Thursday, March 10, 2011

PELBAGAI MANUAL JAHITAN KEMASAN LEHER

Klik diatas gambar untuk download/print

Klik diatas gambar untuk download/print

Monday, March 7, 2011

KETIKA CINTA BERTASBIH - (11) Rezeki Silaturrahim

Sebenarnya dah lama post ni dok dalam draft. Cuma aku tak ade mase nak semak & edit sana sini... Memandangkan korang sume dah celik huruf... jd aku rase x de masalah kot klu aku terpesong ejaan... Selamat Meneruskan Pembacaan Pd Yg Masih Ternanti2 Akan Kisah Selanjutnya... Ribuan... malahan jutaan maaf andai aku membuat kalian lama menunggu...


SETELAH solat Maghrib, Azzam terus masuk ke dapur untuk memasak air di dalam periuk besar untuk memproses kacang soyanya. Sambil menunggu air panas ia membaca Al-Ma'tsurat lalu tilawah. Lima belas minit kemudian ia yakin air telah masak. Tidak harus mendidih. Ia turunkan air itu dari dapur gas. Ia membuka bungkusan kacang soyanya. Menyukatnya dan terus merendamnya dengan air panas itu. Itulah langkah paling awal dalam memproses kacang soya menjadi tempe.

Kira kira lima minit ia merendam kacang soya itu. Lalu ia memisahkan kotoran kotoran yang turut ada dalam kacang soya tersebut. Biasanya kotoran itu mengapung. Ia ceduk kotoran itu dan ia buang. Lalu ia memisahkan kacang soya dengan air itu. Air itu ia bersihkan. Lalu ia masukan kembali kacang soya ke dalam air itu. Ia letakkan di sudut dapur.

Kacang soya itu harus direndam satu malam. Besok pagi, kira kira pukul tujuh pagi ia akan kembali memproses kacang soya itu dengan membersihnya di bilik mandi. Diulesi agar kacang soyanya pecah. Paling mudah adalah dengan menginjak injaknya. Lalu ia cuci sampai bersih. Tapi kulit arinya tidak boleh hilang. Kemudian ia direbus. Kalau sudah masak, ia tapiskan sampai sejuk. Setelah sejuk diberi ragi. Lalu ia bungkus dan ia letakkan di rak khusus yang telah ia buat di dalam biliknya. Dua hari berikutnya barulah ia menjadi tempe.

Sebenarnya, tanpa direbus, kacang soya yang telah diulesi hingga pecah itu boleh terus diberi ragi dan dua hari kemudian boleh jadi tempe. Sehingga boleh menjimatkan minyak tanah. Namun hasilnya masih kalah dengan yang direbus dulu.

Tempe Azzam dakui oleh para pelanggannya dan juga oleh ibu ibu KBRI sebagai tempe yang sangat enak dan lazat. Ia memang bersungguh sungguh dalam membuat tempe. Ia masih ingat, bahawa ia boleh membuat tempe dengan secara tidak sengaja. Ketika masih di pesantren dulu ia mempunyai seorang teman, namanya Handono. Ia sangat rapat dengan Handono. Ketika bercuti panjang ia diajak oleh Handono bercuti di rumahnya yang terletak di sebuah kampung di pinggir Kota Salatiga. Kampung itu namanya Candiwesi. Dikenali sebagai salah sebuah kampung yang penduduknya banyak berprofesion sebagai pengeluar tempe. Selama bercuti di rumah handono itulah, dengan secara tidak sengaja ia belajar membuat tempe sampai mahir.

Kebetulan ayah Handono memang dikenali sebagai usahawan tempe terbesar di Candiwesi. Setaip hari ia memproses sebanyak 300 kilogram kacang soya. Memiliki pekerja tetap sebanyak sepuluh orang. Berawal dari ikut ikutan membantu, ia akhirnya tertarik untuk belajar dengan terus mempraktik dari A sampai Z. Tentang sukatan kacang soyanya. Sukatan raginya. Cara membungkus yang ideal dan sebagainya. Satu bulan penuh ia ikut bekerja membuat tempe. Dan sejak itu ia sudah boleh membuat tempe sendiri. Bahkan ia sering mencubanya di rumah, dan ia minta ibunya menggoreng dan merasainya.

"Wah, tempemu sedap sekali Zam," puji ibunya. Itulah rezeki silaturrahim. Dengan bersilaturrahim ke tempat Handono, ia jadi bertambah ilmunya. Ilmu membuat tempe. Ia sama sekali tidak pernah terfikir bahawa ilmu membuat tempe itu dikemudian hari akan sangat berguna baginya, saat ia harus mempertahankan hidupnya di Mesir. Sangat berguna saat ia harus berusaha sendiri, tidak hanya untuk menyara diri sendiri, tapi juga adik adiknya di Indonesia.

Ia merasakan benar bahawa rezeki yang didatangkan oleh Allah dari silaturrahim sangat dahsyat. Ia boleh sampai belajar di Al-Azhar university juga bermula dari silaturrahim.

Waktu itu, menjelang penilaian pembelajaran tahun akhir nasional, teman satu biliknya di pesantren sakit. Namanya Wasis. Rumahnya di daerah Bantul. Ia menghantarnya pulang. Setelah dibawa menemui doktor, ternyata Wasis sakit thypus serius. Jadi harus dirawat di rumah sakit. Ia sempat menemani satu hari di rumah sakit.

Waktu menemani di rumah sakit itulah ia berbincang bincang secara tidak sengaja dengan pesakit satu bilik dengan Wasis. Pesakit itu juga menghidap sakit thypus dan sudah mahu dibawa pulang. Dari perbincangan dengan pesakit itu, ia dapat maklumat adanya test untu mendapatkan biasiswa ke Al-Azhar. Pesakit setengah umur yang ramah itu berkata :

"Saya pernah belajar di pesantren tempat kamu belajar. Hanya beberapa bulan sahaja. Bulan depan ada ujian penjaringan siswa Madrasah Aliyah untuk mendapat biasiswa Al-Azhar. kamu ikut saja ujian di DEPAG (Departmen Agama) Pusat. Cari maklumat di sana. Nanti pada bahagian pendaftaran, beritahu sahaja disuruh oleh Pak Dhofir."

Dari maklumat itu, ia boleh ikut ujian untuk mendapatkan biasiswa kuliah di Al-Azhar University. Dan diterima. Ia sampai sekarang tidak tahu siapa Pak Dhofir itu. Yang ia tahu Pak Dhofir yang memberi maklumat padanya itu katanya tinggal di daerah Kotagede Yogyakarta.

Silaturrahim jugalah yang membuat bisnes baksonya di Cairo berjalan lancar. Memang ia tidak banyak muncul di kalangan mahasiswa, tapi ia sering hadir dan muncul di dlam majlis bapak bapak dan ibu ibu KBRI. Muncul untuk memberikan bantuan apa saja. Bahkan jika ada orang KBRI pindah rumah, ia sering jadi sasaran minta tolong. Kerana itulah ia sangat dikenali di kalangan orang orang KBRI. Itu sangat penting bagi bisnes baksonya.

Tanpa banyak silaturrahim, seseorang yang menjalankan perniagaan tidak akan banyak memiliki jalan dan peluang. Benarlah anjuran Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam agar siapa saja yang ingin diluaskan rezekinya, hendaklah ia melakukan silaturrahim.

Setelah merendam kacang soya, Azzam beranjak ke peti sejuk untuk mengeluarkan daging sapi yang baru petang tadi ia masukkan ke dalam peti sejuk. Ia keluarkan agar tidak keras. Sebab setelah solat Isya', ia harus mengolahnya menjadi bola bola bakso. Keahliannya membuat bakso yang kini banyak mendatangkan rezeki baginya juga kerana silaturrahim. Jika keahliannya membuat tempe ia dapat sejak ia masih di Indonesia, keahliannya membuat bakso justeru ia dapat setelah berada di Mesir.

Setengah tahun berada di Mesir, ia kenal baik dengan Pak Jayadi yang bekerja di KBRI sebagai pegawai bahagian konsuler. Kenal baik kerana sama sama berasal dari Kartasura. Pak Jayadi lahir di daerah Ngabean Kartasura. Sementara ia lahir dan tinggal di daerah Singopuran Kartasura. Ia jadi sering diundang dan sering datang ke rumah Pak Jayadi yang dikenali sangat baik dengan para mahasiswa. Apalagi yang berasal dari Jawa tengah. Ia hampir dianggap sebagai adik sendiri oleh Pak Jayadi. Pak Jayadi hanya memiliki seorang anak lelaki yang masih duduk di kelas enpat SD (Sek. Ren.). Dan Pak Jayadi dan Ibu Jayadilah ia boleh membuat bakso yang kemantapan rasanya sangat diakui di Cairo.

Bermula sering bersilaturrahim. Lalu diminta oleh Pak Jayadi untuk ikut membantu Ibu Jayadi membuat bakso pesanan KBRI untuk acara acara rasmi. Lalu cuba cuba membuat sendiri, ternyata diakui hampir sama dengan buatan Ibu Jayadi. Ia pun dikenali boleh membuat bakso. Bahkan ia sempat dikenali sebagai tangan kanan Ibu Jayadi.

Ketika pak jayadi sekeluarga pulang ke Tanah Air untuk selamanya, kepercayaan para pelanggan Ibu Jayadi dan juga KBRI jatuh kepadanya. Saat itu ia sendiri sedang sangat memerlukan datangnya sumber rezeki untuk mempertahankan hidupnya, dan juga adik adiknya. Jadilah ia terjun sepenuhnya dalam bisnes membuat bakso.

Azzam masih di dapur, setelah mengeluarkan daging dari peti ais, ia melihat beberapa alat dapur belum dicuci. Ia tergerak untuk mencucinya. Ini semestinya tugas Fadhil. Kerana hari ini yang bertugas memasak adalah Fadhil. Namun agaknya Fadhil kepenatan setelah selesai bertanding di Nadi Syabab. Ketika sedang asyik mencuci periuk yang biasa digunakan untuk manyayur, Ali muncul dan memanggilnya:

"Kang Azzam, ayuh ke depan. Kita makan kibdah dulu. Fadhil beli kibdah untuk mengisi perut!"

"Wah boleh juga. Oh ya, minumannya sudah ada? Kalau belum ada biar saya masak air dulu," Tukas Azzam sambil menyelesaikan cuciannya.

"Oh ya Kang, belum," jawab Hafez.

Azzam mempercepatkan pekerjaannya. Sebelum meninggalkan dapur terlebih dahulu ia meletakkan perik yang berisi air di atas dapur gas yang menyala. Mahasiswa Indonesia di Cairo memang tidak lazim memiliki termos penyimpan air panas. Sebab mereka biasa minum teh khas Mesir. Teh itu lebih enak bila dicampur dengan air yang masih mendidih. Jika tidak begitu, rasanya kurang mantap.

"Wah beli lhibdah banyak sekali Dhil," kata Azzam sambil duduk di samping Fadhil. Nanang dan Hafez juga sudah duduk mengadap kibdah yang diletakkan begitu saja di atas karpet beralaskan suratkhabar.

"Ya Kang, ini sekaligus syukran. Tadi saya memasukkan dua gol dalam pertandingan," jawab mahasiswa Aceh itu dengan wajah berseri.

"Bererti KMA menang dong?" tanya Azzam sambil mengambil satu kibdah.

"KMA memang menang di permainan. Kami menguasai bola. Tapi KEMASS ternyata mampu memasuki pintu gol kami dengan dua jaringan gol. Jadi skornya 2 -2."

"Wah, pasti hebat tadi."

"Sama sama hebat," sahut Ali, "Apalagi dua gol KEMASS itu, yang menjaringkan adalah aku. Ali Mustafa El Plajuwi!" sambung Ali sambil membusungkan dada.

"Ali tadi memang boleh. Aku bangga!" Fadhil mengakui kehebatan Ali.

"Yang penting, mana syukrannya untuk dua gol. Yang menjaringkan satu gol saja beli kibdah, lha yang dua gol!" tukas Nanang dengan mimik menuntut.

"Beres. Setelah solat Isya' nanti aku beli firakh masywi. Yang di rumah tinggal menanak nasi saja!" jawab Ali.

"Mantap. Syukran Li!" teriak Fadhil girang. Bagaimana tidak girang, malam itu adalah tugas dia untuk masak. Jika lauk sudah ada, hanya tinggal menanak nasi, apa susahnya. Itu sama saja dia terlepas dari tugasnya. Dan ia boleh beristirehat melepas penat.

"Ngomong ngomong, Nasir ke mana? Kenaoa belum pulang?" tanya Azzam, yang dianggap tertua.

"Nasir tadi keluar tidak pulang lagi. Dia ada urusan ke Tanta katanya. Hafez juga sama. Ia kata nak menginap di Katamea," jelas Nanang.

"Oh ya, sudah kalau begitu." Kata Azzam datar. Dalam hati ia senang Hafez terus pergi ke Katamea. Pasti ia sedang mencari tempat yang nyaman untuk berpindah buat sementara waktu. Jika ia tetap tinggal serumah dengan Fadhil, ia akan terlalu sukar untuk melupakan Cut Mala.

Tiba tiba telefon berdering. Ali yang tangkas bergerak cepat mengangkat :

"Siapa?... Dari Mala?... Oh ya, sebentar ya?" Kata Ali. Ia lalu menunjuk Fadhil. Semua yang ada di situ terus faham itu adalah telefon dari Cut Mala ubtuk Fadhil, abangnya. Fadhil terus bergegas menerima telefon.

Azzam menarik nafas, ia tidak membayangkan jika Hafez saat itu ada di situ dan ia orang yang pertama mengangkat telefon. Bagaimana gemuruh dalam dadanya, nyala dalam hatinya mendengar suara Cut Mala. Semalam suntuk ia pasti tidak akan boleh tidur.

Sementara Fadhil menerima telefon, Azzam dan yang lain meneruskan perbincangan mereka.

"Oh ya, katanya, tadi puteri Pak Dubes menelefon, kok belum telefon lagi?" tanya Azzam.

"Iya Kang. Tadi sudah aku beritahu supaya telefon lagi setelah solat Maghrib. Kenapa sampai sekarang belum telefon ya," tukas Ali sambil beranjak ke dapur kerana mendengar suara air mendidih.

"Kamu ni Kang, diminta menghentikan mandinya sebentar tidak mahu. Jarang jarang orang dapat panggilan telefon dari puteri Pak Dubes yang cantik lulusan EHESS Perancis itu," kata Nanang menyesali. "Aku yakin dia takkan telefon lagi. nampaknya kamu yang sekarang harus telefon balik Kang. Siapa tahu ini bisnes besar Kang," sambungnya memberi saranan.

Azzam diam, tidak menjawab. Fadhil meletakkan gagang telefon, ia baru saja selesai berbicara dengan adiknya. Baru diletakkan telefon, ia kembali berdering. Fadhil terus mengangkatnya.

"Ya, hallo. Ini siapa ya?" tanya Fadhil.

"Ini Eliana. Boleh bicara dengan Mas Insinyur?"

"Oh boleh, sebentar Mbak Eliana ya," kata Fadhil datar. Fadhil lalu memanggil Azzam. Azzam segera bangkit dan menerima gagang telefon.

"Hallo. Ada yang boleh saya bantu," kata Azzam.

"Ini Eliana, Mas Insinyur."

"Oh Mbak Eliana, apa khabar Mbak?"

"Baik."

"Pak Dubes sihat?"

"Sihat. Alhamdulillah."

"Kenapa tiba tiba telefon kemari, ada apa Mbak?" tanya Azzam sambil melihat ke arah Nanang dan Fadhil yang dengan tepat memperhatikannya.

"Ini Mas, to the point saja ya?"

"Ya."

"Begini, dua bulan lagi saya mahu menyambut ulang tahun. Ulang tahun saya kedua puluh empat. Saya akan merayakannya di Wisma Duta. Sederhana saja. Tapi saya ingin yang mengesankan. Saya ingin untuk tetamu undangan disediakan masakan khas Indonesia."

"Oh bagus itu Mbak. Sebulan setengah lagi itu bererti kira kira selepas selesai ujian Al-Azhar ya Mbak."

"Ya. Majoriti mahasiswa sudah selesai ujian kelihatannya, meskipun mungkin masih ada beberapa yang belum selesai ujian. Mas Insinyur kira kira ada waktu nggak?"

"Insya Allah ada Mbak."

"Syukurlah kalau begitu. Tapi kali ini saya tidka mahu bakso. Sudah biasa sangat."

"Mbak inginnya apa?"

"Soto Lamongan. Mas boleh buatkan untuk saya?"

"Soto Lamongan?" Azzam bertanya agak ragu.

"Ya. Soto Lamongan. Boleh tak? Mas Insinyur kan terkenal jaguh masak."

"Oh boleh Mbak, insya Allah boleh. Mahu untuk berapa bahagian?"

"Lima ratus bahagian, sanggup?"

"Sanggup Mbak, asal harganya sesuai aja." Azzam sudah langsung kepada hal yang paling penting dalam dunia bisnes.

"Satu bahagiannya berapa Mas? Sama dengan bakso bagaimana?"

"Wah, kalau disamakan dengan bakso berat Mbak, terus terang. Kalau bakso sudah sangat biasa, buatnya juga bagi saya sangat biasa. Ini Soto Lamingan lah Mbak. Tidak ada di Cairo, dan perlu keahlian yang khusus."

"Ya sudah kalau begitu, saya ikut Mas Insinyur, jadi berapa?"

"Dua kali ganda bakso. Bagaimana? Setuju?"

"Baik. Setuju. Tapi nanti jangan cukup cukup lima ratus ya. Biar ada lebih beberapa bahagian ya."

"Beres Mbak. Terus majlisnya tepatnya bila Mbak? Tanggal berapa? Pukul berapa?"

"Tepat tanggal satu awal bulan depan. Majlis tepat jam tujuh malam. Jangan lupa ya."

"Baik Mbak. Tapi tolong seminggu sebelum hari tersebut, Mbak ingatkan ya?"

"Ya. salam buat teman teman Mas Insinyur di situ ya?"

Azzam menutup gagang telefon dengan wajah bersinar. Rezeki besar ada di depan mata. Jika satu bahagian bakso biasanya harganya 3 pound, ini bererti untuk Soto Lamongan ia akan dapat 6 pound satu bahagiannya : 6 x 500 sama dengan 3000. Ditolak modal sekitar 400 pound. Jadi dua minggu lagi ia akan dapat keuntungan kira kira 2600 pound.

"Bisnes baru ya Kang? Kok saya tadi dengar ada menyebut nyebut Soto Lamongan?" tanya Nanang.

"Iya, puteri Pak Dubes itu mahu sambut ulang tahun, minta dibuatkan Soto Lamongan."

"Lah, memangnya kamu boleh buat Soto Lamongan?"

"Ya, belum tahu."

"Lah, kenapa kamu sanggup?"

"Lah kan ada kamu Nang. Kamu kan orang Lamongan, pasti boleh buat Solo Lamongan."

"Waduh Kang, kamu itu sungguh nekad. Aku memanglah orang Lamongan, tapi aku tidaklah pandai buat Soto Lamongan tu. Kalau boleh saya sarankan kamu batalkan saja Kang. Daripada nanti memgecewakan keluarga Pak Dubes, reputasi yang kamu bangunkan selama ini boleh hancur lah Kang."

"Wah, kamu itu Nang, penakut. Tidak punya keyakinan. Ini bisnes Nang. Bisnes! Nyawa bisnes itu keberanian Nang. Dalam dunia bisnes yang berjaya adalah mereka yang memahami bahawa, hanya perbezaan sedikit antara tentangan dan peluang, dan mereka boleh mengubahnya menjadi keuntungan. Aku memang belum boleh buat Soto Lamongan, tapi aku dulu sering makan Soto Lamongan. Kekhasan rasa dan bentuk Soto Lamongan masih aku ingat. Yang paling penting aku merasa boleh membuat Soto Lamongan. Dan aku yakin kualitinya, insya Allah sama dengan yang asalnya!"

"Wah, kamu kadang memang nekad sangat Kang!"

"Bukan nekad Nang. Ini memanfaatkan tentangan menjadi peluang. Nekad adalah untuk mereka yang tidak tahu langkah langkah pastinya menaklukkan tentangan. Tapi bagi mereka yang tahu langkah langkah pastinya, itu bererti tidak lagi dikatakan nekad, tapi memgambil peluang drngan sedikit risiko!"

"Wah, kata kata kamu macam motivator ternama saja Kang."

"Yang aku katakan hanyalah berpandukan dari pengalamanku selama ini Nang. Aku yakin boleh. Kalau aku merasa tidak boleh, pasti sudahku tolak. Kau ngat beberapa bulan yang lalu ketika Pak Atase Perdagangan minta dibuatkan Garang Asem khas Kudus. Jelas aku angkat tangan. Belum terbayang bagaimana cara membuatnya. Apalagi Garang Asem banyak khasnya. Ada khas Kudus, khas Kartasura, khas Salatiga, khas Semarang, khas Boyolali. Saat itu aku melihat bukanlah suatu tentangan yang boleh diubah menjadi satu peluang. Lebih baik aku mundur."

"Tapi, Soto lamongan setahuku juga ada kerumitannya lah Kang."

"Aku tahu, yang paling penting aku yakin boleh."


******


"Kau yakin boleh La?" tanya Anna pada Laila, mahasiswi Indonesia yang dikenali menjadi agen tiket Malaysia Air Lines dan Singapore Air Lines. Laila mengikuti jejak abangnya Nasir. Boleh dikatakan Laila hanya membantu abangnya. Kerana dia mahasiswi, jadi promosi di kalangan mahasiswi boleh ia lakukan dengan segera. Apalagi ia juga menjadi pengurus Wihdah.

Bezanya Laila dengan abangnya, Laila termasuk kelompok mahasiswi yang berprestasi. Tidak pernah gagal dalam ujian. Sering menulis di buletin dan majalah. Sedangkan Nasir, biasa biasa saja. Aktivitinya lebih banyak melakukan bisnes di Cairo. Selain bisnes tiket pesawat, Nasir juga bisnes warnet (internet) dan jualan halia. Ya jualan halia. Dengan cara, ia pergi umrah naik kapal. Lalu di Saudi ia membeli halia yang masih segar. Halia dari Saudi itu asalnya juga bukan dari Saudi tetapi dari Asia Tenggara. Kebanyakan dari Thailand. Ia membeli terus beberapa ratus kilogram. Ia bawa ke Mesir dan ia jual kepada orang orang Mesir. Keuntungannya selain menampung biaya umrah, juga boleh dibuat untuk membayar sewa rumah beberapa bulan. Suatu bisnes yang sangat menguntungkan. Laila yang ditanya tersenyum.

"Ya, tersangat yakinlah Mbak. Tanpa harus membawa visa dari kedutaan Malaysia Mbak boleh masuk Malaysia. Nanti ambil visa beratur di bandar Kuala Lumpur. Abang saya kan pernah pulang ke Tanah Air dan transit dua minggu di Malaysia. Hanya saja kalau Mbak mahu transit masuk KL, ada biaya tambahan lima puluh dolar Mbak." Laila menjelaskan panjang lebar.

"Untuk apa itu La?"

"Untuk meng-open tiket KL - Jakarta. Kerana mahu tinggal beberapa hari di KL, maka harus open. Itu harganya lebih mahal lima puluh dolar. Bagaimana Mbak?"

"Ya, baiklah La. Wangnya besok insya Allah. Bila tiket boleh saya ambil?"

"Dua hari setelah wang saya terima Mbak."

"Oh ya Mbak, boleh tidak Laila tanya sedikit sama Mbak?"

"Apa itu La?"

"Saya dengar Mbak dilamar oleh Mas Furqan ya Mbak?"

"Wah, kalau itu tidak boleh dijelaskan melalui telefon La. Sudah dulu ya. Ini kreditnya sudah habis banyak. Yuk, assalamu 'alaikum."

"Oh ya Mbak, wa 'alaikumussalam."

Wajah Anna merah padam. Pertanyaan Laila itu menyentak hatinya. Dari mana dia tahu? Ia sangat yakin di kalangan mahasiswi, berita dirinya dilamar Furqan pasti mulai tersebar. Yang membuatnya marah adalah siapa yang membocorkan ini semua. Bukankah yang tahu masalah ini selain dirinya, seharusnya hanya tiga orang, iaitu Furqan, Ustadz Mujab dan isterinya, Kak Zulfa. Ada kejengkelan dan rasa marah yang memercik dalam dadanya. Tapi ia bingung kepada siapa harus marah. Untuk meredakan amarahnya ia mengambil air wudhu'.

Setelah itu ia ke ruang tamu di mana Erna dan Zahraza sedang asyik membaca surat khabar Al-Ahram.

"Mbak, kita jadi ke Palace?" tanya Erna sebaik saja Anna duduk di sampingnya.

Anna melihat jam dinding, lalu menjawab:

"Sekarang, sudah pukul tujuh lima minit, tapi Wan Aina dan Sholihati belum pulang. Apakah tidak terlalu malam jika kita keluar setelah mereka pulang?"

"Iya, terlalu malam. Nanti dilihat orang tidak baik." Sahut Zahraza sambil tetap membaca.

"Atau tidak usah ke Palace saja Mbak. Nanti kalau mereka pulang hubungi Babay saja. Kita pesan makanan minta dihantar ke sini." Erna memberi usul.

"Ya, nanti kalau mereka pulang kita musyawarah. Seeloknya bagaimana. Yang jelas, malam ini insya' Allah tetap ada majlis kesyukuran seperti yang saya janjikan." Jawab Anna lirih. Fikiran Anna sekarang bukan pada majlis kesyukuran dengan makan makan yang ia rancangkan, tapi pada berita dirinya yang telah dilamar Furqan yang telah diketahui oleh orang orang yang semestinya tidak perlu mengetahuinya.

"Eh ini ada berita menarik di Ahram!" kata Zahraza setengah berteriak.

"Apa itu?" tanya Erna.

"Di sini disebutkan ada mahasiswa Indonesia yang tinggal di Ighatsah Islamiyyah Hay El Thamin dirompak seseorang yang mengaku sebagai anggota mabahits. Mahasiswa ini menderita kerugian lebih dari seribu dolar. Kemungkinan besar perompak itu memakai cara cara hipnotis!" jelas Zahraza.

Spontan Anna berkata :

"Bererti kita harus berhati hati. Jangan pergi mana mana bersendirian! Ternyata di atas muka bumi ini masih banyak penjahat berkeliaran!"


******


WAKTU OH WAKTU

Sekian lama aku mengintai waktu untuk 'mengupdate' (blh guna ke perkataan ni??? marah plk pakar2 dkt DBP nti..) Ermm mengemaskini kot... ye mengemaskini blog RKTS... Namun apakan daya... impian cuma tinggal impian... ruang waktu masih belum memberi kesempatan... Tiba tiba aku terasa... betapa kerdilnya aku yang semakin lelah mengejar waktu. Mesti ada yang pelik... kenapa dulu aku sampai boleh berumahtangga dkt rumah kecik karpet kuning tu... Tapi sekarang 1/2 jam pun payah nak nampak aku lepak saje2... Mana2 insan yg mcm x barape nk suke dgn aku tu mesti terlintas atau perkataan ni pernah melintasi benak mereka... 'tulah... dulu x nk siapkan keje... skrg ni baru padan muke.' Yelah.. dahulunya bkn kerja aku kan.. buat ape nk cbuk2... klu aku terlebih cbuk kang... dorang kata aku kaco periuk nasik depa... Boss suruh jage dia je... aku jagelah dia elok2... x gitu...

Dlm aku jage elok2 tulah... aku terlupa yg aku sebenarnya diperhatikan... (mcm suspen je kan hehehee) Bertitik tolak dari situ, maka timbulah situasi la ni.... hak la ni... lah yg aku rasa terkongkong sgt2... betapa peritnya mendokong dan menjayakan amanah. Ha... musti sape2 yg sayang dkt aku... yg biasa tgk (sbb korang x leh nk dgr... hehehee) cecehan dan ocehan aku rasa mcm sedih je.. (ade ke yg syg & ade ke yg sedih???? klu ade cuba angkat tgn...). Tapi mujurlah... akal waras aku senantiasa mengimbangi emosi yg beralun.... Ini semua hanyalah cabaran... ya sebuah cabaran yang penghunjungnya mungkin suatu keberhasilan. Keberhasilan dari usaha gigih dan pengorbanan. Keberhasilan yg penuh kepuasan....

Ehehhh ape yg aku merepek ni kan.... heheheee

Tuesday, August 24, 2010

KETIKA CINTA BERTASBIH - (10) Pengejaran Dengan Teksi

Kekangan waktu mendesak aku melupakan seketika soal blog aku ini. Tiba2 baru kini aku faham betapa masa itu lbh berharga dari emas sebenarnya... Buat rakan taulan yang masih mengikuti kisah KCB harap diteruskan pembacaannya... aku akan senantiasa mengintai waktu utk sambungannya...


PEMANDU
teksi itu mengerahkan segenap kemampuannya untuk mengejar. Ia sangat hafal dengan jalan jalan pintas yang paling selesa dari kesibukan dan kesesakan. Dalam waktu seperempat jam, teksi itu telah sampai di Hay El Sades ke arah kawasan kampus Al-Azhar Nasr City. Lalu melaju kencang ke arah Masjid Nun Khithab. Selama dalam perjalanan Azzam diam. Tidak banyak berbicara. Dua penumpang di belakangnya juga melakukan hal yang sama. Kalaupun Azzam bicara hanya untuk menjawab pertanyaan pemandu teksi sesekali sahaja.


Tiga minit kemudian teksi hitam putig itu sampai di simpang empat Masjid Nun Khithab. Azzam minta supaya belok ke kiri menyusuri Thayaran Street ke arah Ta'min Shihi. Azzam mengarahkan teksi berhenti di Halte jalan ke Hay El Sabe dekat Muraqib supaya mudah menahan bas enam lima. Pemandu minta tambah duit. Akhirnya Azzam kembali harus sepakat memberi tambahan.

Beberapa minit menunggu, dari arah Rab'ah sekonyong konyong Azzam melihat bas enam lima datang.

"Ukhti, kamu lihat kitabmu di pintu belakang. Saya akan naik dari pintu depan minta agar pemandunya berhenti beberapa saat. Semoga itu bas kamu tadi!" Seru Azzam apabila bas itu merapat di Halte mahu berhenti.

Mahasiswi bertudung biru itu mengangguk dan bersiap sedia.

Bas berhenti. Azzam menuju ke pintu depan. Apabila pintu dibuka, ia terus melompat. Ia hampir berlanggar dengan penumpang yang mahu turun. Ia rapat bergantung di pinggir pintu dan minta sang pemandu berhenti sebentar. Mahasiswi bertudung biru sudah naik. Ia melihat lihat di bawah kerusi dekat kondektur duduk. Kedua matanya terus menangkap buku dan kitabnya dalam dua plastik putih. Hatinya sangat bahagia. Ketika hendak mengambilnya sang kondektur mempersilakan. Agaknya sang kondektur belum lupa dengan musibah yang menimpa dua mahasiswi beberapa saat yang lalu.

"Maafkan kami atas musibah tadi," kata kondektor itu.

"Tidak apa apa. Semoga diganti yang lebih baik oleh Allah," jawab mahasiswi itu lalu turun.

Sambil bergayut di pintu depan, Azzam melihat mahasiswi itu membawa dua plastik putih berisi kitab. Ia terus melompat turun dan mempersilakan pemandu menjalankas basnya.

"Bagaimana masih lengkap, tidak ada yang hilang?" tanya Azzam.

Mahasiswi itu lalu memeriksa sebentar. Dan dengan wajah bersinar, ia menjawab :

"Alhamdulillah. Masih lengkap. Terima kasih ya atas segalanya. Kalau boleh tahu nama situ siapa?"

"Aku Abdullah." Jawab Azzam. Nama kecilnya memang Abdullah Khairul Azzam. entah kenapa ketika dibuat daftar kelahiran yang tertulis hanya Khairul Azzam saja, Abdullahnya hilang. Jadi dengan mengatakan namanya Abdullah, ia sama sekali tidak berbohong. Namun mahasiswi di Cairo tidak ada yang mengenalinya sebagai Abdullah. Ia memang tidak ingin namanya diketahui dua mahasiswi itu. Ia mahu menjaga keikhlasannya. Maka meskipun mahasiswi cantik bertudung biru itu bertanya namanya, ia tidak bergantian menanyakan namanya.

"Tinggal di mana?" tanya mahasiswi itu lagi. Sementara mahasiswi yang satunya diam saja. Kelihatannya ia masih sedih kehilangan dompetnya yang berisi dua ratus lima puluh dolar dan tujuh puluh lima pound.

"Di Madrasah Hay El Ashir. Ini sudah petang. Kalian ikut sampai sini saja ya. Saya harus segera meneruskan perjalanan. Pemandu teksinya sudah menunggu. nanti kalau lama, dia minta tambah lagi." Jawab Azzam sambil melihat jam tangannya.

"Iya Mas. .a.. Abdullah. Terima kasih banyak ya."

"Ya sama sama. Lain kali lebih berhati hati ya. Mari. Assalamu'alaikum."

"Wa 'alaikumussalam wa rahmatullah."

Azzam terus masuk ke dalam teksi. Teksi berjalan lurus ke arah Hay El Sabe'. Dua mahasiswi itu memandang teksi itu sampai menghilang di kejauhan. Nama Abdullah membuka satu lembaran catatan dalam hati mereka.

Matahari semakin kekuning kuningan. Senja menunjukkan tanda tanda segera datang. bas bas penuh dengan orang orang yang keletihan. Dua mahasiswi itu melangkah perlahan ke arah Abdul Rasul. Letaknya tidak jauh. Tiga ratus meter ke depan. angin musin bunga yang sejuk membelai tudung mereka dengan penuh kasih sayang. Cairo kembali menggores episod yang indah untuk dikenang.

******

Dua mahasiswi itu sampai di rumah sewa mereka di Abdul Rasul. Rumah yang besar berada di tingkat dua sebuah villa anggun bercat putih. Rumah itu terdiri daripada tiga buah bilik. Satu bilik mandi. Dapur, ruang tamu. Dan dua balkoni. Dihuni oleh lima orang mahasiswi. Tiga orang dari Indonesia dan dua orang dari Malaysia.

Erna sudah lebih ceria meskipun guratan kesedihannya masih nampak jelas. Mereka pulang disambut oleh Zahraza, mahasiswi tahun tiga dari Negeri Kedah, Malaysia.

"Erna, kenapa muka awak pucat macam tu? Fi eh?" tanya Zahraza, teman satu bilik Erna. Loghat Malaysianya sama sekali tidak berubah meskipun sudah dua tahun tinggal satu rumah dengan orang Indonesia. Selain Zahraza, mahasiswi Malaysia yang tinggal di situ adalah Wan Ama, berasal dari Negeri Selangor. Zahraza masih Sarjana Muda, tahun akhir. Sedangkan Wan Aina sudah masuk tahun pertama Sarjananya. Dua penghuni lainnya adalah Hanum dari Bandung, dan Sholihati dari Kudus. Keduanya satu kelas dengan Erna.

Jadi, di rumah itu yang paling senior secara akedemik adalah Anna. Adapun yang paling senior secara umur adalah Sholihati. Sebelum kuliah di Al-Azhar, gadis yang pernah belajar di Madrasah Banat Kudus itu pernah menjadi tenaga kerja di Kuwait lebih dari dua tahun. Kerana cintanya pada ilmu, sebaik sahaja ia memiliki dana untuk terbang ke Mesir, ia tinggalkan pekerjaannya untuk menuntut ilmu. Semangat belajarnya yang luar biasa itu membuat banyak orang kagum padanya. Namun Anna tetaplah yang paling disegani di rumah itu, selain kerana ia paling berprestasi dan paling boleh memimpin, ia adalah puteri seorang kiai. Anna tinggal seorang satu bilik. Erna satu bilik dengan Zahraza. Sedangkan Wan Aina satu bilik dengan Sholihati. Mereka hidup di rumah itu bagaikan seperti saudara sendiri.

"Tidak usah risau. Tidak ada apa apa. Hanya musibah sikit aje," jawab Anna, sedikit terpengaruh oleh loghat Malaysia.

"Musibah apa tu?" kejar Zahraza.

"Tanya aja sama Erna. Saya nak ke bilik dulu ya," jawab Anna bergegas ke biliknya.

Zahraza terus minta penjelasan Erna. Erna lalu menjelaskan dengan detail semua peristiwa yang baru saja dialaminya. Termasuk juga pertolongan yang tidak disangka dari seorang mahasiswa Indonesia bernama Abdullah. Zahraza mendengarkan dengan penuh perhatian.

Sementara itu, teksi berwarna hitam putih yang membawa Azzam meluncur memasuji kawasan Hay El Ashir. Melewati Bawwabah Tsalitsah, terus melaju ke timur. Melalui kawasan yang oleh mahasiswa Asia Tenggara disebut Nadi Kahrubai. Sebuah kawasan luas yang dilalui arus elektrik tegangan tinggi. Daerah itu berupa jalan tar yang lebar. Dan oleh penduduk setempat, juga oleh mahasiswa Asia Tenggara, sering digunakan untuk bermain bola sepak. Maka disebut Nadi Kahrubai atau stadium elektrik.

Kawasan ini juga sering disebut Suq Sayyarah, atau Pasar Kereta. Sebab, pada hari Jumaat kawasan ini berubah menjadi tempat jual beli kereta terpakai terbesar di Cairo. Kawasan yang luasnya berhektar hektar itu penuh dengan pelbagai macam kereta. Bagi yang ingin mendapatkan kereta yang bagus dan murah, di sinilah tempatnya. Syaratnya tentu saja harus boleh memilih dan boleh menawar dengan baik. Jika tidak, justeru boleh sebaliknya.

Azzam melihat ke arah Nadi Kahrubai, dan dari kejauhan dia melihat ramai mahasiswa Asia Tenggara di sana. Ada juga mahasiswa berkulit hitam. Mereka sedang bermain bola sepak. Di sebelah Nadi tampak Masjid Sarbini yang pada bulan Ramadhan biasa menyediakan buka puasa secara percuma. Masjid itu menjadi salah satu tempat kesukaan bagi mahaiswa Asia Tenggara, di samping masjid masjid yang lain. Azzam sendiri juga sering berbuka di masjid itu bersama teman teman satu rumahnya.

Tidak lama kemudian, teksi itu sampai di Mutsallats. Azzam memberi petunjuk kepada pemandu teksi agar belok ke kanan. Teksi berjalan perlahan memasuki kawasan Mutsallats. Rumah rumah penduduk berbentuk kotak kotak berwarna coklat. Warna khas pasir dan debu padang pasir di Mesir. Azzam kembali meminta teksi belok ke kanan. Sampai di depan apartment bertingkat enam yang menghadap ke selatan, Azzam menyuruh teksi itu berhenti.

Azzam keluar dari teksi. Pemandu teksi membantu mengeluarkan barang barang Azzam dari bonet. Azzam memeriksa barangnya. Semua sudah cukup, Azzam menyerahkan duit tambang kepada pemandu teksi. Pemandu gendut berwajah bundar itu terus menghitung.

"Khamsahjunaih kaman ya Indonesi!"

"La, khalas, mafi zaidah ya Ammu. Haram 'alaik ya Aimmu!"

Pemandu teksi itu tersenyum.

"Thayyib, 'ala kulli hal mutasyakkir! Hadza yakfi!" Ia lalu masuk ke dalam teksi dan pergi.

Azzam meletakkan barang barangnya di depan pintu gerbang. Sambil menjinjing beg plastik berisi daging sapi, ia naik ke tingkat tiga. Flatnya ada di tingkat tiga. Ia masuk. Sepi. Tidak ada orang di ruang tamu. Ia terus memasukkan daging sapi ke dalam peti ais. Ia memeriksa dari bilik ke bilik. Hanya ada Nanang yang sedang duduk di depan komputer milik Fadhil. Kedua telinganya ditutup dengan earphone. Agaknya ia sedang asyik mendengarkan lagu lagu pop Mesir sambil mengetik. Azzam menepuk bahu Nanang. Nanang terhenyak terkejut, lalu tersenyum. Ia melepaskan earphonenya. Azzam memnta Nanang untuk membantunya menaikkan barang barang perbelanjaannya ke atas. Terutama mengangkat kacang soya. Ia sendiri sudah sangat letih.

"Okay bos!" Jawab Nanang riang. Ia mengikuti Azzam turun. Mereka berdua lalu menaikkan barang barang perbelanjaan itu ke dalam Flat.

******

"Semoga ini semua ada hikmahnya," lirih Zahraza selesai mendengar cerita Erna.

"Hikmahnya sudah aku dapatkan. Ini jadi teguran dari Allah atas kebakhilanku selama ini. Sebenarnya duit itu pagi tadi mahu dipinjam oleh kak Hanum dua ratus dolar, tapi aku tidak memberinya. Aku sungguh menyesal," jawab Erna sambil menundukkan kepalanya.

"Sudahlah Erna. Kita cakap perkara yang lain saja. By the way, siapa tadi pemuda yang menolong kalian?" tanya Zahraza.

"Namanya Abdullah."

"Kau kenal dia tak?" Erna menggelengkan kepala.

"Sst... by the way dia handsome tak?"

Erna membulatkan matanya. Namun Zahraza tidak takut. Ia malah memberi pandangan.

"Wah, bererti pemuda itu kacak. Terus terang aku suka sekali kepada oemuda yang baik hati dan berani seperti pemuda yang menolong kalian tadi. Apalagi kalau dia handsome. Kalau tidak handsome aku pasti menaruh simpati saja. Kalau aku yang jadi kau sudah aku kejar pemuda itu. Zaman sekarang, tidak mudah cari calon suami yang baik hati dan penuh perhatian seperti pemuda itu. Semoga Allah mempertemukan aku dengan dia dalam pertemuan yang penuh barakah."

Komen daripada mahasiswi Malaysia itu didengari dengan Anna dari biliknya. Entah kenapa, ia begitu cemburu mendengar pandangan itu. Ia jadi hairan sendiri kenapa ia mesti cemburu. Padahal ia bukan ada hubungan apa apa dengannya. Ia juga baru bertemu dengannya hari itu. Ia tidak tahu identitinya. Juga tidak tahu rumahnya. Pemuda itu pun tidak tahu siapa dia. sebab ia tidak memperkenalkan namanya, dan pemuda itu juga tidak bertanya namanya. Anna cepat cepat menyingkirkan perasaan itu.

Hairannya, setiap kali zahraza bercerita tentang kebaikan mahasiswa Indonesia, ia selalu cemburu. Gaya dan loghat gadis Malaysia yang halus itu, kalau bercerita tentang mahasiswa Indonesia memang punya kekuatan yang membangkitkan rasa cemburu bagi mahasiswi Indonesia. Apalagi ia memang mempunyai pengalaman indah dengan mahasiswa Indonesia. Saat awal awal di Mesir, ia tinggal di rumah Negeri Kedah yang ada di daerah Thub Ramly, Hay El Ashir.

Suatu hari ia pulang dari belanja di kedai Misr wa Sudan menjelang Isya'. Ketika ia berjalan berdua dengan temannya melalui shahra yang sepi, tiba tiba ada orang Mesir yang hendak berbuat jahat padanya. Ia menjerit jerit. Nasib baik waktu itu ada mahasiswa Indonesia yang lalu. Mahasiswa itu terus memukul orang Mesir tersebut. Orang Mesir memukul mereka balik. Terjadilah perkelahian. Ternyata mahasiswa Indonesia itu ada ilmu bela diri, sehingga orang Mesir itu akhirnya lari. Mahasiswa Indonesia itu juga menghantarkan mereka berdua sampai di rumahnya. Sejak itulah di mata Zahraza, pemuda Indonesia yang belajar di Mesir adalah manusia berani yang baik hati.

"Bodohnya awak ni. Awak tidak tanya siapa nama pemuda itu. Dan di mana alamat dia duduk. Awak benar benar bodoh. Padahal pemuda itu sangat berjasa bagi awak. Jika tidak ada pemuda itu mungkin kesucian awak sudah hilang." Begitu pandangan Zahraza setiap kali mengulang ceritanya itu. Entah sudah berapa kali Zahraza bercerita tentang kejadian itu. Dan sampai sekarang, mahasiswa Indonesia yang menolong Zahraza juga tidak diketahui siapa. Tidak ada khabar dan desas desus berita mahasiswa Indonesia yang mengaku atau bercerita pernah menolong mahasiswi Malaysia si Shahra dekat Thub Ramli.

Shahra, tanah yang sangat lapang, padang pasir. Anna tahu, kecemburuannya merupakan hal yang tidak perlu. Mahasiswi Malaysia menaruh simpati pada mahasiswa Indonesia kerana kebaikan, adalah hal yang bukannya tidak boleh terjadi. Jika yang jadi landasannya adalahh kebaikan, jalannya adalah kebaikan, dan tujuannya adalah kebaikan. Apanya yang salah.

Anna merasa ia telah berlebihan dengan merasa cemburu, hanya kerana komen yang boleh jadi juga sekadar cakap biasa : tidak lebih dari sekadar pandangan yang mungkin tujuannya justeru untuk menghangatkan suasana. atau untuk menunjukkan rasa hormatnya pada orang Indonesia. Ia merasa harus meletakkan cemburunya, cintanya, dan bencinya pada tempatnya yang tepat.

******

"Kau sedang tulis apa tu Nang?" tanya Azzam pada Nanang. Keduanya duduk di ruang tamu. Azzam menyandarkan punggungnya. Ia nampak keletihan.

"Anu Kang, lagi suka suka buat cerpen."

"Suka suka?"

"Iya Kang."

"Jangan suka suka sajalah Nang. Kalau nak buat cerpen buatlah bersungguh sungguh. Menulis dengan bersungguh. Kalau suka suka itu percuma! Komputernya bukan milik sendiri, elektrik juga dibayar, waktu habis, lah kenapa masih suka suka!"

"Maksudnya latihan Kang. Latihan buat cerpen. Bukan suka suka!"

"Ya, begitulah. Bila kita mahu maju, kalau tidak masih menggunakan waktu kita untuk suka suka terus. Betul tak Nang? Oh ya Nang, kenapa senyap, yang lain sudah pergi ke mana?"

"Fadhil sama Ali pergi main bola. Keduanya sedang bertanding sekarang," jawab Nanang.

"Di Nadi Kahrubai?"

"Bukanlah Kang. Ini pertandingan betul. Team KMA (Keluarga Mahasiswa Acheh) dan Team KEMASS (Keluarga Mahasiswa Sumatera Selatan). Fadhil di dalam pasukan KMA dan Ali di dalam pasukan KEMASS. Mereka bertanding di Nadi Syabab."

"Oh, kenapa mereka tidak beritahu, mereka hendak bertanding."

"Iya la, aku baru saja tahu tadi ketika si Mahmud, kiper KMA datang menjemput Fadhil. Mereka tidak beritahu kepada kita. Katanya, biar kita tidak bingung mahu menyokong siapa."

"Ya sudah, kita tidak usah sokong siapa siapa saja. Habis tu, Hafez dan Nasir ke mana?"

"Hafez tadi keluar mahu ke Katamea. Ke rumah Salman. temannya satu almamater. Kalau Nasir, ya seperti biasa Kang, menghantar tiket. Katanya, ke Abdur Rasul. Ada mahasiswi Indonesia yang akan pulang. Eh Kang, itu di peti ais ada tamar hindi."

"Wah kebetulan. Lagi dahaga ni."

Azzam bergegas ke dapur. Membuka peti ais. Mengambil botol air mineral yang berisi tamar hindi lalu menuangkannya ke gelas. Ia kembali ke ruang tamu dan minum dengan penuh kenikmatan.

"Yang beli kamu Nang?"

"Bukan saya Kang, tapi Ali. Tadi sebelum berangkat ke Nadi Syabab. Ia beli dua botol. Yang satu ia bawa, yang satu untuk kita katanya. Kang, aku mahu meneruskan menulis lagi ya?"

"Ya. Tapi jangan pakai earphone. Nanti kamu tidak dengar azan. Sebentar lagi Maghrib!"

"Iya Kang."

Nanang beranjak menuju komputer yang ditinggalkannya. Sementara Azzam masuk ke biliknya. Ia mengganti bajunya dengan singlet, dan seluar panjangnya dengan kain sarung. Lalu rebahkan diri di atas katil. Ia ingin mengendurkan otot ototnya barang beberapa minit. Sebab petang ini juga ia harus terus menggarap kedelainya untuk mulai diproses menjadi tempe. Lalu malam nanti setelah solat Isya' ia hafus mulai menggarap daging lembunya untuk dijadikan bakso.

Dalam keadaan sangat letih apapun, ia harus tetap sabar dan kuat melakukan itu semua. Jika tidak, ia takkan layak hidup, juga adik adiknya di Indonesia. Namun kerana sudah biasa, itu semua sudah tidak lagi menjadi sesuatu yang berat baginya.

Dan yang paling pentingbagi dirinya, dengan bekerja keras yang sudah biasa ia lakukan, ia sama sekali tidak risau akan masa depannya. Ia merasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan Allah kepadanya saat ini. Ia berani menatap mantap masa depannnya. Ia tidak merasa cemas? Apa yang perlu dirisaukan oleh seorang manusia yang diberi fikiran yang sihat, anggota badan yang cukup, dan mengimani adanya Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang?

Selain Pak Ali, selama ini ia tidak pernah menceritakan kapada siapa pun mengenai beban beban hidupnya. Juga jalan curam yang harus dilaluinya. Beberapa rang hanya tahu ia adalah jenis mahasiswa yang lebih mementingkan bisnes tempe dan baksonya daripada kuliah. Ia sama sekali bukan mahasiswa yang diperhitungkan dalam kancah dunia pengajian dan intelektual.

Nama asalnya bahkan sedikit yang tahu. Kalaulah memang ada yang tahu, biasanya adalah orang orang seangkatannya. Sementara mereka yang satu angkatan dengannya telah banyak yang menyelesaikan belajar B.A.nya. Bahkan telah banyak yang pulang ke Tanah Air. Tinggal beberapa orang yang tersisa dari mereka, kerana mereka melanjutkan M.A. Yang masih B.A. hanya dirinya.

Beberapa mahasiswa baru yang mengenalnya, lebih banyak mengenalinya sebagai mahasiswa tertua yang belum juga lulus B.A. Padahal ia sudah sembilan tahun di Mesir. Ia sama sekali tidak mempedulikan hal itu. Baginya, yang penting ia telah melakukan hal yang benar. Benar untuk dirinya, ibunya, adik adiknya dan agamanya. Ia teringat sebuah nasihat dari seorang Syeikh Muda, ketika ia solat Jumaat di Masjid Ar-Rahman Masakin Utsman. Syeikh Muda itu dalam khutbahnya menghuraikan tentang pentingnya banyak kerja sedikit bicara.

"Kenapa Allah mengurniakan kepadakita dua tangan, dua kaki, dua mata, dua telinga, jutaan saraf otak, tapi hanya mengurniakan kepada kita satu mulut saja? Jawabnya, kerana Allah menginginkan agar kita lebih banyak bekerja, lebih banyak beramal nyata daripada bicara. Maka ada ungkapan, man katsura kalamuhu katsura khatauhu. Siapa yang banyak bicaranya maka banyak dosanya! Dan kerananya Rasulullah Shallaullahu 'alaihi wasallam menasihati kita semua: 'Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah berkata yang baik atau diam saja!' Umat dan bangsa yang besar adalah umat dan bangsa yang lebih banyak kerjanya daripada bicaranya. Orang orang besar sepanjang sejarah adalah mereka yang lebih banyak bekerja daripada bicara!" kata Syeikh Muda itu.

Lalu sebelum mengakhiri khutbah pertamanya, Syeikh Muda itu mengutip nasihat James Allen : "Jangan biarkan orang lain lebih tahu banyak tentang dirimu. Bekerjalah dengan senang hati dan dengan ketenangan jiwa, yang membuat kami menyedari, bahawa muatan fikiran yang benar dan usaha yang benar akan mendatangkan hasil yang benar!"

Ia merasa yang benar baginya adalah tidak banyak bicara. Banyak kerja. Dan orang tidak perlu tahu kenapa ia tidak juga lulus. Kenapa ia hampir tidak pernah hadir dalam segala hiruk pikuk kegiatan ilmiah mahasiswa Indonesia di Cairo. Kecuali beberapa saja. Hidupnya di Cairo lebih banyak berkisar di rumah, masjid, pasar, rumah para pelanggan tempenya, dan rumah rumah bapak bapak KBRI yang memesan baksonya. Kampus Al-Azhar sendiri jarang ia datangi, apalagi perpustakaan.

Baginya, kampus utamanua justeru masjid. Khutbah Jumaat, ceramah beberapa minit dari imam masjid setelah solat, halaqah membaca Al-Quran setelah solat Subuh adalah tempat utamanya menimba ilmu. Ia menganggap itulah yang terbaik untuk dirinya. Dan berulangkali ia mengatakan pada dirinya sendiri, jangan pernah engkau merasa tersiksa dengan apa yang engkau anggap baik untuk dirimu! Ia tidak mengingkari bahawa ia sebenarnya sangat ingin bergerak dan berdinamik lazimnya mahasiswa. Namun keadaan orang berbeza beza.

Sudah seperempat jam ia berbaring sambil memejamkan mata. Otot otot tubuhnya lebih terasa sihat dan segar. lima minit lagi azan Maghrib berkumandang. Ia cepat cepat bangkit. Menyambar tuala dan ke bilik mandi. Sebaik sahaja ia masuk bulik mandi dan memutar paip air panas, sayup sayup ia mendengar suara heboh Fadhil dan Ali.

"Mereka sudah pulang. Semoga tidak ada yang kalah. Semua menang!" desisnya dalam hati sambil menambah kuatnya aliran air dingin. Setelah ia merasa ukuran panas dinginnya cukup, ia mandi dengan shower. Sentuhan air yang menerpa tubuhnya itu ia rasakan begitu nikmat. Begitu meremajakan saraf saraf dan otot ototnya. Ketika sedang asyik mandi, pintu bilik mandi diketok dengan keras.

"Kang Azzam ada telefon!" Itu suara Ali langsung menjawab dengan suara keras.

"Sedang mandi!"

"Disudahi dulu saja Kang! Ini penting!"

"Disudahi bagaimana, ini tengah pakai shampo!"

"Ini dari Eliana, Kang, puterinya Pak Dubes! Katanya penting!"

"Mahu puterinya Dubes, mahu puterinya Presiden,, suruh telefon selepas Maghrib. Titik!"

"Baik Kang."

******

Matahari perlahan masuk ke peraduannya. lampu lampu di sepanjang Kornes Nil mulai menyala. Azan berkumandang bersahut sahutan. Furqan keluar dari bilik hotelnya. Ia bergegas ke masjid. Di dalam lift ia kembali bertemu dengan mahasiswa dari Jepun. Mahasiswa Jepun itu mengangguk, ia pun mengangguk. Ia sampai di masjid tepat sesaat sebelum iqamat dikumandangkan.

Kali ini, ia solat diimami oleh imam yang agaknya menganut mazhab Imam Malik. Sebab sang imam setelah takbir tidakk meletakkan kedua tangannya di dada, tapu meluruskan tangannya seperti posisi tentera yang sedang siap dalam barisannya. Bacaan Al-Qur'an imam setengah umur itu sungguh indah. Ia larut dan tersentuh.

Selepas solat ia kembali ke hotel. Terus masuk kamar. Membaca Al-Qur'an beberapa halaman, lalu kembali membaca tesisnya. Ia kembali membaca baris demi baris. Sesekali ia berhenti menyemak pertanyaan para penguji yang kira kira akan disampaikan kepadanya lalu ia mempersiapkan jawapan yang ia anggap tepat. Tiba tiba telefon berdering mengganggu konsentrasinya,

"Ya, siapa ini?"

"Ini Sara, Tuan Furqan. Mengingatkan aja. Anda tidak lupa dengan undangan saya bukan? Pukul 19:30 di Abu Sakr Restaurant."

"Saya tidak lupa. Tapi nampaknya saya tidak boleh datang."

"Saya sangat berharap Tuan datang."

"Kalau tidak datang, semoga Nona tidak kecewa."

"Justeru saya risau, jika anda tidak datang anda akan menyesal. Undangan ini mungkin hanya sekali anda dapatkan dalam hidup anda."

"Terima kasih, saya merasa tersanjung."

"Saya merasa lebih tersanjung jika anda sudi datang. Oh ya, anda kenal Prof. Dr. Sa'duddin Zifzaf?"

"Ya, saya kenal. Dia seorang sejarahwan dan penulis terkenal."

"Dia ayah saya."

"Benarkah?"

"Iya tentu saja. Dia akan datang bersama saya."

"Sekali lagi, maafkan jika saya nanti tidak boleh datang."

"Fikirkanlah, saya berharap anda datang. Terima kasih." Klik. Telefon itu diputuskan.

Furqan sedikit bingung antara menyelesaikan persiapannya membaca ulang tesisnya, ataukah memenuhi undangan Sara. Undangan makan malam gadis Mesir sebenarnya sangat menarik. Apalagi ia sedikit terbayang gadis itu juga memiliki pesona yang sangat menarik. Astaghfirullah.

Ia beristighfar ketika kelibat wajah Sara yang menarik hadir di fikirannya. Dan penjelasan Sara bahawa Prof. Sa'duddin Zifzaf, penulis Mesir yag terkenal yang juga stag ahli Menteri Pendidikan itu adalah ayahnya, sungguh mengusik hatinya. Apakah benar? Yang lebih mengusiknya kenapa gadis Mesir itu benar benar tahu banyak tentang dirinya? Ataukah hanya basa basi belaka? Hatinya terus tertanya tanya.


Buat yang rajin & ingin tahu akan maksud / terjemahannya :-

1. Fi eh? - Ada apa?
2. Khamsah junaih kaman ya Abdonesi - Lima pound lagi, hai orang Indonesia
3. La, khalas, mafi ziadah ya Ammu. Haram 'alaik ya Aimmu! - Tidak, sudah, tak ada tambahan lagi pakcik, haram bagimu pakcik!
4. Thayyib, 'ala kulli hal mutasyakkir! Hadza yakfi! - Baik, walau bagaimanapun, terima kasih. Ini sudah cukup!
5. Shahra - tanah yang sangat lapang, padag pasir

Thursday, June 10, 2010

KETIKA CINTA BERTASBIH - (9) Perjalanan ke Sayyeda Zainab

Lanjutan kisah KCB... ade ke yg ternanti2 akannya????


AZZAM melihat jam tangannya. Sudah seperempat jam ia menunggu, bas ke Sayyeda Zaenab tidak juga datang, padahal bas ke Atabah sudah berkali kali lalu. Halte bas di depan Masjid Al-Azhar itu ramai manusia. Sebahagian duduk di kerusi halte, tapi yang berdiri jauh lebih banyak. Bas menuju Imbaba datang. Orang orang berlarian naik. Seorang ibu sekuat tenaga berusaha menggapai pintu bas. Tangannya telah meraih pegangan, dan ketika kakinya hendak naik, bas itu berjalan. Ibu itu tidak melepaskan pegangannya. Jadilah ia terseret. Para penumpang dan orang orang yang melihatnya berteriak teriak marah. Seorang lelaki setengah umur menjerit keras marah :

"Hasib ya hayawan!"

Bas itu berhenti, dan pemandu bas tertawa sengih tanpa kelihatan berdosa sama sekali. Ibu tersebut berjaya naik dan kemarahannya tidak juga berhenti. Azzam melihat hal itu dengan hati sesak. Sudah tidak terhitung lagi ia melihat kejadian seperti itu. Seorang pelancong mat saleh nampak asyik mengabdikan adegan kurang sopan tersebut. Nampaknya pelancong itu mendapatkan oleh oleh yang sangat unik untuk dia bawa je negaranya. Azzam merasakan dadanya semakin sesak. Layakkah adegan kurang sopan seumpama ini terjadi di depan kampus Islam tertua di dunia? Tanyanya dalam hati.

Bas menuju Imbaba itu telah hilang dari pandangan. Tidak lama kemudian sebuah bas datang. Ia sangat kenal dengan nombor bas itu. Lapan puluh coret. Bas yang sangat legenda dan terkenal bagi mahasiswa Asia Tenggara yang tinggal di kawasan Hayy El Ashir. Legenda kerana murahnya. Jauh dekat sama saja. Cuma sepuluh piester. Apa tidak murah. Dan terkenal, kerana melalui jalan strategik bagi mahasiswa. Bas itu dari Hayyul Ashir Nasr City melalui Hayyu Thamin, Masakin Ustman, kampus Al-Azhar Maydan Husein, dan berakhir di Attaba. Selain itu juga terkenal kerana sering terjadi penyeluk saku di dalamnya. Maka seringkali mahasiswaIndonesia menyebutnya 'bas lapan puluh copet', bukan 'lapan puluh coret.' Meskipun demikian, bas itu tetap saja dicintai dan dekat di hati.

Apabila lapan puluh coret berhenti, dan pintu depan banyak penumpang yang turun. Dan di pintu belakang penumpang bersesak naik. Ia melihat seorang pensyarah ikut berdesakan naik. Ia amati dengan teliti, ternyata Prof. Dr. Hilal Hasouna, Ketua Professor Ilmu Hadith. Ia selalu dibuat takjub oleh sikap tawadhu' dan kesahajaan para syeikh dan ketua professor Universiti Al-Azhar. Di Indonesia mana ada seorang ketua professor yang mahu berdesakan naik bas.

Perlahan lapan puluh coret pergi. Lima detik kemudian datang bas bernombor empat puluh lima. "Ini dia," desis Azzam lirih. Hatinya begitu lega dan bahagia. Selalu saja di dunia ini, jika seseorang menanti sesuatu dan sesuatu yang dinanti itu hadir, maka hadir pulalah kebahagiaab yang susah digambarkan. Di antara bas bas yang lain, enam puluh lima adalah yang paling dicintai Azzam. Kerana bas itulah yang sentiasa menghantarkannya ke Pasar Sayyeda Zaenab. Bas itu telah menjadi alat yang sangat akrab dalam menunjang bisnesnya. Bisnes tempe da bakso.

Sebaik sahaja bas berhenti, beberapa orang naik dari pintu belakang. Azzam ikut naik. Bas tidak berapa sesak. Tidak ada penumpang yang berdiri. Namun tidak banyak tempat duduk yang kosong. Semua penumpang yang baru naik mendapatkan tempat duduk, kecuali Azzam. Ia harus berdiri. Bas beranjak pergi menyusuri Al-Azhar Street. Azzam berdiri agak di tengah. Sekilas ia melihat ke depan. Beberapa mahasiswi Asia Tenggara duduk di barisan depan.

"Mungkin mereka juga mahu berbelanja di Sayyeda Zaenab." Gumamnya dalam hati.

Ia yakin mereka mahasiswi Indonesia, meskipun tidak menutup kemungkinan ada mahasiswi Malaysia. Yang lebih sering kreatif belanja ke Pasar Sayyeda Zaenab biasanya mahasiswa dan mahasiswi dari Indonesia. Sementara mahasiswa dan mahasiswi dari Malaysia lebih memilih belanja di tempat yang dekat dengan flat mereka di Nasr City seperti Swalayan Misrwa Sudan di Hayye El Sabe. Meskipun tentu saja harganya lebih mahal.

Perlahan bas beranjak menyusuri Al-Azhar Street. Dari jendela Azzam boleh melihat bangunan bangunan tua yang kusam. Di antara bangunan itu banyak yang dijadikan kedai dan gudang tekstil. Sampai di El Muski belok kiri menyusuri Port Said Street.

Bas terus melaju melalui Museum of Islamic Art. Di halte dekat Maidan Ahmad Maher bas berhenti. Seorang perempuan Mesir turun. Tidak ada penumpang naik. Bas kembali berjalan. Azzam duduk di kerusi yang baru saja ditinggalkan perempuan Mesir. Kerusinya masih terasa hangat. Ia merasa lega. Sekilas ia tahu bahawa yang duduk di sampingnya adalah seorang mahasiswi Asia Tenggara. Ia tidak merasa harus menyapa. Fikirannya sudah ada di Pasar Sayyeda Zaenab. Ia melihat jam tangannya. Ia berharap tidak terlambat sampai di sana. Kalau terlambat ia akan bertambah letih kerana tidak mendapatkan barang yang ia inginkan.

"Semoga Ammu Ragab belum pulang," doanya dalam hati. Jika Ammu Ragab pedagang kedelai itu sudah pulang ia harus ke Pasar Attaba. Harga kedelai di Attaba lebih mahal dan kualiti kacang soyanya di bawah Sayyeda Zaenab. Dan ia sebagai pengeluar ingin memberikan yang terbaik kepada pelanggan. Terbaik dalam harga, juga terbaik dalam kualiti barang. Selisih harga sekecil apapun harus ia perhatikan. Ia memang berusaha professional mungkin. Meskipun cuma bisnes tempe.

Ia ingin memposisikan diri sebagai pengeluar tempe terbaik dan termurah. Ia berusaha memposisikan tempenya adalah tempe dengan kualiti kedelai nombor satu. Rasa nombor satu. Rasa khas tempe Candiwesi Salatiga yang sangat terkenal itu. