Monday, March 7, 2011

KETIKA CINTA BERTASBIH - (11) Rezeki Silaturrahim

Sebenarnya dah lama post ni dok dalam draft. Cuma aku tak ade mase nak semak & edit sana sini... Memandangkan korang sume dah celik huruf... jd aku rase x de masalah kot klu aku terpesong ejaan... Selamat Meneruskan Pembacaan Pd Yg Masih Ternanti2 Akan Kisah Selanjutnya... Ribuan... malahan jutaan maaf andai aku membuat kalian lama menunggu...


SETELAH solat Maghrib, Azzam terus masuk ke dapur untuk memasak air di dalam periuk besar untuk memproses kacang soyanya. Sambil menunggu air panas ia membaca Al-Ma'tsurat lalu tilawah. Lima belas minit kemudian ia yakin air telah masak. Tidak harus mendidih. Ia turunkan air itu dari dapur gas. Ia membuka bungkusan kacang soyanya. Menyukatnya dan terus merendamnya dengan air panas itu. Itulah langkah paling awal dalam memproses kacang soya menjadi tempe.

Kira kira lima minit ia merendam kacang soya itu. Lalu ia memisahkan kotoran kotoran yang turut ada dalam kacang soya tersebut. Biasanya kotoran itu mengapung. Ia ceduk kotoran itu dan ia buang. Lalu ia memisahkan kacang soya dengan air itu. Air itu ia bersihkan. Lalu ia masukan kembali kacang soya ke dalam air itu. Ia letakkan di sudut dapur.

Kacang soya itu harus direndam satu malam. Besok pagi, kira kira pukul tujuh pagi ia akan kembali memproses kacang soya itu dengan membersihnya di bilik mandi. Diulesi agar kacang soyanya pecah. Paling mudah adalah dengan menginjak injaknya. Lalu ia cuci sampai bersih. Tapi kulit arinya tidak boleh hilang. Kemudian ia direbus. Kalau sudah masak, ia tapiskan sampai sejuk. Setelah sejuk diberi ragi. Lalu ia bungkus dan ia letakkan di rak khusus yang telah ia buat di dalam biliknya. Dua hari berikutnya barulah ia menjadi tempe.

Sebenarnya, tanpa direbus, kacang soya yang telah diulesi hingga pecah itu boleh terus diberi ragi dan dua hari kemudian boleh jadi tempe. Sehingga boleh menjimatkan minyak tanah. Namun hasilnya masih kalah dengan yang direbus dulu.

Tempe Azzam dakui oleh para pelanggannya dan juga oleh ibu ibu KBRI sebagai tempe yang sangat enak dan lazat. Ia memang bersungguh sungguh dalam membuat tempe. Ia masih ingat, bahawa ia boleh membuat tempe dengan secara tidak sengaja. Ketika masih di pesantren dulu ia mempunyai seorang teman, namanya Handono. Ia sangat rapat dengan Handono. Ketika bercuti panjang ia diajak oleh Handono bercuti di rumahnya yang terletak di sebuah kampung di pinggir Kota Salatiga. Kampung itu namanya Candiwesi. Dikenali sebagai salah sebuah kampung yang penduduknya banyak berprofesion sebagai pengeluar tempe. Selama bercuti di rumah handono itulah, dengan secara tidak sengaja ia belajar membuat tempe sampai mahir.

Kebetulan ayah Handono memang dikenali sebagai usahawan tempe terbesar di Candiwesi. Setaip hari ia memproses sebanyak 300 kilogram kacang soya. Memiliki pekerja tetap sebanyak sepuluh orang. Berawal dari ikut ikutan membantu, ia akhirnya tertarik untuk belajar dengan terus mempraktik dari A sampai Z. Tentang sukatan kacang soyanya. Sukatan raginya. Cara membungkus yang ideal dan sebagainya. Satu bulan penuh ia ikut bekerja membuat tempe. Dan sejak itu ia sudah boleh membuat tempe sendiri. Bahkan ia sering mencubanya di rumah, dan ia minta ibunya menggoreng dan merasainya.

