Thursday, March 10, 2011

KETIKA CINTA BERTASBIH - (12) Formula Kejayaan



FURQAN
baru saja pulang dari masjid ketika hand phonenya berdering. Ia lihat di layar. Panggilan dari Indonesia. Ibunya.

"Ini ibu Nak."

"Ya ada apa Bu?"

"Mungkin ayah dan ibu tidak boleh ke Cairo."

"Kenapa Bu? Apakah Ibu tidak mahu melihat munaqasyah M.A. Furqan yang seumur hidup cuma sekali?"

"Sebenarnya ayah dan ibu teringin sangat pergi. Tapi ini kakakmu sedang berada di rumah sakit."

"Ada apa dengan kakak Bu?"

"Kakakmu mengalami pendarahan serius. Padahal usia kandungannya baru lima bulan. Ia perlu ibu di sampingnya.

Sebab suaminya sedang ditugaskan di Aceh. Ia tidak boleh minta cuti untuk menunggu isterinya."

"Kalau ibu tidak boleh, apakah ayah tidak boleh ke Cairo sendiri?"

"Ayahmu tidak mahu pergi sendirian tanpa ibu. Sudahlah, kami yang di Indonesia mendoakanmu semoga kau lulus munaqasyah dengan hasil yang terbaik. Rakamkan saja guna handycam, biar nanti ibu dan ayah boleh melihat."

"Iya Bu, baik. Semoga kakak dan kandungannya selamat."

"Amin."

Ada rasa kecewa yang menyusup ke dalam hatinya. Ia ingin sekali, munaqasyah tesis M.A.nya dihadiri oleh kedua orang tuanya. Ia telah menyiapkan semuanya. Termasuk pergi ke Alexandaria bersama ayah dan ibunya setelah selesai sidang. Tapi benarlah kata orang bijak, manusia boleh merancang dan merencanakan, namun Tuhanlah yang menentukan.

Ia mengambil nafas panjang. Meskipun kecewa, ia tidak ingin rasa kecewanya mempengaruhi tumpuannya menyiapkan diri menghadapi pertarungan dalam sidang tesisnya. Sudah setengah dari isi tesisnya yang ia baca. Ia merasa perlu istirehat. Perutnya juga terasa lapar.

Ia melihat jam tangannya. Jam menunjukkan pukul tujuh suku. Ia teringat undangan makan malam Sara. Tapi ia ragu. Ia belum kenal siapa itu Sara. Ia juga merasa undangan itu tidaklah terlalu penting. Meskipun Sara adalah puteri Prof. Dr. Sa'duddin. Ia tidak mahu kehilangan fokus. Ia tidak mahu kehilangan konsentrasi. Ia teringat pesanan guru bahasa Inggerisnya waktu di Pesantren Modern dulu. Pesanan yang membuatnya sangat terinspirasi dan tergugah :

The formula for success is simple : practice and concentration then more practice and more concentration. (Formula kejayaan adalah ringkas saja, iaitu praktik dan tumpuan, kemudian meningkatkan praktik dan meningkatkan tumpuan).

Undangan Sara ia anggap sebagai hal yang akan merosakkan konsentrasinya. Dan itu bererti hal yang akan merosakkan kejayaannya. Maka ia putuskan untuk tidak mempedulikannya sama sekali. Ia memilih untuk makan malam bersendirian di restoran hotel. Lalu kembali ke bilik untuk berehat melihat Nile TV sebentar, lalu tidur. Ia jadualkan jam tiga pagi untuk bangun.

Ia turun ke restoran. Memilih meja yang masih kosong berdekatan tingkap kaca yang menghadap ke sungai Nil. Panorama malam sungai Nil begitu indah. Suasananya begitu romanatis. Entah kenapa ia tiba tiba teringat lamarannya terhadap Anna Althafunnisa. Wajah Anna berkelibat di depan matanya. Wajah yang luar biasa daya pesonanya. Ia merasa di dunia ini tidak ada gadis yang seperti Anna. Ia sangat yakin lamarannya akan dipertimbangkan oleh Anna. Ia bahkan yakin lamarannya diterima.

"Ia sudah tahu reputasi dan sepakterajangku selama ini," gumamnya.

Ia merasa akan sangat berbahagia jika suatu saat nanti boleh makan berdua di tempat yang begitu romantis dan indah bersama Anna. Anna yang telah ia sunting menjadi isterinya. Ia merasa keindahan tempat itu masih kurang tanpa adanya Anna. Ia geleng geleng kepala sendiri.

"Ini sudah dosa. Astaghfirullah. Saya tidak boleh membayangkan yang tidak tidak," gumamnya dalam hati. Sementara matanya masih asyik melihat panorama Sungai Nil dengan lampu lampu yang berjajar di tepinya. Indah seperti taburan mutiara.

"Boleh saya duduk di sini?" Suara itu mengejutkan lamunannya. Ia terhenyak sesaat. Yang berbicara dengan bahasa Indonesia itu adalah pelancong Jepun yang sudah dua kali ia temui. Rambutnya kerinting mengerbang, berkaca mata minus agak tebal.

"Oh boleh. Silakan," jawabnya agak gugup.

"Terima kasih."

"Anda boleh berbahasa Indonesia?" tanyanya dengan nada hairan.

"Saat di SMA (Sek. Men. Atas) dulu saya pernah iku program pertukaran pelajar. Dan saya ditempatkan di Indonesia selama satu tahun."

"Di mana?"

"Di Yogyakarta."

"Oh pantas. Anda juga boleh berbahasa Arab."

"Boleh juga."

"Wah, boleh juga. Berapa lama anda belajar bahasa Arab?"

"Satu tahun. Saya belajar bahasa Arab di Universiti Aleppo, Suriah."

Furqan mengangguk anggukan kepala. Dalam hati ia kagum dengan orang Jepun di hadapannya. Bahasa Indonesianya bagus. Ia yakin bahasa Arabnya bagus. Bahasa Inggerisnya sangat lancar. Sebab ketika berkenalan di lift, orang Jepun itu menggunakan bahasa Inggeris.

"Kalau boleh saya tahu, apakah rancangan anda ketika berada di Cairo ini?" tanya Furqan.

"Emm, pertama, memang untuk jalan jalan. Saya sudah pergi ke Luxor. Sant Caterine, dan Alexandaria. Kedua, saya sedang mengadakan penelitian sejarah."

"Penelitian apa kalau boleh saya tahu."

"Saya sedang meneliti bagaimana cara beribadahnya orang orang Mesir kuno yang menyembah matahari. Apa persamaan dan perbezaannya dengan orang orang Jepun yang juga mendewakan matahari. Apakah ada interaksi antara Mesir kuno dan Jepun kuno? Apakah dewa matahari yang disembah orang Mesir dan orang Jepun memiliki sifat sifat dan deskripsi yang sama. Di samping itu saya juga menemani adik saya."

"Yang bersamamu itu."

"Iya. Namanya Fujita Kotsuhito. Anda masih ingat nama saya?"

"Masih, nama anda Eiji Kotsuhiko kan?"

"Ya. Ingatan anda kuat. Anda berbakat jadi intelektual dal ilmuan besar."

"Terima kasih."

"Adik saya sedang tertarik pada Islam."

"Ya. Itu setelah dia membaca buku buku karangan Maryam Jamela dalam bahasa Inggeris. Kebetulan ia kuliah di Fakulti Sastera, jurusan Santera Inggeris. Kalau saya jurusan Sejarah. Kami sama sama di Kyoto University. Ia ingin lebih tahu tentang Islam. Apakah anda boleh membantu mempertemukan dia dengan orang yang tepat?"

"Boleh boleh. Oh ya. Anda mahu makan?"

"Wah, iya. Kerana asyik bersembang sampai lupa makan. Jom."

Keduanya lalu bangkit dan mengambil makanan. Orang Jepun itu memilih spagheti. Sedangkan Furqan memilih nasi daging khas Yaman dengan ulam gargit dan buah Zaitun. Minumannya ia pilih syai bil halib panas. Keduanya kembali ke tempat mereka semula.

"Sewaktu di Jogja, saya paling suka makan Cap Jay rebus," kata Eiji.

"Oh ya/"

"Menurutku Cap Jay rebus termasuk makanan paling enak di dunia."

"Oh ya."

"Sewaktu di Jogja dulu, saya mempunyai langganan Cap Jay di daerah Sapen. Belakang IAIN Suka. Cap Jay Mbah Giman. Rasanya mantap."

"Wah, jadi teringin hendak ke Jogja."

"Tapi mungkin kau takan dapat merasakan Cap Jay Mbah Giman."

"Kenapa?"

"Empat bulan yang lalu, saya ke Jogja dan Mbah Giman telah tiada. Yang menggantikan Mbah Giman puteri bongsunya. Namanya Minarti. Hasil masakannua tidak boleh menyamai Mbah Giman. Sedap, tapi tetap sahaja tidak sesedap buatan Mbah Giman."

"Kelihatannya anda tahu banyak tentang Jogja ya."

"Jogja telah jadi kota kedua bagi saya setelah Kyoto. Saya lahir dan membesar di Kyoto. Dan saya sangat terkesan dengan Jogja."

Keduanya terus berbincang sambil makan.

"Adikmu tidak makan?"

"Sebentar lagi dia datang. Dia masih asyik menonton filem Lion of Desert di biliknya."

"Filem perjuangan rakyat Libya?"

"Ya. Kami membelinya di Attaba pagi tadi."

"Sebentar, saya ambil buah Xaitun lagi."

"Oh ya, silakan."

Furqan beranjak mengambil buah Zaitun hijau. Ketika ia kembali, Fujita telah duduk di samping abangnya.

"Fujita, ini Furqan mahasiswa Indonesia yang sedang belajar di Cairo University, yang berjumpa dengan kita di lift siang tadi. Masih ingat?" kata eiji dalam bahasa inggeris.

"Tentu," jawab Fujita sambil mengangguk pada Furqan. "Saya sering dapat cerita tentang Indonesia dari abang saya ini. Tapi saya belum pernah pergi ke sana sambung Fujita sambil menatap Furqan.

"Oh ya," jawab Furqan sambil menatap Fujita sesaat. Mata keduanya bertemu. Furqab dengan secara spontan menundukkan pandagannya ke beberapa butir buah Zaitun yang ada di piringnya. Ia harus mengakui adik Eiji ini layak jadi model. Ketika di lift, ia sama sekali tidak memperhatikannya. Wajah Fujita mengingatkannya pada bintang filem Mandarin, Rosamund Kwan. Tapi jauh lebih muda Fujita.

Ia merasa tidak boleh berlama lama berbincang bincang dengan dua orang Jepun adik beradik itu. Ia boleh mengukur imannya. Imannya tidak akan kuat berhadapan dengan gadis secantik Fujita. Ia makan dengan lebih cepat. Sesaat lamanya keheningan tercipta. Tiba tiba Fujita membuka suara :

"Dari kad nama anda yang anda berikan kepada eiji, saya tahu anda kuliah di jurusan sejarah. Jurusan yang sama dengan Eiji. Kalau boleh tahu, menurut anda apa dia istimewanya mempelajari sejarah? Apakah mempelajari sejarah tidak hanya membuang buang waktu, sebab membuat orang terpaku pada masa lalu. Masa yang memang sudah hilang dan tidak perlu dibicarakan? Apakah tidak lebih baik mempelajari kemungkinan kemungkinan untuk kekal di masa yang akan datang?"

"Itu lagi yang kau diskusikan. bukankah sudah sering aku jelaskan Fujita?" potong Eiji.

"Iya. Aku sudah mendengar panjar lebar jawapanmu. Tapi menurutku terlalu teoritikal. Aku belum puas. Siapa tahu mahasiswa Cairo University dari Indonesia ini mempunyai jawapan lain yang lebih ringkas dan meyakinkan," debat Fujita.

Furqan memasukkan sudu terakhir ke mulutnya dan mengunyahnya dengan tenang. Dua adik beradik Jepun itu menunggu apa yang akan diucapkan Furqan.

"Sejarahlah yang memberitahu kepada kita siapa sebenarnya kedua orang tua kita. Siapa nama datuk dan nenek kita. Sejarah jugalah yang memberitahu kepada kita tempat dan tanggal lahir kita. Sejarah juga yang akan memberitahu kepada generasi mendatang bahawa mereka ada, sebab kita lebih dulu ada. Jika mereka maju, maka sejarah yang akan memberitahukan kepada mereka bahawa kemajuan yang mereka capai tidak lepas dari keringat kita dan orang orang yang lebih dulu ada. Orang yang tidak memperhatikan sejarah masa lalu sangat memungkinkan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali, bahkan mungkin berkali kali. Dan itu sungguh suatu kecelakaan yang pasti sangat menggelikan. Kira kira itulah jawapan sederhana atas pertanyaan anda, Nona Fujita."

"Eemm, Sederhana penjelasannya, tidak teoritikal, tapi dalam muatannya. Terima kasih," tukas Fujita seraya mengangguk anggukkan kepalanya.

Furqan melihat jam tangannya, ia harus kembali ke biliknya.

"Maafkan saya. Saya harus kembali ke bilik. Saya ada pekerjaan yang harus saya selesaikan," kata Furqan undur diri.

"Wah, sayang, sebenarnya masih ada banyak hal yang ingin sayaa tanyakan. Bolehkan lain kali saya menghubungi anda?" tanggap Fujita.

"Oh, tentu, boleh saja. Nama dan alamat saya di Mesir mahupun di Indonesia ada di kad nama yang telah saya berikan kepada kalian."

"Baik, terima kasih kerana sudi meluangkan waktu," kata Fujita.

"Dua bulan lagi saya ada perancangan ke Bandung dan Jogja. Semoga saat itu kau berada di Indonesia," sambung Eiji sambil tersenyum.

"Semoga. Yang penting kalau kalian sedang berkunjung di Indonesia hubungi saya. Kalau kebetulan saya ada di Indonesia kalian boleh saya ajak jalan jalan di Jakarta dab sekitarnya. Baik saya naik dulu. Mari."

"Mari!" Sahut Fujita dan Eiji hampir beriringan.

Furqan bergegas naik. sampai di bilik ia terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Keinginannya untuk menonton Nile TV telah hilang. Ia meniatkan diri untuk bangun jam empat pagi. Ketika hendak memejamkan mata, telefon biliknya berdering. dengan sangat malas ia angkat :

"Siapa ya?"

"Sara."

"Oh Nona Sara. Maaf saya tidak boleh menghadiri undangan Nona."

"Saya sangat kecewa! Dan saya yakin suatu saat nanti anda akan sangat menyesal!"

Dan klik. Telefon itu diputuskan. Ada nada kemarahan yang sangat dalam pada kalimat yang didengar oleh Furqab. Furqan hanya menarik nafas panjang lalu kembali merebahkan badan. Sebelum memejamkan mata, bayangan wajah Sara hadir sesaat lalu disapu hadirnya wajah Fujita yang sangat ketimuran. Ia teringat lamarannya pada Anna, segera ia mengucapkan istighfar. Lalu tertidur dengan bibir melafaz zikir.


******

Azzam masih bekerja di dapur. Sementara teman temannya satu eumah sudah tidur nyenyak. Nasir belum pulang. Masih ada satu periuk adunan bakso yang harus ia selesaikan. Tangan kirinya comot dengan adunan. Ia ambil adunan. Ia tekan. Adunan itu pun keluar dari sela ibu jari telunjuknya. terus berbentuk bulat. Dengan sudu ia pegang dengan tangan kanan ia ambil adunan itu dan terus ia masukkan ke dalam air panas yang telah mendidih.

Begitulah cara membuat bebola bakso yang betul. Menekan adunan harus dengan tangan kiri. Menyeduknya dengan tangan kanan. Kalau sebaliknya hasilnya tidak seperti yang diharapkan. Itu ilmu sederhana, namun sangat penting bagi pembuat bakso. Ilmu yang mungkin tidak ditulis dalam buku buku resipi masakan, apalagi dalam buku buku ilmiah.

Azzam terus membuat bebola demi bebola dan memasukkannya ke dlam air panas. Kepalanya sudah terasa panas. Matanya telah merah. Tubuhnya telah minta untuk istirehat. Tapi malam itu juga harus selesai. Ia tidak boleh kalah oleh matanya yang merah. Ia harus disiplin. Jika tidk, besok pagi pekerjaannya akan menumpuk, dan akibatnya boleh berserabut. Tapi jika ia tetap teguh, disiplin dan menyelesaikan pekerjaan yang harus selesai malam itu, maka semua akan lebih mudah. Pekerjaan pekerjaabbya yang lain akan selesai pada waktunya. Memang, satu disiplin akan mendatangkan disiplin yang lain. Itu yag ia rasakan.

Ia melihat jam tangannya. Sudah pukul sepuluh setengah malam. Ia istirehat sebentar, berjalan ke balkoni melihat je jalan raya yang nampak sepi. Tapi kedai kopi di samping jalan masih buka dan ramai orang. Beberapa orang duduk menghisap shisha. yang lain main kad. Satu orang kelihatan asyik duduk menonton telivisyen yang sedang memutar filem hitam putih yang dibintangi Fatin Hamama, bintang filem legenda Mesir. Ia menghela nafas. Dalam hati ia berkata :

"Kenapa mereka boleh hidup dengan begitu santainya. Hidup di dunia seolah olah sudah berada di syurga. Membuang buang waktu dengan percuma begitu saja. Ah, andai waktu mereka boleh aku beli dengan beberapa pound pasti saja aku beli. Sehingga aku boleh kuliah setiap hari, membaca buku yang banyak setiap hari, tapi juga boleh membuat bakso dan tempe setiap hari."

Ia kembali ke dapur. Kembali membuat adunan baksonya. Meskipun mata telah merah, dan kepala terasa panas, tapi ia merasa bahagia. Ia tidak merasakan apa yang ia lakukan itu sebagai penderitaan.

Baginya kebahagiaan bukanlah sekadar mengerjakan apa yang ia senangi, atau kebahagiaan adalag menyenangi apa yang ia kerjakan. Ia yakin bahawa kekuatan yang diberikan oleh Allah kepadanya lebih besar berbanding apapun. Jadi, segala jenis pekerjaan harus diselesaikannya dengan baik dan sempurna. Kemampuan yang diberikan Allah kepadanya lebih besar dari tentangan yang harus diatasinya. Ia yakin Allah selalu bersamanya. Allah sangat memperhatikannya. Dan Allah tidak akan menyengsarakannya kerana bekerja keras. Justeru sebaliknya, Allah akan memberikan keberkatan kerana bekerja keras.

Waktu terus berjalan. Ia mendengar pintu diketuk. Ia beranjak ke pintu. Ia lihat siapa yang mengetuk dari lubang yang berisi lensa pembesar di pintu. Di negeri orang, kewaspadaan harus sentiasa dijaga. Keselamatan terjaga kerana sikap yang waspada. Ternyata Nasir. Ia buka pintu.

"Assalamualaikum, Kang," sapa Nasir sebaik saja pintu terbuka.

"Wa'alaikumussalam. Malam sekali Sir, dari Tanta pukul berapa?" tanya Azzam sambil perlahan menutup pintu.

"E... jangan ditutup Kang, saya bawa teman, ia sedang beli sesuatu. Tadi dari Tanta selepas Maghrib," jawab Nasir.

"Teman? Orang Indonesia?" tanya Azzam menyelidik.

"Bukan. Orang Mesir. Orang Tanta."

"Orang Mesir?" Azzam terkejut.

"Iya, tidak apa apa kan Kang? Dia orang baik baik saja."

"Sir, kamu kan sudah lama di Mesir. Dan kamu sudah tahu bagaimana kita harus berhati hati. Kenapa kamu tidak minta izin kami dulu!" Azzam berkata tegas sebagai ketua rumah tangga.

"Afwan Kang. Ini juga tidak saya sengaja. Kami bertemu di Ransis. Saya kenal baik dengannya. Saya pernah ke rumahnya dan saya dijamu oleh keluarganya. Saya mulanya basa basi saja menawarkan dia berkunjung ke rumah dan bermalam. Saya kira dia pasti tidak mahu. Ee ternyata dia mahu. Lah bagaimanna lagi? Takkkan harus menjilat ludah sendiri. Ya, akhirnya saya ajak dia."

"Kamu tidak berhati hati Sir! Kalau kau boleh menemukan jalan keluar agar dia tidak menginap di rumah ini sebaiknya kau lakukan! Sebagai imam di rumah ini aku tidak mengizinkan!" tegas Azzam. Ia merasa, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga keselesaan dan keamanan anggota keluarganya.

"Tolonglah Kang! Sekali ini saja! Apalagi kita kan harus menghormati tetamu!"

"Apa kau mengira aku tidak boleh menghormati tetamu, Sir?" Suara Azzam meninggi. Nasir pucat. Azzam adalah orang yang dulu menjemputnya di bandar waktu pertama kali ia datang. Azzam juga yang dulu sangat sabar mengajarinya memahami beberapa muqarrar awal awal masuk kuliah. Ia sangat segan kepadanya. Ia sangat takut jika Azzam yang telah ia anggap sebagai abangnya itu marah.

"Bukan negitu Kang. Baiklah saya akan berusaha dia tidak menginap di sini. Tapi tidak apa apa kan beberapa minit dia masuk dan minum teh di sini?"

"Ya, boleh. Besok besok lagi lebih berhati hati. Kita ini di negeri orang, jangan bayak basa basi seperti di kampung sendiri! Saya ke dapur dulu menyelesaikan pekerjaan ya. Biar saya masakkan air," kata Azzam seraya berjalan ke dapur.

Nasir duduk di ruang tamu. Tidak lama kemudian seorang pemuda Mesir, bertubuh agak gempal memakai baju hijau tua datang. Nasir mempersilakan masuk. Pemuda Mesir itu membawa roti dan kabab.

"Teman temanmu sudah tidur ya?" tanya pemuda Mesir itu pada Nasir.

"Iya. Sudah malam. Tadi masih ada seorang yang belum tidur," jawab Nasir seraya memberi isyarat kepada pemuda itu untuk duduk. Ia lalu menutup pintu.

"Kalian berapa orang di rumah ini?"

"Kami berlima."

"Ada berapa bilik?"

"Tiga."

"Jadi satu bilik dua orang. Dan ada satu orang yang satu bilik sendiri. Apakah itu kau?"

"Tidak. Saya juga berdua."

"Lalu nanti aku tidur dengan siapa?"

"Itu senang. Sebentar ya, saya buatkan teh," Nasir bangkit ke dapur.

"Jangan lupa, saya tehnya yang kental dan gulanya banyak.," seru pemuda itu.

Tidak lama kemudian Nasir keluar diiringi Azzam. Tangan Azzam telah bersih. Ia telah selesai dari pekerjaannya. Azzam keluar dengan melemparkan senyuman. Pemuda Mesir itu berdiri dengan tersenyum.

"Ana minm Tanta. Ismi Wail. Wail El Ahdali." (Tejemahannya : Saya dari Tanta. Nama saya Wail El Ahdali) Pemuda itu menjabat tangan Azzam dan memperkenalkan diri.

"Ahlan wa sahlan. Syaraftana bi ziyaratik. Ismi Azzam. Khairul Azzam," (Tejemahannya : Ahlan wa sahlan. Engkau telah memuliakan kami dengan kunjunganmu. Nama saya Azzam. Khairul Azzam) jawab Azzam .


"Masya Allah. Namamu bagus sekali. Kau pasti orangnya yang memiliki kemahuan keras dan karakter yang kuat." Ujar pemuda Mesir bernama Wali. Orang Mesir memang paling suka memuji orang yang diajak bicara.

"Doanya. Maaf saya tinggal dulu ya. Terus terang saya harus istirehat. Jika perlu apa apa minta saja sama Nasir." Azzam minta diri. Ia benar benar letih. Ia tidak mahu terlalu lama di ruang tamu. Sebab orang Mesir jika diajak bersembang boleh berjam jam tidak selesai.

"Tidak makan roti dan kabab ini bersama kami?" Wail berusaha menahan.

"Terima kasih. Saya masih kenyang. Saya tinggal dulu ya." Jawab Azzam sambil tersenyum.

"Ya. Terima kasih. Semoga istirehatmu selesa," jawab Wail.

Sebelum masuk ke bilik, Azzam sempat berkata pada Nasir dengan bahasa Jawa:
"Sir, ojo lali yo. Ojo kok inepke neng kene. Orak tak ijini! Wis aku tak turu ndisik" (Tejemahannya : Sir, jangan lupa. Jangan kau tumpangkan tidur kawan kau tu di sini. Aku tidak izinkan. Sudah, aku tidur dulu)

Nasir mengangguk, Azzam mengangguk sekali lagi ke Wali. Wali pun mengangguk dengan tersenyum .

Dalam hati Azzam minta maaf kerana melakukan hal itu. Tetapi ia merasa sudah menjadi tugas dan kewajipannua menjaga keamanan rumahnya. Bukan ia berburuk sangka pada pemuda Mesir itu, tetapi bersikap waspada adalah jalan terbaik untuk tidak berburuk sangka pada siapa saja.


0 comments:

Post a Comment