesuatu persoalan?

Apabila anda memikirkan hal ini, bermakna anda sudah bersedia untuk memberikan cenderahati kepadanya kerana sedia mengalah. Anda tentu akan berasa kesal atau marah jika di dia tidak menepati janji.


Tetapi jika kesalahan itu dilakukan kali pertama, mengapa ia dijadikan punca pertengkaran sehingga berlarutan? Kesediaan anda untuk mengalah juga dapat melunturkan rasa sakit hati dan menyedarkan diri tidak ada satu pun manusia yang sempurna di dunia ini.


Senyuman


Percaya atau tidak, senyuman mempunyai kekuatan luar biasa. Senyuman, kelebihan yang diberikan tulus ikhlas, boleh menjadi pencair hubungan yang beku, pemberi semangat ketika sedang putus asa, menceriakan suasana muram juga menjadi ubat penenang jiwa ketika resah.


Senyuman juga bagaikan isyarat untuk membuka diri dengan dunia sekeliling. Semoga hidup lebih bermakna dengan pemberian cenderahati ini.



pssttt semua nie.. x kena duit pun... heheheee Tapi apa pun... keikhlasan jua menjadi tunjangnya...

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah

Lakukanlah penghijrahan walau sedikit cuma...
sekurang kurangnya detik permulaan bagi segalanya...
mencari yang lebih barokah
dalam denyut nadi yang masih dipinjamkan olehNYA...

Semoga kita semua menjadi insan yang lebih bersyukur atas limpah kurniaNYA...
Memperbaiki apa yang kurang dalam mensyukuri nikmatNYA...

ALPA... LEKA... penghujungnya... DERITA...
ANGAN ANGAN tanpa pacuan... itu SIA SIA
Gandingkan ANGAN ANGAN bersama IMPIAN dan KEGIGIHAN
Itulah kunci utama KEJAYAAN...

Akhir sekali... gagahnya kita berdiri di sini... hanyalah dengan ehsanNYA jua...

renung2kan...
psstt sebenarnya nie peringatan utk diri aku sendiri heheheee

Monday, November 23, 2009

Sepenggal Kisah Cinta Dari Cairo (6)

jeng jeng jeng.... inilah suratnyre... silalah melahap isinye...

Ukthi Dewi Ambarwati,


Assalamu'alaikum wr. wb.

Ba'da tahmid dan salawat

Ku harap kau tidak salah menangkap pesanan saya melalui Ustadzah Azimah petang tadi. Saya perlu meyakinkan lagi dengan surat ini, bahawa kau tidak salah faham. Saya tidak membatalkan rencana kita. Saya hanya memberikan satu pengertian, bahawa saya tidak dapat beristeri dengan siapa saja yang tidurnya mendengkur. Maafkan saya, jika ini kelihatan aneh.

Sejak kecil saya terbiasa tidur tenang. Saya sama sekali tidak dapat tidur jika mendengar suara berisik tak beraturan, terutama dengkuran. Boleh kau bayangkan, jika seandainya kelak saya sibuk dengan pelbagai urusan di siang hari dan pada malam harinya saya perlu istirehat tenang. Tentu saya akan kecewa jika justeru isteri sayalah yang mengganggu tidur saya. Ini tentu boleh berlanjutan jadi petaka. Saya tidak mahu terzalim dan tidak mahu menzalimi. Saya mendapat maklumat bahawa Ukhti jika tidur, maaf, katanya mendengkur. Sekali lagi saya ingin meyakinkan, bahawa saya tidak akan menikah dengan orang yang tidurnya mendengkur. Saya mohon kau tidak menganggap saya ini mengada ada. Sebab banyak kejadian, masalah tidur dengan lampu menyala atau tidak saja dapat membuat rumahtangga tidak nyaman. Banyak kes yang membuktikan. Saya hanya ingin sedia payung sebelum hujan.

Sebetulnya hal mendengkur boleh diatasi. Kika kau dapat mengatasinya, maka insya' Allah, rencana kita mengamalkan sunnah Rasul akan terwujud. Saya menunggumu dua bulan ke depan. Jika perlu biaya untuk pemeriksaan intensif ke doktor silakan berterus terang. Saya sedia membantu. Mohon fahamilah masalah ini baik baik. Sebab setelah saya cek agaknya Ustadzah Azimah salah faham, sehingga maklumat yang kau terima boleh jadi juga salah. Saya minta klarifikasi darimu secepatnya.

Wassalamu'alaikum wr. wb.

Al-Faqir Ilallah,
Nabeh Al Faiz

Mata Dewi berkaca kaca. Allah Maha Rahman, Maha Penyayang.

"Ul, rezeki itu masih ada di depan pintu! Cuba bacalah surat ini." Dewi berkata sambil menyerahkan surat pada Ulya. Ulya menerimanya dengan ragu. Ia menatap Dewi. Mata mereka bertentangan. Dewi mengangguk: "Bacalah!" Ulya pun lalu membacanya. Selesai membaca surat itu ia memeluk Dewi sambil mengucapkan selamat.

"Insya Allah, kau dapat mengatasi aib kecil itu, Wi. Besok kita ke THT okey?" ucap Ulya.

"Okey, tapi aku lagi kosong Ul. Mana kiriman belum datang lagi. Bagaimana ni? Takkan minta sama Nabeh, malu dong."

"Jangan risau, Wi. Aku masih ada tiga ratus dollar. Takkan itu tidak cukup sih."


"Ah kau memang sahabat terbaikku Ul. Jazakillah khaira," kata Dewi sambil mendaratkan ciuman ringan ke pipi Ulya.

***

"Setelah saya periksa dengan teliti, di dalam saluran pernafasan ada benjolan kecil mirip selaput yang mengganggu. Memang tidak menimbulkan sakit, cuma akan menimbulkan bubyi dengkur saat tidur. Insya Allah setelah pembedahan kecil, dengkuran itu akan hilang." Jelas doktor Nadia Girgis, spesialis THT di Musa bin Nushair Medical Centre, Hayyu Sabee'.

"Sakit tak Dok, pembedahannya?" tanya Dewi. Sejak kecil ia memang agak takut doktor. Ia takut melihat jarum suntik. Kalau bukan kerana terdesak seperti ini tentu ia tidak mahu dibedah.

"Ah tidak, lebih ringan dari pembedahan tonsel. Tenang aja. Terus bila ingin jalankan pembedahan?" tanya doktor Nadia.

"Sekarang aja sekalian. Bagaimana dok?" sahut Ulya cepat.

"Lho kenapa sekarang Ul. Sememangnya kamu yang mahu dibedah!" protes Dewi.

"Bukan gitu Wi. Kita tidak punya waktu lagi. Tak lama lagi ujian. Selepas pembedahan, kamu sekurang kurangnya harus istirehat tiga hari. Kasihanlah sama kami yang akan melayanimu seumpama tuan puteri," jelad Ulya. Sementara doktor Nadia hanya senyum senyum saja melihat dua gadis berjilbab itu berdebat.

"Ya Dok, sejarang aja." Akhirnya Dewi pasrah.

"Baiklah, mari ikut aku ke ruang pembedahan.

***

Tiga jam kemudian.

"Ini pembedahan kecil saja. Satu minggu lagi kamu insya Allah akan sembuh sepenuhnya. Namun kamu perlu istirehat empat hari penuh. Kau boleh memilih, istirehat di klinik ini atau di rumah. Jika di rumah akan saya tuliskan resit untuk ubat jalannya." Jelad doktor Nadia.

"Di rumah aja ya Wi? Lebih selesa dan tidak banyak biaya." kata Ulya pada Dewi.

"He eh!" jawab Dewi sambil mengangguk.

"Kami pilih istirehat di rumah saja Dok, lebih at home." jelas Ulya.

Doktor Nadia lalu menuliskan resit dan menerangkan cara meminum ubatnya. Setelah membayar duit semuanya, kedua mahasiswi tahun akhir Universiti Al-Azhar itu lantas meminta izin untuk pulang. Begitu sampai di pintu tiba tiba Ulya menghentikan langkah.

"Sebentar Wi, ada yang terlupa. Kau tunggu di sini." Kata Ulya sambil membalikkan badan kembali pada doktor Nadia.

"Maaf Doktor, sedikit minta tolong. Mohon Doktor buatkan keterangan rasmi bahawa Dewi sudah dibedah dan suara dengkurnya yang bermasalah itu akan hilang. Juga mohon diterangkan bahawa pembedahan itu cuma pembedahan kecil saja," pinta Ulya. Dewi yang mendengar permintaan Ulya ity terus tersenyum dan mengerti maksud baik sahabatnya itu.

Doktor Nadia segera membuat keterangab rasmi dengan cop klinik rasmi. Setelah ia tandatangan dan ia cop, surat keterangan itu ia serahkan pada Ulya.

"Terima kadih Doktor, jazakillah khaira!"

"Rabbuna ma'akuma, insya Allah!" jawab doktor Nadia. Ulya melangkah perlahan meninggalkan doktor Nadia.

"Ah kau prihatin sekali, Ul." Kata Dewi sebaik Ulya ada di sampingnya.

"Pokoknya Kanjeng Raden Ayu Dewi Ambarwati tenang aja. Istirehat yang baik di rumah. Dayang dayang atau pelayan pelayan keraton Hayyu Tsamin, Cairo akan melayani Raden Ayu dengan senang hati. Dan surat sakti ini akan segera saya kirimkan pade Kanjeng Pangeran Ustadz Nabeh Al Faiz MA., biar dia juga tenang mengetahui calon permaisurinya sudah tidak mendengkur lagi," jawab Ulya dengan menirukan gaya bicara Ki Dalang Anom Suroto.

Dewi hanya tersenyum mendengarnya. Senandung cinta perlahan mengalun indah di dalam hatinya. Ia merasakan seantero kota Cairo dipenuhi bunga bunga cinta yang tiada tara semerbak wanginya.

- TAMAT -

Heheheeee ingat apelah isi surat tu kan.... buat suspen je....

Ermmm kalau sudah rezeki itu mmang Allah tentukan untuk kita... pasti ada jalannya untuk kita meraihnya.
Tp kan... alangkah beruntungnya dapat sahabat setulus dan semulia hati Ulya tu... klu realitinya masih ada lagi... errr rasa2nya aku nak daftar diri le... heheheee

Tuesday, November 17, 2009

Sepenggal Kisah Cinta Dari Cairo (5)



ayuh... sambung pembacaannya lagi...

"Yang tahu pasti hanya dia. Tapi aku boleh menekanya Wi. Tidak semua manusia boleh tidur dengan orang yang mendengkur. Ada orang yang telinganya sangat sensitif, mendengar bunyi sedikit saja ia terbangun. Padahal tidur adalah aktiviti istirehat cukup penting. Mungkin Akhi Nabeh termasuk orang yang sensitif itu. Jadi daripada dia nanti tersiksa lebih baik mencari orang yang tidak mendengkur."

"Kini aku baru menyesal Ul. Seandainya saranan sarananmu dulu itu kuambil perhatian. Aku tentu tidak akan kecewa seperti sekarang."

Sebenarnya Ulya ingin menjawab: "Banyak juga orang yang kecewa satu kamar dengan kamu Wi, mereka tidak boleh tidur gara gara kamu mendengkur. Baru saja Dian yang sekamar denganmu mengadu minta pindah bilik gara gara tidak boleh tidur mendengar suara dengkuran itu!" Tapi Ulya menangguhkannya, ia tidak mahu menambah beban sahabatnya itu.

Tidak ada orang yang paling prihatin terhadap Dewi melebihi Ulya. Mati matian Ulya menyayanginya. Ia lakukan pengorbanan apa saja demi persahabatan mereka. Dua tahun pertama di Cairo, ia minta satu kamar dengan Dewi, dengan tujuan menyembunyikan aib klasik Dewi itu. Tidak semua orang boleh memahami dengkuran Dewi. Setelah itu mereka berpisah. Dan ia sangat pemilih dalam memilihkan teman sekamar Dewi pengganti dirinya. Ia hanya boleh tenang jika Dewi sekamar dengan orang yang amanah dan boleh tidur tanpa terganggu suara dengkuran. Saat adik adik baru datang, Dewi mengajaknya menemani mereka. Ia setuju. Naasnya, kegembiraan menemani adik adik baru, Dian cs., membuatnya melupakan dengkuran Dewi. Kok boleh lupa ya? Ulya begitu menyesal kenapa ia melupan hal itu. 'Afwan Wi, saya lupa. Tapi salahmu juga sih. Dikatakan suruh berusaha menghilangkan, periksa ke spesialis THT kek, tidak mahu mempedulikan,' desah Ulya dalam hato.

"Yah, kamu benar Ul. Mungkin memang belum rezekiku. Allah Maha Rahman."

"Tenanglah Wi. Cubalah hubungi lagi Akhi Nabeh, bicarakan lagi baik baik. Mintalah tempuh padanya untuk menghilangkan dengkurmu. Kita cuba ke doktor, saya pernah baca di majalah bahawa mendengkur itu boleh dihilangkan kok. Bagaimana?"

"Saranan yang bijak sekali Ul. Terima kasih cintaku.' ucap Dewi sambil memeluk Ulya hangat. Ulya melirih jam di dinding. Pukul sebelas setengah.

"Wi, sudah jam segini kok si Imun belum pulang?"

"Iya. ya, padahal dia kata tadi akan menyusul pulang setengah jam kemudian. Cuba deh telefon ke rumah Ustadzah Azimah."

Ulya melangkah menuju pintu kamar hendak ke ruang tamu untuk menelifon. Pada saat yang sama si Imun datang membuka pintu depan.

"Assalamu'alaikum!" sapa Imun.

"Wa'alaikumussalam!" jawab Ulya.

"Kak Ul, Kak dewi mana, belum tidur kan?" tanya Imun.

"Belum, dia ada di kamar. Ada apa, kenapa seperti ada hal penting?" selidik Ulya.

"Ya ini ada surat kiriman Ustadzah Azimah untuk Mbak Dewi. Katanya sangat penting. Harus dibaca segera malam ini."

"Sini, biar aku saja yang menyampaikan." Pinta Ulya. Imun terus menghulur surat dari sakunya kepada Ulya.


***

Dewi tidur terlentang di atas tilam Ulya. Matanya menatap langit langit kamar. Ulya masuk sambil membawa surat.

"Wi, ini ada surat penting dari Mbak Azimah. Harus segera dibaca malam ini katanya." Ulya menyerahkan surat itu.

Tak lama kemudian, mata Dewi membaca huruf demi huruf surat itu :


aku sambung menaip isi kandungan surat tu bila ada kelapangan lagi yek...
nie pun aku curik2 masa kecederaan... heheheee biaq sape2 yg mengikuti kisah ini berdebar2 gitu jantungnye... heeeee


Friday, November 13, 2009

Sepenggal Kisah Cinta Dari Cairo (4)

jom kita slongkar apa sebab musabab spi tali khitbah tu blh terlerai...


"Mudah saja, kerana kamu kalau tidur bla... bla... bla...!"


"Bla... bla... bla.... apa UL?" tanya Dewi perlu keyakinan.

"Bla... bla... bla... ngoookk... zzz... ngoookk...zzz....ngoookk....!" jawab Ulya dengan mimik lucu menirukan orang berdengkur.

Seketika itu meledaklah tangis Dewi sejadi jadinya. Nafas Dewi sampai tersengal sengal. Ulya jadi bingung.


***


Dewi masih terisak isak dalam tangisnya. Ulya jadi sangat menyesal.


"Wi, maafkan aku Wi ya... tadi itu aku cuma gurau. Tak bermaksud menyakitimu. Aku sayang kamu kok Wi... hik... hik..." kata Ulya sambil menangis dan merangkul Dewi.

Perlahan Dewi menghentikan tangisannya.

"Sudahlah Ul, kau tidak salah kok. Apa yang kau katakan itu semuanya benar."

"Benar?? Benar bagaimana Wi? Apa maksudmu? Aku tadi cuma gurauan lho Wi!" tukas Ulya hairan.

"Ya benar. Memang Akhina Nabeh yang melamarku. Dan dia tiba tiba membatalkan rancangan pernikahan denganku itu gara gara tahu bahawa aku mendengkur waktu tidur. Aku kecewa sekali. Aku kesal dan geram. Alasannya itu kenapa kecil sangat. Aku jadi membenci keadaan!"

Mendengar penuturan Dewi itu, Ulya teringat kejadian dua minggu yang lalu. Saat itu Ustadzah Azimah bertanya padanya, apakah kalau tidur Dewi mendengkur. Kerana yang bertanya Ustadzah Azimah, tanpa ragu ia jawab iya jawab sejujurnya. Ia tidak menyangka ada rahsia besar di sebalik pertanyaan itu.

"Ya sabarlah Wi, yang paling penting carilah hikmah di sebalik ini semua. Yang jelas aku sudah menemukan hikmah yang besar dari kejadian ini?"

"Apa hikmah yang kau ketemukan Ul?" tanya Dewi sambil menyeka airmatanya. Sebenarnya Ulya ingin mengatakan, hikmahnya adalah kita mesti memperhatikan hal hal kecil yang ada pada diri kita. Seorang daiyah sejati harus benar benar baik, lahir dan batin. Tapi tiba tiba muncul fikiran nakalnya, ingin mengusik Dewi.

"Hikmah yang terbesar adalah... aku jadi punya kesempatan untuk mengajukan diri, aku kan juga mendambakan orang soleh, tampan, cerdas dan santun seperti Ustadz Nabeh. Nampaknya memang benar kok Wi, jodoh itu rezeki. Kamu itu sebenarnya muslimah yang ideal, pintar, cantik, keibuan, kaya, keturunan bangsawan, terjaga kesuciannya, solehah, mahasiswi Al-Azhar lagi. Apa lagi kurangnya? Cuma satu saja yang menyebabkan rezeki agung itu lari darimu. Iaitu, kalau tidur kamu mendengkur. Gara gara kamu mendengkur, rezeki itu nampaknya akan beralih ke tanganku... he.. he.. he... terima kasih Wi ya, untung kamu mendengkur. Jika sama sama pilih, orang pasti memilih boleh tidur tenang dengan isteri solehah, tidak mendengkur seperti aku daripada..." belum sempat Ulya meneruskan lagi usikannya, tiba tiba Dewi bangkit dan melempar bantal yang ada di pangkuannya ke meja belajar.

"Sampai hati kau Ul! Kejam kau Ul!" Agaknya Dewi benar benar marah.

Sebelum Dewi melangkah ke pintu, Ulya dengan secepat kilat sudah mencegat di depannya. Lalu dengan mata menunduk menitiskan airmata Ulya mendakap Dewi.

"Maafkan aku Wi, percayalah aku cuma bergurau. Apakah cinta dan kasih sayangku padamu selama tujuh tahun lebih sedemikian mudah pudar sehingga aku benar benar menghinamu. Tidak Wi, aku mencintaimu, menyayangimu. Tataplah wajahku, lihatlah airmataku. Aku sebenarnya sedih mendengar ceritamu. Aku tak ingin kesedihan itu berlarutan. Kenapa kau tidak seperti biasanya, selalu menghadapi masalah apapun dengan santai dan rileks. Jika kuusik, biasanya kau tak mahu kalah, kau akan membalasnya dengan yang lebih pedas. dan aku akan tersenyum menikmatinya."

Dewi tersedar, ia menatap kedua mata Ulya. Ya, yang ada di hadapannya adalah tatapan sayang mata Ulya, sahabat karibnya.

"Benarkah mendengkur itu aib, Ul?" tanya Dewi perlahan.

"Ya, cuma aib kecil!"

"Kenapa Akhi Nabeh begitu sanggup mengagalkan rancangan perkahwinannya dengan hanya gara gara aib kecil seperti itu. Kenapa?"


Pssttt klu lelaki plk yg berdengkur... mcm mane ekkk??? Blh main kensel2 gak ke???? heheheeee

Semak2 diri anda.. jgn nanti hal2 yg cput akan membuat diri merana... heheeee

Ada sambungannya... jemari aku dah letih menaip nie... sambung je lain kali ye....


Monday, November 9, 2009

Sepenggal Kisah Cinta Dari Cairo (3)

jom... kita singkap apelah yg rahsia tu ye...

"Sebetulnya sejak ada di tahun dua, saya sudah dilamar empat kali. Dua kali melalui orang tua di Indonesia, dari kerabat keraton. Dan yang dua kali lainnya di Mesir ini. Semuanya saya tolak. Bukan kerana apa apa. Kerana pada waktu itu saya masih ingin konsentrasi belajar. Dan kebetulan semua yang melamar saya itu, tidak sesuai dengan yang saya idamkan. Di Cairo ini sebetulnya ada orang yangf saya idamkan sejak tahun tiga kelmarin. Tapi percayalah tidak sampai menembusi kulit hatiku. Hanya idaman biasa. Cuma kalau dia yang melamarku pasti aku terima, dan akan aku perjuangkan habis habisan agar kedua orang tuaku menerimanya. Tiba tiba Ul... tiga bulan yang la...lalu... ti.. tiga bulan yang lalu.... huk...huk..." tangis Dewi, pecah. Ulya jadi panasaran.


"Tenang dong Wi, tenang dong, ada apa tiga bulan yang lalu?" Ulya menghibur.

"H... h... h...," Dewi mengontrol dirinya.

"Tiga bulan yang lalu, tanpa disangka sangka, orang yang aku idam idamkan itu datang melamarku. Dia melamarku. Boleh kau bayangkan betapa bahagianya hatiku Ul. Aku bahagia sekali. Hidup jadi berghairah. Belajar penuh semangat. Harus jayyid jiddan. Masa depan telah kurancang. Sekali solat istikharah ketemu sudah jawapannya, terus kuterima dengan tangan terbuka. Kedua orang tuaku langsung aku pujuk. Aku promosikan habis habisan kelebihannya. Mereka pun merestui. Aku tinggal menunggu satu langkah untuk merealisasikan mimpi suciku. Aku akan bahagia menjalani hidup dengan diimami dia. Kau tahu siapa dia Ul?" Ulya menggelengkan kepala, tanda tidak tahu.

"Cukup kusebutkan inisialnya saja, kau akan tahu siapa dia. Sebab seluruh Cairo tidak ada yang tidak mendengar prestasinya. Dan aku yakin banyak mahasiswa yang berperasaan sama denganku, iaitu mengharap datangnya lamarannya. Dia berinisial 'N'!"

Sebaik saja mendengar inisial "N" Ulya terasa terkejut. Cepat cepat ia sembunyikan keterkejutannya itu. "N" yang dipaparkan Dewi hanyaq satu. Dan dia adalah orang yang juga tiga bulan lalu meminangnya melalui Ustadzah Azimah, tapi ia tidak boleh mengiyakan sebab ingin menyelesaikan studi dulu. Ia sendiri sebetulnya juga mendambakannya. Jujur saja. Tiba tiba Ulya punya idea untuk mengusik Dewi.

"Aku tahu Wi siapa dia."

"Siapa cuba?"

"Yang kau maksud adalah Ustadz Nabeh yang baru meraih gelaran master satu bulan yang lalu itu kan?"

"Lha kok tahu Ul."

"Aku juga tahu kenapa kamu sedih dan kecewa."

"Kenapa cuba?"

"Kerana tiba tiba Nabeh memutuskan tali khitbah itu kan?"

"Be... benar Ul... hu... hu... hu...." tangis Dewi mahu meledak.

"E... e.. e... Wi, jangan nangis dulu, tunggu dulu, dengarkan dulu yang akan aku katakan, biar tangismu semakin meledak, biar sekalian high dramatic.... dengar... aku juga tahu kenapa Nabeh memutuskan tali khitbah itu."

"Masak kamu tahu Ul?!" Dewi terkejut.

"Jelas tahu dong, aku kan sahabatmu yang paling tahu tentang dirimu."

"Apa sebabnya Ul?"

a'ahh kan ape sebabnya... tuan punya diri tak tahu... org lain plk yg lebih tahu... berhenti di sini dulu ya... masa tidak mengizinkan....


Thursday, November 5, 2009

Sepenggal Kisah Cinta Dari Cairo (2)



jenggg jeng jenggggg meh dera bola mata korang membaca... selamat ya.... heeeee

Ulya tersentak mendapat pertanyaan yang tidak dia sangka sangka itu. Ia pandang dalam dalam kedua mata Dewi yang masih merah itu. Serius. Tidak bergurau.

"Cepatlah Ul, jawab dengan jujur dong. Kau tidak akan boleh memahami kesedihanku kalau tidak jujur."

"Pe... pernah Wi!"

"Itu suatu hal yang wajar bukan?"

Ulya mengangguk.

"Apakah boleh seorang muslimah seperti kita mengidamkan calon suami dengan kriteria tertentu. Apakah boleh kita mendambakan seseorang untuk jadi suami kita?"

"Tidak boleh!"

"Yang benar Ul, hati hati Ul, kau jangan memandai mandai dong."

"Tak tahu Wi."

"Menurut ku boleh saja. Boleh saja kita mendambakan seseorang untuk jadi suami kita. Kerana itu manusiawi. Islam itu jelas, suci, dan manusiawi."

"Okey Wi, agaknya kamu mengajak bicara serius."

"Asem juga kamu Ul, aku sudah sedih begini, sudah serius begini masih kau anggap main main! Kau tidak care lagi pada ku ya?!" jawab Dewi dengan nada sedikit kecewa.

"Afwan Ukthi, mari kita lanjutkan!"

"Sepakat tak dengan pendapat ku tadi."

"Begini Wi. Perasaan suka atau cinta memang terkadang datang begitu saja dalam hati. Dan Islam telah memberi konsep tentang cinta secara terperinci, seperti yang kita ketahui bersama. Cinta utama seorang anak manusia sebagai hamba hanyalah kepada Penciptanya, Allah. Dan cinta cinta yang lainnya, semestinya dikaitkan dengan cinta dan penghambaan kepada Allah. Kita mencintai dan membenci siapa saja dan apa saja adalah kerana Allah. Jika kita memahami timbangan ini baik baik. Semuanya akan damai dan mudah."

"Jazakillah Ukhti, kau benar." Tukas Dewi sambil menyeka sisa airmatanya.

"Kalau aku mengidamkan seseorang untuk jadi suami ku, apakah tidak boleh Ul." sambung Dewi.

"Ya boleh saja. itu wajar saja, namanya juga manusia. Asal kita tahu diri sebagai hamba Allah. Kita boleh saja mendambakan seseorang, asal perasaan itu jungan sampai melewati kulit hati. Jangan sampai masuk ke dalam hati. Jangan sampai menyebabkan zina hati. Contoh shahabiyat yang mendambakan calon suami yang solehah juga banyakkan? Bahkan ada seorang shahabiyah yang menawarkan dirinya minta diperisteri Baginda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam. Shahabiyat itu tentu mendambakan dan menginginkan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam menjadi suaminya. Dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam tidak menyalahkan tindakan shahabiyat itu, kerana beliau tahu yang diinginkan shahabiyat itu adalah kesucian dan redha Tuhan."

"Kau benar Ukhti. Aku ingin cerita sedikit tentang kesedihan ku. Dengarkan baik baik ya. Dan tolong fahamilah perasaan ku!"

"Sendiko daweh (kami dengar dan kami taat), Kanjeng Raden Ayu Dewi Ambarwati!" sahut Ulya sambil memperbetulkan tempat duduknya, kerana Dewi mulai bercerita serius. Mendengar disebut Raden Ayu, bibir Dewi mencebik masam. Meskipun panggilan itu tidak bohong, kerana ia memang bergelar KRAy., kependekan dari Kajeng Raden Ayu, sebab ia masih keluarga Keraton Mangkunegaran Surakarta, tapi ia tidak suka dipanggil ningrat seperti itu.

"Begini Ul, tapi sebelumnya ku minta kau merahsiakan apa yang akan aku ceritakan ini. Janji?"

"Insya Allah, Wi."


uihhh ape ekk yg rahsia tu ye... tunggu...

Tuesday, November 3, 2009

Sepenggal Kisah Cinta Dari Cairo (1)


"BLARR!"

Dewi membanting pintu dengan keras. Tidak halus seperti biasanya. Ulya dan Dian yang ada di kamar terkejut dan terus bangkit menuju ruang tamu.

Puteri Solo itu memasuki ruang tamu dengan wajah sendu dan mata berkaca kaca. Duka dalam hatinya boleh terbaca melalui gurat wajahnya. Ada kekecewaan luar biasa yang menyesak dalam dadanya.

"Ukthi, ada apa?!" sapa Ulya dengan menghulurkan kedua tangannya memegang kedua bahu Dewi. Ia tatap sahabatnya itu dengan penuh kehairanan dan seratus tanda tanya.

"Aku kecewa! Kecewa sekali. Tak pernah aku kecewa seberat kali ini. Aku se... sedih... sediiihh U!... hik hik... hik...!" tangis Dewi pecah dalam rangkulan Ulya. Ulya jadi gelabah.

Ada masalah berat ini, kata Ulya dalam hati. Dian yang melihat tak jauh dari mereka jadi serba salah. Tak tahu apa yang harus ia perbuat. Ulya memberi isyarat pada Dian agar beredar masuk kamar.

"Ada apa sayang, katakan! Kita bukan orang lain. Kesedihanmu adalah kesedihanku juga. Kekecewaanmu adalah kekecewaanku juga. Kalau kau terus menangis, aku akan menangis melebihi tangismu. Cepat kita sembuhkan kesedihan ini bersama." Pujuk Ulya lembut penuh kasih sayang sambil merangkul Dewi menuju ke kamar.

Sampai di kamar, Dewi terus duduk di ranjang, dan mengambil bantal. Ia tundukkan wajahnya dan ia tutupi dengan bantal. Ia terhanyut dalam tangisnya yang terisak isak. Sementara Ulya menutup pintu dan tingkap kamar rapat rapat. Lalu duduk di sampingnya dengan hati haru. Ia biarkan sahabatnya melepaskan tangisnya. Lama juga Dewi menangis terisak isak. Begitu mengharukan seumpama tangis Dewi Kunti saat ditinggal mati Prabu Pandhu. Ulya jadi tidak tahan, ia ikut menitiskan airmata.

"Sudahlah Wi, berhenti dong, dewasa dong." Pujuk Ulya.

Suara tangis Dewi menurun. Ia lalu mengangkat mukanya dari bantal biru muda yang telah basah airmata. Airmatanya masih meleleh hangat di kedua pipinya. Sesekali ia seka airmata kesedihannya itu.

"Apa yang membuatmu sedih, sayang. Katakan padaku. Kalau aku mampu menghapusnya pasti kuhapuskan. Kalau aku tidak mampu, sekurang kurangnya bagilah kesedihanmu itu separuhnya padaku. Biar kau tidak sendirian menanggungnya. Kita reguk kesedihan itu bersama," pujuk Ulya klasik.

"Aku sedih sekali, kali ini, sedih sekali Ul! sedih campur kecewa!" jawab Dewi.

"Kenapa?"

"Aku putus harapan! Aku putus cinta!"

"Apa?! Putus cinta?!"

"Ya! Putus cinta! Cintaku sirna. Kini yang ada hanya kecewa! Kecewa dan dendam!"

"Ah, jangan bargurau Wi. Aku tidak percaya, muslimah berjilbab selevel kamu bermain cinta."

"Aku tidak main main Ul. Aku putus cinta. Siapa bilang muslimah berjilbab tidak boleh memiliki perasaan cinta. Tunjukkan dalilnya kalau Tuhan melarang manusia bercinta!"

"Ah, sudah, aku percaya cinta seperti apa yang kamu maksudkan. Jangan diteruskan. Aku percaya cinta itu cinta yang direlakan syari'at. Ah, tidak usah berdiskusi ke barat ke timur, tidak usah berbelit belit. Apa maksudmu dengan putus cinta itu. Dan kenapa kamu seemosi ini. Mari ceritakan padaku!"

"Ul, tanpa kau pinta sejatinya aku pun ingin bercerita padamu. Ingin aku tumpahkan semua kesedihan dan kekecewaan ini padamu. Hanya padamu. Kamulah yang mengerti perasaanku. Ul... aku mahu bicara terus terang sama kamu, sebagai seorang wanita. Jawablah dengan jujur. Pernahkan kamu tertarik hati dengan seseorang? Pernahkan kamu mengidamkan seseorang untuk jadi suamimu?

Apa adakah sahabat sejati seperti Ulya itu ??? Dan ape ekk agaknye yg Ulya jawab... kita tunggu sambungan episod akan datang...

Monday, November 2, 2009

Apakah Ini

Ini apa petandanya...
Nyalaan dian yang tiba tiba
Gagah menongkah arus apakah hingga ke akhirnya
Atau ini sekadar sesuatu yang sia sia
Terbit tidak diduga
Antara maya dan nyata
Nyahnya juga tidak sekali kali dipinta...

Nikmatilah puisi (kategori puisi ke nie????) yg tak sepertinya ini. Sambil2 tu.. cuba korang fikir2kan apakah yg cuba aku paparkan... heheheee

Dan ini buktintya... aku tidak bisa menggarap sebenarnya... buah pena yg entah apa2...

Thursday, October 29, 2009

Syurga Di Telapak Kaki Ibu


Alhamdulillah... kerna aku masih berkesempatan mengerah jemari aku untuk menaip untuk kalian. Selesai kisah cinta truna dara... untuk renungan anak2, emak2 mahupun bapak2 satu kisah tauladan yang biasa kita dengar... tapi... sering kita terlupakan...


SUATU HARI Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam sedang berkumpul bersama sahabatnya di masjid. Tiba tiba datang seorang lelaki dan mengatakan:

"Assalamu'alaikum!"

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam dan para sahabat spontan menjawab : "Wa'alaikumussalam warahmatullah!"

"Duhai Rasulullah, Abdullah bin Salam sakit kuat dan sedang sakarat menjemput maut. Dia memanggilmu!, kata lelaki itu. Sebaik saja mendengar apa yang dikatakan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam terus bangkit.

"Bangkitlah kalian semua, mari kita tengok saudara kita!," ajak Rasulullah Shallaullahu 'alaihi wasallam kepada para sahabatnya. Sampai di sana Abdullah bin Salam terbaring tidak berdaya, nafasnya tersekat sekat. Melihat hal itu Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam mendekat dan membimbing Albdullah untuk mengucapkan syahadah: "Abdullah, mari ucapkan Laa ilaha illallah Muhammadurrasulullah!" Beliau mengucapkan kalimah itu pada telinga Abdullah bin Salam tiga kali. Tapi Abdullah bin Salam tidak boleh mengucapkannya. Mulutnya seperti terkunci.

"La haula wala quwwata illa billahil 'aliyyil adzim!" kata Rasulullah Shallaullahu 'alaihi wasallam.

"Bilal, pergilah ke tempat isterinya dan tanyakan padanya apa yang telah diperbuat Albdullah selama di dunia dan apa pekerjaannya." Perintah Rasulullah Shallaullahu 'alahi wasallam pada Bilal. Bilal terus pergi menemui isteri Abdullah, isterinya mengatakan :

"Selama hidup bersamanya aku tidak pernah melihat dia meninggalkan solat bersama Rasulullah. Hampir setiap hari ia memberikan sedekah. Tapi ia ada sedikit masalah dengan ibunya!" Lalu Bilal kembali menemui Rasulullah Shallaullahu 'alaihi wasallam dan mengkhabarkan apa yang dikatakan isterinya.

Rasulullah terus bersabda: "Bawalah ibunya ke mari!"

Bilal terus bergegas untuk menemui ibu Abdullah bin Salam. Sampai di sana ibunya bertanya:

"Ada apa kau kemari?"

"Anakmu Abdullah sedang sakarat menjemput kematiannya. Aku datang kemari untuk memintakan maaf atas kesalahan kalian berdua dan memperbaiki hubungan kalian," kata Bilal.

"Aku tidak akan memaafkan kederhakannya. Ia telah menyakitiku. aku tak akan memaafkannya di dunia mahupun di akhirat!" jawab ibunya tegas.

Lalu Bilal kembali menghadap Rasulullah dan menceritakan segala yang dikatakan ibu Abdullah bin Salam. Mendengar keterangan itu Rasulullah bersabda:

"Umar, Ali, kalian berdua kembalilah ke tempat ibunya dan bawa dia kemari!"

Tanpa bicara kedua sahabat utama itu terus berangkat ke rumah ibu Abdullah bin Salam. sampai di sana sang ibu bertanya: "Wahai Umar dan Ali, ada apa kau datang kemari?"

"Wahai ibu, Rasulullah Shallaullahu 'alaihi wasallam memanggilmu." jawab Umar.

"Untuk apa beliau memanggilku?" kata sang ibu.

"Nanti kau juga akan tahu, yang penting ikutlah kami menemui Rasulullah Shallaullahu 'alaihi wasallam." tukas Umar.

Mereka bertiga akhirnya sampai di hadapan Rasulullah Shallaullahu 'alahi wasallam yang berada berdekatan Abdullah bin Salam yang sedang menanti detik detik kematiannya. Rasulullah Shallaullahu 'alaihi wasallam berkata:

"Wahai ibu, lihatlah anakmu yang sedang diambang kematian! Maafkanlah dia."

"Aku tidak akan memaafkannya, baik di dunia dan di akhirat." kata sang ibu.

"Maafkanlah. Apakah kau tidak kasihan padanya, dia sampai tidak dapat mengucapkan dua kalimat syahadat!" kata Rasulullah.

"Bagaimana aku akan memaafkannya. Dia memukulku dan mengusirku dari rumahnya kerana mementingkan isterinya." Sang ibu bertegas tidak mahu memaafkan dosa anaknya.

Lalu Rasulullah memerintahkan para sahabat untuk mengumpulkan kayu bakar dan menumpuknya di samping Abdullah.

"Untuk apa Rasulullah?" tanya sang ibu.

"Untuk membakar anakmu! Kerana kau tidak mahu memaafkan dia." jawab Rasulullah.

Melihat anaknya akan dibakar hidup hidup hati ibu Abdullah bin Salam akhirnya luluh.

"Baiklah, demi kebenaran risalahmu duhai Rasulullah, aku memaafkan segala kesalahan puteraku!"

Setelah itu Rasulullah mendekati Abdullah bin Salam dan berkata: "Abdullah, ucapkanlah shahadat!"

Lalu mulut Abdullah berkumat kamit dan mengucapkan dua kalimat syahadat dengan jelas. Setelah itu rohnya berpisah dari tubuhnya.

"Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun," ucap Rasulullah dan para sahabat. Setelah itu jenazah Abdullah dimandikan, dikafani dan disolati. Di Masjid Rasulullah bersanda:

"Wahai kaum muslimin sekalian, ingatlah, orang yang mementingkan isterinya dan menyia nyiakan ibunya sehingga ibunya tidak ridha padanya akan terancam mati tidak bersyahadat."

****

Begitulah betapa pentingnya berbakti pada kedua orang tua terutama pada ibu yang telah bersusah payah mengandung dan melahirkan ke dunia. Dalam sebuah hadis bahkan Rasulullah Shallaullahu 'alahi wasallam bersabda: "Syurga berada di telapak kaki ibu."


Kisah di atas berdasarkan hadis yang diriwayatkan sahabat Ali bin Abi Thalib Radhiyallahu 'anhu. Dalam riwayat yang lain nama sahabat yang wafat dan nyaris dibakar oleh Rasulullah itu adalah "Alqamah".

Pada nukilan lainnya, Pak Habiburrahman menulis 'ibuku, ibuku, ibuku... kemudian baru ayahku'

Tuesday, October 27, 2009

Waktu merangkak meninggalkan sunyi, memintal benang hari dan menyulamnya menjadi lembaran baru.
Waktu telah memberikan kesempatan, tetapi sekaligus mengajarkan betapa tipisnya hijab kesempatan terhadap kesempitan.
Waktu memberikan umur, sekaligus memendekkannya menuju uzur.
Misteri waktu telah banyak menyisakan kekecewaan dan keputusasaan, sehingga yang tertinggal hanyalah ratap keputusasaan dan penyesalan.
Tuhan bersumpah demi waktu, sebab rahsianya hanya ada dalam tiga kata,
sedangkan semua rahsia bumi hanyalah berada antara ketiganya.
Kelmarin telah pergi, hari ini datang dan lusa segera menjelang.
Kelmarin adalah hari penyesalan,
sekarang adalah hari bertaubat
dan
esok adalah hari keputusan.


aku selit le ckit petikan dlm novel Syahadat Cinta utk renungan bersama...

Monday, October 26, 2009

Di Atas Sajadah Cinta (7)

Zahid kembali ke masjid dengan kesedihan tidak terkira. Keimanan dan ketakwaan Zahid ternyata tidak mampu mengusir rasa cintanya pada Afirah. Apa yang ia dengar dari ayah Afirah membuat jiwanya nestapa. Ia pun jatuh sakit. Suhu badannya sangat panas. Berkali kali dia pengsan. Ketika keadaannya kritis, seorang jemaah membawa dan merawatnya di rumahnya. Ia sering mengigau. Dan bibirnya terucap kalimat tasbih, tahlil, istighfar dan.... Afirah.

Khabar tentang derita yang dialami Zahid ini tersebar ke seluruh pelusuk kota Kufah. Angin pun meniupkan khabar ini ke telinga Afirah. Rasa cinta Afirah yang tak kalah besarnya membuatnya menulis sebuah surat pendek:

Kepada Zahid,

Assalamu'alaikum,

Aku telah mendengar betapa dalam rasa cintamu padaku. Rasa cinta itulah yang membuatmu sakit dan menderita saat ini. Aku tahu kau selalu menyebut diriku dalam mimpi dan sedarmu. Tidak boleh ku ingkari, aku pun mengalami hal yang sama. Kaulah cintaku yang pertama. Dan kuingin kaulah pendamping hidupku selama lamanya.

Zahid,

Kalau kau mahu. Aku tawarkan dua hal padamu untuk mengubati rasa haus kita berdua. Pertama, aku akan datang ke tempatmu dan kita boleh memadu cinta. Atau, kau datang ke bilikku, akan aku tunjukkan jalan dan waktunya.

Wassalam.

Afirah.

Surat itu ia titipkan pada seorang pembantu setianya yang boleh dipercayai. Ia berpesan agar surat itu terus sampai ke tangan Zahid. Tidak boleh ada orang ketiga yang membacanya. Dan meminta jawapan Zahid saat itu juga.

Hari itu juga surat Afirah sampai ke tangan Zahid. Dengan hati berbunga bunga Zahid menerima surat itu dan membacanya. Setelah tahu isinya, seluruh tubuhnya bergetar hebat. Ia menarik nafas panjang dan beristighfar sebanyak banyaknya. Dengan berlinangan air mata ia menulis balasan untuk Afirah:

Kepada Afirah,

Salamullahi 'alaiki,

Benar aku sangat mencintaimu. Namun sakit dan deritaku ini tidaklah semata mata kerana rasa cintaku padamu. Sakitku ini kerana aku menginginkan sebuah cinta suci yang mendatangkan pahala dan diredhai Allah 'Azza waJalla. Inilah yang kudamba. Dan aku ingin mendamba yang sama. Bukan sebuah cinta yang mengheret kepada kenistaan dosa dan murkaNya.

Afirah,

Kedua tawaranmu itu tak ada yang kuterima. Aku ingin mengubati kahausan jiwa ini dengan secangkir air cinta dari syurga. Bukan air timah dari neraka. Afirah: "Inni akhaafu in 'ashaitu Rabbi adzaaba yaumin 'adhim!" [Sesungguhnya aku takut akan siksa hari yang besar jika aku derhaka pada Rabb-ku. (Az Zumar:13)]

Afirah,

Jika kita terus bertakwa. Allah akan memberikan jalan keluar. Tak ada yang boleh aku lakukan saat ini kecuali menangis padaNya. Tidak mudah meraih cinta berbuah pahala. Namun aku sangat yakin dengan firmanNya:

Wanita wanita yang tidak baik adalah untuk lelaki yang tidak baik, dan lelaki yang tidak baik adalah buat wanita wanita yang tidak baik (pula), dan wanita wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki lelaki yang baik adalah untuk wanita wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka. Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (iaitu syurga).

Karana aku ingin mendapatkan seorang bidadari yang suci dan baik, maka aku akan berusaha berada dalam kesucian dan kebaikan. Selanjutnya Allah-lah yang menentukan.

Afirah,

Bersama surat ini aku sertakan serbanku, semoga dapat jadi pelipur lara dan rindumu. Hanya kepada Allah kita serahkan hidup dan mati kita.

Wassalam.

Selesai membaca jawapan Zahid itu, Afirah menangis. Ia menangis bukan kerana kecewa tapi menangis kerana menemukan sesuatu yang sangat berharga, iaitu hidayah. Pertemuan dan percintaannya dengan seorang pemuda soleh bernama Zahid itu telah mengubah jalan hidupnya.

Sejak itu ia meninggalkan semua gaya hidupnya yang glamour. Ia berpaling dari dunia dan menghadapkan wajahnya sepenuhnya untuk akhirat. Serban putih pemberian Zahid ia jadikan sajadah, tempat di mana ia bersujud, dan menangis di tengah malam memohon ampunan dan rahmat Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Siang ia berpuasa, malam ia habiskan dengan bermunajat pada Tuhannya. Di atas sajadah putih itu ia menemukan cinta yang lebih agung dan lebih indah, iaitu cinta kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Hal yang sama juga dilakukan Zahid di masjid Kufah. Keduanya benar benar larut dalam samudera cinta kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Allah Maha Rahman dan Rahim. Beberapa bulan kemudian Zahid menerima sepucuk surat Afirah:

Kepada Zahid,

Assalamu'alaikum,

Segala puji bagi Allah, Dialah Tuhan yang memberi jalan keluar buat hambaNya yang bertaqwa. Hari ini ayahku memutuskan tali pertunanganku dengan Yasir. Beliau telah terbuka hatinya. Cepatlah kau datang melamarku. Dan kita laksanakan pernikahan mengikuti sunnah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wassalam, secepatnya.

Wassalam.

Afitah.

Seketika itu Zahid sujud syukur di mihrab masjid Kufah. Bunga bunga cinta bermekaran dalam hatinya . Tiada henti bibirnya mengucapkan hamdala.

- TAMAT-

moga nurani kita turut basah setelah menamatkan pembacaan ini... Amin!

Sunday, October 25, 2009

Di Atas Sajadah Cinta (6)

Pagi hari, selesai solat Dhuha, Zahid berjalan ke arah pinggir kota. Tujuannya jelas iaitu rumah Afirah. Hatinya mantap untuk melamarnya. Di sana ia disambut dengan baik oleh kedua orang tua Afirah. Mereka sangat senang dengan kunjungan Zahid yang sudah terkenal ketakwaannya di seantero penjuru kota. Afirah keluar sekejap untuk membawa minuman lalu kembali ke dalam. Dari balik tirai, ia mendengar dengan teliti pembicaraan Zahid dengan ayahnya. Zahid mengutarakan maksud kedatangannya, iaitu melamar Afirah.

Sang ayah diam sesaat. Ia mengambil nafas panjang. Sementara Afirah menanti dengan saksama jawapan ayahnya. Keheningan mencengkam sesaat lamanya. Zahid menundukkan kepala, ia pasrah dengan jawapan yang akan diterimanya. Lalu terdengarlah jawapan ayah Afirah:

"Anakku Zahid, kau datang terlambat. Maafkan aku, Afirah sudah dilamar oleh Abu Yasir untuk puteranya Yasir beberapa hari lalu, dan aku telah menerimanya."

Zahid hanya mampu menganggukkan kepala. Ia sudah mengerti dengan baik apa yang didengarinya. Ia tidak boleh menyembunyikan hirisan kepedihan hatinya. Ia mohon diri dengan mata berkaca kaca. Sementara Afirah, lebih tragis keadaannya. jantungnya nyaris pecah mendengarnya. Kedua kakinya seperti lumpuh seketika. Ia pun pengsan saat itu juga.

inilah dikata orang dugaan cinta... tapi klu takut dilambung ombak... jgn berumah di tepi pantai
pun samalah gak dgn jgn bermain api... guna je electricity... heheheee

Thursday, October 22, 2009

Di Atas Sajadah Cinta (5)

text-align: justify;">Sementara itu di dalam masjid Kufah, kelihatan Zahid yang sedang menangis di sebelah kanan mimbar. Ia menangisi hilangnya kekhusyukan hatinya dalam solat. Ia tidak tahu harus berbuat apa. Sejak ia bertemu dengan Afirah di kebun kurma pagi tadi, ia tidak boleh mengendalikan gelora hatinya.

Aura kecantikan Afirah bercokol dan mengakar sedemikian kuat dalam relung relung hatinya. Aura itu selalu melintas dalam solat, dalam bacaan Al-Qur'an dan dalam apa saja yang ia kerjakan. Ia telah mencuba berulang kali menepis jauh jauh aura pesona Afirah dengan melakukan solat sekhusyuk khusyuknya, namun usaha itu sia sia.

"Ilahi, kasihanilah hambaMu yang lemah ini. Engkau Maha Tahu atas apa yang menimpa diriku. Aku tak ingin kehilangan cintaMu. Namun Engkau juga tahu hatiku ini tidak mampu mengusir pesona kecantikan seorang makhluk yang Engkau ciptakan. Saat ini hamba sangat lemah berhadapan dengan daya tarikan wajah dan suaranya, ya Ilahi, berilah padaku cawan kwsejukan untuk meletakkan embun embun cinta yang menitis nitis dalam dinding hatiku ini. Ilahi, tuntunlah langkahku pada garis takdir yang paling Engkau redhai. Aku serahkan hidup matiku untukMu." Isak Zahid mengharu biru pada Tuhan Sang Pencipta hati, cinta, dan segala keindahan semesta.

Zahid terus meratap dan menghiba. Hatinya yang dipenuhi gelora cinta terus ia paksa untuk menepis noda noda nafsu. Anehnya, semakin ia meratap embun embun cinta itu semakin deras mengalir. Rasa cintanya pada Tuhan. Rasa takut akan azabNya. Rasa cinta dan rindunya pada Afirah. Dan rasa tidak ingin kehilangannya. Semua bercampur dan mengalir sedemikian hebat dalam relung hatinya. Dalam puncak munajat ia pengsan.

Menjelang Subuh, ia terbangun. Ia tersentak terkejut. Ia belum solat tahajjud. Beberapa orang kelihatan sedang asyik beribadah bercengkerama dengan Tuhannya. Ia menangis, ia menyesal. Biasanya ia sudah membaca dua juz dalam solatnya.

"Ilahi, jangan kau gantikan bidadariku di syurga dengan bidadari dunia. Ilahi, hamba lemah maka berilah kekuatan!"

Ia lalu bangkit, berwudhu', dan solat tahajjud. Di dalam sujudnya ia berdoa:

"Ilahi, hamba mohon redhaMu dan syurga. Amin! Ilahi, lindungi hamba dari murkaMu dan neraka. Amin. Ilahi, jika boleh hamba titipkan rasa cinta hamba terhadap Afirah padaMu, hamba terlalu lemah untuk menanggugnya. Amin! Ilahi, hamba mohon ampunanMu, rahmatMu, cintaMu, dan redhaMu. Amin!"

moga bisa dimanafaatkan pada diri kita yang senantiasa teraba raba....

Wednesday, October 21, 2009

Di Atas Sajadah Cinta (4)



mari kita hayati gelora jiwa teruna dara seterusnya...

Saat malam datang membentangkan jubah hitamnya, kota Kufah kembali diterangi sinar rembulan. Angin sejuk dari utara similir mengalir.

Afirah terpekur di kamarnya. Matanya berkaca kaca. Hatinya basah. Fikirannya bingung. Apa yang menimpa dirinya. Sejak kejadian pagi tadi di kebun kurma, hatinya terasa gundah gulana. Wajah bersih Zahid bagai tidak hilang dari pelupuk matanya. Pandangan matanya yang teduh menunduk membuat hatinya sedemikian terpikat. Pembicaraan orang ramai tentang kesolehan seorang pemuda di tengah kota bernama Zahid semakin membuat hatinya tertawan. Pagi tadi, ia menatap wajahnya dan mendengarkan tutur suaranya. Ia juga menyaksikan kewibawaannya. Tiba tiba air matanya mengalir deras. Hatinya merasakan aliran kesejukan dan kegembiraan yang belum pernah ia rasakan sebelumnya. Dalam hati ia berkata :

"Inikah cinta? Beginikah rasanya? Terasa hangat mengaliri saraf. Juga terasa sejuk di dalam hati. Ya Rabbi, tak aku mungkiri, aku telah jatuh hati pada hambaMu yang bernama Zahid. Dan inilah untuk pertama kalinya aku jatuh cinta. Ya Rabbi, izinkanlah aku mencintainya."

Air matanya terus mengalir membasahi pipinya. Ia teringat sapu tangan yang ia berikan pada Zahid. Tiba tiba ia tersenyum:

"Ah sapu tanganku ada padanya. Ia juga pasti mencintaiku. Suatu hari ia akan datang kemari."

Hatinya berbunga bunga. Wajah yang tampan bercahaya dan bermata teduh itu hadir di pelupuk matanya.


Tuesday, October 20, 2009

Di Atas Sajadah Cinta (3)


Keesokan harinya.

Selesai solat Dhuha, Zahid meninggalkan masjid menuju ke pinggir kota. Ia hendak menziarahi saudaranya yang sakit. Ia berjalan dengan hati terus berzikir membaca ayat ayat suci Al-Qur'an. Ia singgah sebentar di pasar untuk membeli anggur dan epal buat saudaranya yang sakit.

Zahid berjalan melalui kebun kurma yang luas. Saudaranya pernah bercerita bahawa kebun itu milik saudagar kaya. Abu Afirah. Ia terus melangkah menapaki jalan yang membelah kebun kurma itu. Tiba tiba dari kejauhan ia melihat titik hitam. Ia terus berjalan dan titik hitam itu semakin membesar dan mendekat. Matanya lalu menangkap di kejauhan sana perlahan lahan bayangan itu menjadi seorang yang sedang menunggang kuda. Lalu sayup sayup telinganya menangkap suara :

"Toloong! Toloong!!"

Suara itu datang dari arah penunggang kuda yang berada jauh di depannya. Ia menghentikan langkahnya. Penunggang kuda itu semakin jelas.

"Toloong! Toloong!!"

Suara itu semakin jelas terdengar. Suara seorang perempuan. Dan matanya dengan jelas dapat menangkap penunggang kuda itu adalah seorang perempuan. Kuda itu berlari kencang.

"Toloong! Toloong hentikan kudaku ini! Ia tidak boleh dikendalikan!"

Sebaik saja mendengar jeritan tolong itu Zahid terasa tegang. Apa yang harus ia perbuat. Sementara kuda itu semakin dekat dan tinggal beberapa belas meter di depannya. Cepat cepat ia menenangkan diri dan membaca salawat. Ia berdiri tegap di tengah jalan. Ketika kuda itu sudah sangat hampir, ia mengangkat tangan kanannya dan berseru dengan kuat :

"Hai kuda makhluk Allah, berhentilah dengan izin Allah!"

Bagai pasukan mendengar perintah panglimanya, kuda itu merigkik dan berhenti seketika. Prempuan yang berada di atas punggungnya terpelanting jatuh. Perempuan itu mengaduh. Zahid mendekati perempuan itu dan menyapanya :

"Assalamu'aklaiki. Kau tidak apa apa?"

Perempuan itu mengaduh. Mukanya tertutup purdah hitam. Dua matanya yang bening menatap Zahid. Dengan sedikit merintih ia menjawab perlahan.

"Alahamdulillah, tidak apa apa. Hanya saja tangan kananku sakit sekali. Mungkin terseliuh waktu jatuh."

"Syukurlah kalau begitu."

Dua mata bening di sebalik purdah itu terus memandangi wajah tampan Zahid. Meyedari hal itu Zahid menundukkan pandangannya ke tanah. Perempuan itu perlahan bangkit. Tanpa sepengetahuan Zahid, ia membuka purdahnya. Dan nampaklah wajah cantik nan mempesona.

"Tuan, saya ucapkan terima kasih. Kalu boleh tahu siapa nama Tuan, dari mana dan mahu ke mana Tuan?"

Zahid mengangkat mukanya. Tak lalai matanya menatap wajah putih bersih mempesona. Hatinya bergetar hebat. Saraf dan ototnya terasa dingin semua. Inilah untuk pertama kalinya ia menatap wajah gadis jelita dari jarak yang sangat dekat. Sesaat lamanya keduanya beradu pandang. Sang gadis terpesona oleh ketampanan Zahid, sementara gemuruh hati Zahid tidak kalah hebatnya. Gadis itu tersenyum dengan pipi merah merona, Zahid tersedar, ia cepat cepat menundukkan kepalanya. "Inna lillah. Astaghfirullah", gemuruh hatinya.

"Namaku Zahid, aku dari masjid mahu mengunjungi saudaraku yang sakit."

"Jadi, kaukah Zahid yang sering dibicarakan orang itu? Yang hidupnya cuma di dalam masjid?"

"Tak tahulah. Itu mungkin Zahid yang lain", kata Zahid sambil membalikkan badan. Ia lalu melangkah.

"Tunggu dulu Tuan Zahid! Kenapa tergesa gesa? Kau mahu ke mana? Perbincangan kita belum selesai!"

"Aku mahu meneruskan perjalananku!"

Tiba tiba gadis itu berlari dan berdiri di hadapan Zahid. Terang saja Zahid menggelabah. Hatinya bergetar hebat menatap aura kecantikan gadis yang ada di depannya. Seumur hidup ia belum pernah menghadapi situasi seperti ini.

"Tuan, aku hanya mahu beritahu, namaku Afirah. Kebun ini milik ayahku. Dan rumahku ada di sebelah selatan kebun ini. Jika kau mahu, silakan datang ke rumahku. Ayah pasti akan senang dengan kehadiranmu. Dan sebagai ucapan terima kasih, aku mahu menghadiahkan ini."

Gadis itu lalu menghulurkan tangannya memberi sapu tangan hijau muda.

"Tidak usah."

"Terimalah, tidak apa apa! Kalau Tuan tidak terima, aku tidak akan memberi jalan!"

Terpaksa Zahid menerima sapu tangan itu. Gadis itu lalu meninggalkannya sambil menutup kembali mukanya dengan purdah. Zahid melangkahkan kedua kakinya meneruskan perjalanan.

akan bersambung... (psstt bila aku ada kelapangan...)

Monday, October 19, 2009

Di Atas Sajadah Cinta (2)

meh kita sambung pembacaan kita na...

Pada saat yang sama, di sebuah khemah mewah, tidak jauh dari pasar Kufah. Seorang pemuda tampan dikelilingi oleh teman temannya. Tidak jauh darinya, seorang penari melenggang lenggokan tubuhnya diiringi suara gendang dan seruling.

"Ayuh bangun, Yasir. Penari itu mengerlingkan matanya padamu!" bisik temannya.

"Be... benarkah?"

"Benar. Ayuh cepatlah. Dia penari tercantik di kota ini. Jangan kau sia siakan kesempatan ini, Yasir!"

"Baiklah. Bersenang senang dengannya memang impianku. Yasir lalu bangkit dari duduknya dan beranjak menghampiri sang penari. Sang penari menghulurkan tangan kanannua dan yasir menyambutnya. Keduanya lalu menari nari diiringi irama seruling dan gendang. Dengan gerakan mesra penari itu membisikkan sesuatu ke telinga Yasir:

"Apakah anda punya waktu malam ini bersamaku?"

Yasir tersenyum dan mengganggukkan kepalanya. Keduanya terus menari dan menari. Suara gendang memcah hati. Irama seruling melengking lengking. Aroma arak menyentuh nurani. hati dan fikiran jadi mati.

sabar ekk senang senang nti aku sambung kisah ni lagi... tunggu.....

Wednesday, October 14, 2009

Di Atas Sajadah Cinta (1)

Sebenarnya aku tak tau nk boh post ape... tetiba je aku teringat pd sebuah buku yg aku bli. Lama dah aku bli... kalau biaq berhujan berpanas... udah lusuh le aku rasa. Korang bayangkan le.. udah lebih setahun tu menghuni rak buku aku... tapi.... ada tapinya... aku tak pernah baca pun. Betapa masa aku tak terurus rupanya... Biasanya aku nie jenis yg pantang dapat buku... klu blh jam2 tu jugak nak perabih baca. Tapi tu le... masa tak mengizinkan. Apa kata moh kita baca same2.. nak tak???

Inilah kisahnya...

Kota Kufah diterangi oleh sinar purnama. Semilir angin yang bertiup dari utara membawa hawa sejuk. Sebahagian rumah telah menutup pintu dan tingkapnya. Namun sisa sisa kehidupan kota Kufah masih terasa.

Di serambi masjid Kufah, seorang pemuda berdiri tegap menghadap kiblat. Kedua matanya memandang teduh ke tempat sujud. Bibirnya bergetar melantunkan ayat ayat suci Al' - Qur'an. Hati dan seluruh gelegak jiwanya menyatu dengan Tuhan, Pencipta alam semesta. Orang orang memanggilnya "Zahid" atau "Si Ahli Zuhud", kerana kezuhudannya meskipun ia masih muda. Dia dikenal masyarakat sebagai pemuda yang paling tampan dan paling mencintai masjid di kota Kufah pada masanya. Sebahagian besar waktunya ia habiskan di dalam masjid, untuk ibadah dan menuntut ilmu pada ulama terkemuka kota Kufah. Saat itu masjid adalah pusat peradaban, pusat pendidikan, pusat mengumpul maklumat dan pusat perhatian.

Pemuda itu terus leka dalam samudera ayat Ilahi. Setiap kali sampai pada ayat ayat azab, tubuh pemuda itu bergetar hebat. Air matanya mengalir deras. Neraka bagaikan menyala nyala di hadapannya. Namun jika is sampai pada ayat ayat ni'mat dan syurga, embun sejuk dari langit terasa bagai menyimbah sekujur tubuhnya. Ia merasakan kesejukan dan kebahagiaan. Ia bagai mencium aroma wangi para bidadari yang suci.

Tatkala sampai pada surah Asy Syams, ia menangis:

fa alhamaha fujuuraha wa taqwaaha.
qad aflaha man zakkaaha.

wa qad khoba man dassaaha....

(maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan,
sesungguhnya, beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, dan sungguh merugilah orang yang mengotorinya...)

Hatinya tertanya tanya. Apakah dia termasuk golongan yang mensucikan jiwanya? Ataukah golongan yang mengotori jiwanya? Dia termasuk golongan yang beruntung, ataukah yang merugi."

Ayat itu ia ulang berkali kali. Hatinya bergetar hebat. tubuhnya bergoncang. Akhirnya ia pengsan.

Sementara itu, dipinggir kota kelihatan sebuah rumah mewah bagai istana. Lampu lampu yang terang dari kejauhan nampak berkelip kelip bagai bintang gemerlapan. Rumah itu milik seorang saudagar kaya yang memiliki kebun kurma yang luas dan haiwan ternak yang tidak terhitung jumlahnya. Dalam salah satu kamarnya, kelihatan seorang gadis jelita sedang menari nari riang gembira. Wajahnya yang putih susu nampak kemerahan terkena sinar yang terpancar bagai tiga lentera yang menerangi ruangan itu. Kecantikannya sungguh mempesona. gadis itu terus menari sambil mendedangkan syair syair cinta :

in kuntu 'asyiqatul lail fa ka'si
musyriqun bi dhau'

wal hubb al wariq...

(jika aku pencinta malam maka
gelasku memancarkan cahayadan
cinta yang mekar...)


Gadis itu terus menari nari dengan riangnya. Hatinya berbunga bunga. Di ruang tengah, kedua orang tuanya, bibir tersenyum mendengar syair yang didendangkan puterinya. Sang ibu berkata : "Abu Afirah, puteri kita sudah semakin dewasa. Kau dengarkanlah baik baik syair syair yang ia dendangkan."

"Ya, itu syair syair cinta. Memang sudah saatnya dia menikah. Kebetulan siang tadi di pasar aku berjumpa dengan Abu Yssir. Dia melamar Afirah untuk puteranya, Yasir."

"Bagaimana, kau terima atau...?"

"Ya jelas terus saja aku terima. Dia kan masih kerabat sendiri dan kita banyak terhutang budi padanya. Dialah yang dulu menolong kita waktu kesusahan. Di samping itu Yasir itu gagah dan tampan.

"Tapi bukankah lebih baik kalau minta pendapat Afirah dulu?"

"Tidak perlu! Kita tidak ada pilihan kecuali menerima pinangan ayah Yasir. Pemuda yang paling padan untuk Afirah adalah Yasir."

"Tapi, engkau tentu tahu bahawa Yasir itu pemuda yang tidak baik."

"Ah, itu mudah. Nanti jika sudah beristerikan Afirah dia pasti juga akan bertaubat! Yang penting dia kaya-raya."

bersambung...