"Wah, tempemu sedap sekali Zam," puji ibunya. Itulah rezeki silaturrahim. Dengan bersilaturrahim ke tempat Handono, ia jadi bertambah ilmunya. Ilmu membuat tempe. Ia sama sekali tidak pernah terfikir bahawa ilmu membuat tempe itu dikemudian hari akan sangat berguna baginya, saat ia harus mempertahankan hidupnya di Mesir. Sangat berguna saat ia harus berusaha sendiri, tidak hanya untuk menyara diri sendiri, tapi juga adik adiknya di Indonesia.

Ia merasakan benar bahawa rezeki yang didatangkan oleh Allah dari silaturrahim sangat dahsyat. Ia boleh sampai belajar di Al-Azhar university juga bermula dari silaturrahim.

Waktu itu, menjelang penilaian pembelajaran tahun akhir nasional, teman satu biliknya di pesantren sakit. Namanya Wasis. Rumahnya di daerah Bantul. Ia menghantarnya pulang. Setelah dibawa menemui doktor, ternyata Wasis sakit thypus serius. Jadi harus dirawat di rumah sakit. Ia sempat menemani satu hari di rumah sakit.

Waktu menemani di rumah sakit itulah ia berbincang bincang secara tidak sengaja dengan pesakit satu bilik dengan Wasis. Pesakit itu juga menghidap sakit thypus dan sudah mahu dibawa pulang. Dari perbincangan dengan pesakit itu, ia dapat maklumat adanya test untu mendapatkan biasiswa ke Al-Azhar. Pesakit setengah umur yang ramah itu berkata :

"Saya pernah belajar di pesantren tempat kamu belajar. Hanya beberapa bulan sahaja. Bulan depan ada ujian penjaringan siswa Madrasah Aliyah untuk mendapat biasiswa Al-Azhar. kamu ikut saja ujian di DEPAG (Departmen Agama) Pusat. Cari maklumat di sana. Nanti pada bahagian pendaftaran, beritahu sahaja disuruh oleh Pak Dhofir."

Dari maklumat itu, ia boleh ikut ujian untuk mendapatkan biasiswa kuliah di Al-Azhar University. Dan diterima. Ia sampai sekarang tidak tahu siapa Pak Dhofir itu. Yang ia tahu Pak Dhofir yang memberi maklumat padanya itu katanya tinggal di daerah Kotagede Yogyakarta.

Silaturrahim jugalah yang membuat bisnes baksonya di Cairo berjalan lancar. Memang ia tidak banyak muncul di kalangan mahasiswa, tapi ia sering hadir dan muncul di dlam majlis bapak bapak dan ibu ibu KBRI. Muncul untuk memberikan bantuan apa saja. Bahkan jika ada orang KBRI pindah rumah, ia sering jadi sasaran minta tolong. Kerana itulah ia sangat dikenali di kalangan orang orang KBRI. Itu sangat penting bagi bisnes baksonya.

Tanpa banyak silaturrahim, seseorang yang menjalankan perniagaan tidak akan banyak memiliki jalan dan peluang. Benarlah anjuran Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam agar siapa saja yang ingin diluaskan rezekinya, hendaklah ia melakukan silaturrahim.

Setelah merendam kacang soya, Azzam beranjak ke peti sejuk untuk mengeluarkan daging sapi yang baru petang tadi ia masukkan ke dalam peti sejuk. Ia keluarkan agar tidak keras. Sebab setelah solat Isya', ia harus mengolahnya menjadi bola bola bakso. Keahliannya membuat bakso yang kini banyak mendatangkan rezeki baginya juga kerana silaturrahim. Jika keahliannya membuat tempe ia dapat sejak ia masih di Indonesia, keahliannya membuat bakso justeru ia dapat setelah berada di Mesir.

Setengah tahun berada di Mesir, ia kenal baik dengan Pak Jayadi yang bekerja di KBRI sebagai pegawai bahagian konsuler. Kenal baik kerana sama sama berasal dari Kartasura. Pak Jayadi lahir di daerah Ngabean Kartasura. Sementara ia lahir dan tinggal di daerah Singopuran Kartasura. Ia jadi sering diundang dan sering datang ke rumah Pak Jayadi yang dikenali sangat baik dengan para mahasiswa. Apalagi yang berasal dari Jawa tengah. Ia hampir dianggap sebagai adik sendiri oleh Pak Jayadi. Pak Jayadi hanya memiliki seorang anak lelaki yang masih duduk di kelas enpat SD (Sek. Ren.). Dan Pak Jayadi dan Ibu Jayadilah ia boleh membuat bakso yang kemantapan rasanya sangat diakui di Cairo.

Bermula sering bersilaturrahim. Lalu diminta oleh Pak Jayadi untuk ikut membantu Ibu Jayadi membuat bakso pesanan KBRI untuk acara acara rasmi. Lalu cuba cuba membuat sendiri, ternyata diakui hampir sama dengan buatan Ibu Jayadi. Ia pun dikenali boleh membuat bakso. Bahkan ia sempat dikenali sebagai tangan kanan Ibu Jayadi.

Ketika pak jayadi sekeluarga pulang ke Tanah Air untuk selamanya, kepercayaan para pelanggan Ibu Jayadi dan juga KBRI jatuh kepadanya. Saat itu ia sendiri sedang sangat memerlukan datangnya sumber rezeki untuk mempertahankan hidupnya, dan juga adik adiknya. Jadilah ia terjun sepenuhnya dalam bisnes membuat bakso.

Azzam masih di dapur, setelah mengeluarkan daging dari peti ais, ia melihat beberapa alat dapur belum dicuci. Ia tergerak untuk mencucinya. Ini semestinya tugas Fadhil. Kerana hari ini yang bertugas memasak adalah Fadhil. Namun agaknya Fadhil kepenatan setelah selesai bertanding di Nadi Syabab. Ketika sedang asyik mencuci periuk yang biasa digunakan untuk manyayur, Ali muncul dan memanggilnya:

"Kang Azzam, ayuh ke depan. Kita makan kibdah dulu. Fadhil beli kibdah untuk mengisi perut!"

"Wah boleh juga. Oh ya, minumannya sudah ada? Kalau belum ada biar saya masak air dulu," Tukas Azzam sambil menyelesaikan cuciannya.

"Oh ya Kang, belum," jawab Hafez.

Azzam mempercepatkan pekerjaannya. Sebelum meninggalkan dapur terlebih dahulu ia meletakkan perik yang berisi air di atas dapur gas yang menyala. Mahasiswa Indonesia di Cairo memang tidak lazim memiliki termos penyimpan air panas. Sebab mereka biasa minum teh khas Mesir. Teh itu lebih enak bila dicampur dengan air yang masih mendidih. Jika tidak begitu, rasanya kurang mantap.

"Wah beli lhibdah banyak sekali Dhil," kata Azzam sambil duduk di samping Fadhil. Nanang dan Hafez juga sudah duduk mengadap kibdah yang diletakkan begitu saja di atas karpet beralaskan suratkhabar.

"Ya Kang, ini sekaligus syukran. Tadi saya memasukkan dua gol dalam pertandingan," jawab mahasiswa Aceh itu dengan wajah berseri.

"Bererti KMA menang dong?" tanya Azzam sambil mengambil satu kibdah.

"KMA memang menang di permainan. Kami menguasai bola. Tapi KEMASS ternyata mampu memasuki pintu gol kami dengan dua jaringan gol. Jadi skornya 2 -2."

"Wah, pasti hebat tadi."

"Sama sama hebat," sahut Ali, "Apalagi dua gol KEMASS itu, yang menjaringkan adalah aku. Ali Mustafa El Plajuwi!" sambung Ali sambil membusungkan dada.

"Ali tadi memang boleh. Aku bangga!" Fadhil mengakui kehebatan Ali.

"Yang penting, mana syukrannya untuk dua gol. Yang menjaringkan satu gol saja beli kibdah, lha yang dua gol!" tukas Nanang dengan mimik menuntut.

"Beres. Setelah solat Isya' nanti aku beli firakh masywi. Yang di rumah tinggal menanak nasi saja!" jawab Ali.

"Mantap. Syukran Li!" teriak Fadhil girang. Bagaimana tidak girang, malam itu adalah tugas dia untuk masak. Jika lauk sudah ada, hanya tinggal menanak nasi, apa susahnya. Itu sama saja dia terlepas dari tugasnya. Dan ia boleh beristirehat melepas penat.

"Ngomong ngomong, Nasir ke mana? Kenaoa belum pulang?" tanya Azzam, yang dianggap tertua.

"Nasir tadi keluar tidak pulang lagi. Dia ada urusan ke Tanta katanya. Hafez juga sama. Ia kata nak menginap di Katamea," jelas Nanang.

"Oh ya, sudah kalau begitu." Kata Azzam datar. Dalam hati ia senang Hafez terus pergi ke Katamea. Pasti ia sedang mencari tempat yang nyaman untuk berpindah buat sementara waktu. Jika ia tetap tinggal serumah dengan Fadhil, ia akan terlalu sukar untuk melupakan Cut Mala.

Tiba tiba telefon berdering. Ali yang tangkas bergerak cepat mengangkat :

"Siapa?... Dari Mala?... Oh ya, sebentar ya?" Kata Ali. Ia lalu menunjuk Fadhil. Semua yang ada di situ terus faham itu adalah telefon dari Cut Mala ubtuk Fadhil, abangnya. Fadhil terus bergegas menerima telefon.

Azzam menarik nafas, ia tidak membayangkan jika Hafez saat itu ada di situ dan ia orang yang pertama mengangkat telefon. Bagaimana gemuruh dalam dadanya, nyala dalam hatinya mendengar suara Cut Mala. Semalam suntuk ia pasti tidak akan boleh tidur.

Sementara Fadhil menerima telefon, Azzam dan yang lain meneruskan perbincangan mereka.

"Oh ya, katanya, tadi puteri Pak Dubes menelefon, kok belum telefon lagi?" tanya Azzam.

"Iya Kang. Tadi sudah aku beritahu supaya telefon lagi setelah solat Maghrib. Kenapa sampai sekarang belum telefon ya," tukas Ali sambil beranjak ke dapur kerana mendengar suara air mendidih.

"Kamu ni Kang, diminta menghentikan mandinya sebentar tidak mahu. Jarang jarang orang dapat panggilan telefon dari puteri Pak Dubes yang cantik lulusan EHESS Perancis itu," kata Nanang menyesali. "Aku yakin dia takkan telefon lagi. nampaknya kamu yang sekarang harus telefon balik Kang. Siapa tahu ini bisnes besar Kang," sambungnya memberi saranan.

Azzam diam, tidak menjawab. Fadhil meletakkan gagang telefon, ia baru saja selesai berbicara dengan adiknya. Baru diletakkan telefon, ia kembali berdering. Fadhil terus mengangkatnya.

"Ya, hallo. Ini siapa ya?" tanya Fadhil.

"Ini Eliana. Boleh bicara dengan Mas Insinyur?"

"Oh boleh, sebentar Mbak Eliana ya," kata Fadhil datar. Fadhil lalu memanggil Azzam. Azzam segera bangkit dan menerima gagang telefon.

"Hallo. Ada yang boleh saya bantu," kata Azzam.

"Ini Eliana, Mas Insinyur."

"Oh Mbak Eliana, apa khabar Mbak?"

"Baik."

"Pak Dubes sihat?"

"Sihat. Alhamdulillah."

"Kenapa tiba tiba telefon kemari, ada apa Mbak?" tanya Azzam sambil melihat ke arah Nanang dan Fadhil yang dengan tepat memperhatikannya.

"Ini Mas, to the point saja ya?"

"Ya."

"Begini, dua bulan lagi saya mahu menyambut ulang tahun. Ulang tahun saya kedua puluh empat. Saya akan merayakannya di Wisma Duta. Sederhana saja. Tapi saya ingin yang mengesankan. Saya ingin untuk tetamu undangan disediakan masakan khas Indonesia."

"Oh bagus itu Mbak. Sebulan setengah lagi itu bererti kira kira selepas selesai ujian Al-Azhar ya Mbak."

"Ya. Majoriti mahasiswa sudah selesai ujian kelihatannya, meskipun mungkin masih ada beberapa yang belum selesai ujian. Mas Insinyur kira kira ada waktu nggak?"

"Insya Allah ada Mbak."

"Syukurlah kalau begitu. Tapi kali ini saya tidka mahu bakso. Sudah biasa sangat."

"Mbak inginnya apa?"

"Soto Lamongan. Mas boleh buatkan untuk saya?"

"Soto Lamongan?" Azzam bertanya agak ragu.

"Ya. Soto Lamongan. Boleh tak? Mas Insinyur kan terkenal jaguh masak."

"Oh boleh Mbak, insya Allah boleh. Mahu untuk berapa bahagian?"

"Lima ratus bahagian, sanggup?"

"Sanggup Mbak, asal harganya sesuai aja." Azzam sudah langsung kepada hal yang paling penting dalam dunia bisnes.

"Satu bahagiannya berapa Mas? Sama dengan bakso bagaimana?"

"Wah, kalau disamakan dengan bakso berat Mbak, terus terang. Kalau bakso sudah sangat biasa, buatnya juga bagi saya sangat biasa. Ini Soto Lamingan lah Mbak. Tidak ada di Cairo, dan perlu keahlian yang khusus."

"Ya sudah kalau begitu, saya ikut Mas Insinyur, jadi berapa?"

"Dua kali ganda bakso. Bagaimana? Setuju?"

"Baik. Setuju. Tapi nanti jangan cukup cukup lima ratus ya. Biar ada lebih beberapa bahagian ya."

"Beres Mbak. Terus majlisnya tepatnya bila Mbak? Tanggal berapa? Pukul berapa?"

"Tepat tanggal satu awal bulan depan. Majlis tepat jam tujuh malam. Jangan lupa ya."

"Baik Mbak. Tapi tolong seminggu sebelum hari tersebut, Mbak ingatkan ya?"

"Ya. salam buat teman teman Mas Insinyur di situ ya?"

Azzam menutup gagang telefon dengan wajah bersinar. Rezeki besar ada di depan mata. Jika satu bahagian bakso biasanya harganya 3 pound, ini bererti untuk Soto Lamongan ia akan dapat 6 pound satu bahagiannya : 6 x 500 sama dengan 3000. Ditolak modal sekitar 400 pound. Jadi dua minggu lagi ia akan dapat keuntungan kira kira 2600 pound.

"Bisnes baru ya Kang? Kok saya tadi dengar ada menyebut nyebut Soto Lamongan?" tanya Nanang.

"Iya, puteri Pak Dubes itu mahu sambut ulang tahun, minta dibuatkan Soto Lamongan."

"Lah, memangnya kamu boleh buat Soto Lamongan?"

"Ya, belum tahu."

"Lah, kenapa kamu sanggup?"

"Lah kan ada kamu Nang. Kamu kan orang Lamongan, pasti boleh buat Solo Lamongan."

"Waduh Kang, kamu itu sungguh nekad. Aku memanglah orang Lamongan, tapi aku tidaklah pandai buat Soto Lamongan tu. Kalau boleh saya sarankan kamu batalkan saja Kang. Daripada nanti memgecewakan keluarga Pak Dubes, reputasi yang kamu bangunkan selama ini boleh hancur lah Kang."

"Wah, kamu itu Nang, penakut. Tidak punya keyakinan. Ini bisnes Nang. Bisnes! Nyawa bisnes itu keberanian Nang. Dalam dunia bisnes yang berjaya adalah mereka yang memahami bahawa, hanya perbezaan sedikit antara tentangan dan peluang, dan mereka boleh mengubahnya menjadi keuntungan. Aku memang belum boleh buat Soto Lamongan, tapi aku dulu sering makan Soto Lamongan. Kekhasan rasa dan bentuk Soto Lamongan masih aku ingat. Yang paling penting aku merasa boleh membuat Soto Lamongan. Dan aku yakin kualitinya, insya Allah sama dengan yang asalnya!"

"Wah, kamu kadang memang nekad sangat Kang!"

"Bukan nekad Nang. Ini memanfaatkan tentangan menjadi peluang. Nekad adalah untuk mereka yang tidak tahu langkah langkah pastinya menaklukkan tentangan. Tapi bagi mereka yang tahu langkah langkah pastinya, itu bererti tidak lagi dikatakan nekad, tapi memgambil peluang drngan sedikit risiko!"

"Wah, kata kata kamu macam motivator ternama saja Kang."

"Yang aku katakan hanyalah berpandukan dari pengalamanku selama ini Nang. Aku yakin boleh. Kalau aku merasa tidak boleh, pasti sudahku tolak. Kau ngat beberapa bulan yang lalu ketika Pak Atase Perdagangan minta dibuatkan Garang Asem khas Kudus. Jelas aku angkat tangan. Belum terbayang bagaimana cara membuatnya. Apalagi Garang Asem banyak khasnya. Ada khas Kudus, khas Kartasura, khas Salatiga, khas Semarang, khas Boyolali. Saat itu aku melihat bukanlah suatu tentangan yang boleh diubah menjadi satu peluang. Lebih baik aku mundur."

"Tapi, Soto lamongan setahuku juga ada kerumitannya lah Kang."

"Aku tahu, yang paling penting aku yakin boleh."


******


"Kau yakin boleh La?" tanya Anna pada Laila, mahasiswi Indonesia yang dikenali menjadi agen tiket Malaysia Air Lines dan Singapore Air Lines. Laila mengikuti jejak abangnya Nasir. Boleh dikatakan Laila hanya membantu abangnya. Kerana dia mahasiswi, jadi promosi di kalangan mahasiswi boleh ia lakukan dengan segera. Apalagi ia juga menjadi pengurus Wihdah.

Bezanya Laila dengan abangnya, Laila termasuk kelompok mahasiswi yang berprestasi. Tidak pernah gagal dalam ujian. Sering menulis di buletin dan majalah. Sedangkan Nasir, biasa biasa saja. Aktivitinya lebih banyak melakukan bisnes di Cairo. Selain bisnes tiket pesawat, Nasir juga bisnes warnet (internet) dan jualan halia. Ya jualan halia. Dengan cara, ia pergi umrah naik kapal. Lalu di Saudi ia membeli halia yang masih segar. Halia dari Saudi itu asalnya juga bukan dari Saudi tetapi dari Asia Tenggara. Kebanyakan dari Thailand. Ia membeli terus beberapa ratus kilogram. Ia bawa ke Mesir dan ia jual kepada orang orang Mesir. Keuntungannya selain menampung biaya umrah, juga boleh dibuat untuk membayar sewa rumah beberapa bulan. Suatu bisnes yang sangat menguntungkan. Laila yang ditanya tersenyum.

"Ya, tersangat yakinlah Mbak. Tanpa harus membawa visa dari kedutaan Malaysia Mbak boleh masuk Malaysia. Nanti ambil visa beratur di bandar Kuala Lumpur. Abang saya kan pernah pulang ke Tanah Air dan transit dua minggu di Malaysia. Hanya saja kalau Mbak mahu transit masuk KL, ada biaya tambahan lima puluh dolar Mbak." Laila menjelaskan panjang lebar.

"Untuk apa itu La?"

"Untuk meng-open tiket KL - Jakarta. Kerana mahu tinggal beberapa hari di KL, maka harus open. Itu harganya lebih mahal lima puluh dolar. Bagaimana Mbak?"

"Ya, baiklah La. Wangnya besok insya Allah. Bila tiket boleh saya ambil?"

"Dua hari setelah wang saya terima Mbak."

"Oh ya Mbak, boleh tidak Laila tanya sedikit sama Mbak?"

"Apa itu La?"

"Saya dengar Mbak dilamar oleh Mas Furqan ya Mbak?"

"Wah, kalau itu tidak boleh dijelaskan melalui telefon La. Sudah dulu ya. Ini kreditnya sudah habis banyak. Yuk, assalamu 'alaikum."

"Oh ya Mbak, wa 'alaikumussalam."

Wajah Anna merah padam. Pertanyaan Laila itu menyentak hatinya. Dari mana dia tahu? Ia sangat yakin di kalangan mahasiswi, berita dirinya dilamar Furqan pasti mulai tersebar. Yang membuatnya marah adalah siapa yang membocorkan ini semua. Bukankah yang tahu masalah ini selain dirinya, seharusnya hanya tiga orang, iaitu Furqan, Ustadz Mujab dan isterinya, Kak Zulfa. Ada kejengkelan dan rasa marah yang memercik dalam dadanya. Tapi ia bingung kepada siapa harus marah. Untuk meredakan amarahnya ia mengambil air wudhu'.

Setelah itu ia ke ruang tamu di mana Erna dan Zahraza sedang asyik membaca surat khabar Al-Ahram.

"Mbak, kita jadi ke Palace?" tanya Erna sebaik saja Anna duduk di sampingnya.

Anna melihat jam dinding, lalu menjawab:

"Sekarang, sudah pukul tujuh lima minit, tapi Wan Aina dan Sholihati belum pulang. Apakah tidak terlalu malam jika kita keluar setelah mereka pulang?"

"Iya, terlalu malam. Nanti dilihat orang tidak baik." Sahut Zahraza sambil tetap membaca.

"Atau tidak usah ke Palace saja Mbak. Nanti kalau mereka pulang hubungi Babay saja. Kita pesan makanan minta dihantar ke sini." Erna memberi usul.

"Ya, nanti kalau mereka pulang kita musyawarah. Seeloknya bagaimana. Yang jelas, malam ini insya' Allah tetap ada majlis kesyukuran seperti yang saya janjikan." Jawab Anna lirih. Fikiran Anna sekarang bukan pada majlis kesyukuran dengan makan makan yang ia rancangkan, tapi pada berita dirinya yang telah dilamar Furqan yang telah diketahui oleh orang orang yang semestinya tidak perlu mengetahuinya.

"Eh ini ada berita menarik di Ahram!" kata Zahraza setengah berteriak.

"Apa itu?" tanya Erna.

"Di sini disebutkan ada mahasiswa Indonesia yang tinggal di Ighatsah Islamiyyah Hay El Thamin dirompak seseorang yang mengaku sebagai anggota mabahits. Mahasiswa ini menderita kerugian lebih dari seribu dolar. Kemungkinan besar perompak itu memakai cara cara hipnotis!" jelas Zahraza.

Spontan Anna berkata :

"Bererti kita harus berhati hati. Jangan pergi mana mana bersendirian! Ternyata di atas muka bumi ini masih banyak penjahat berkeliaran!"


******


0 comments:

Post a Comment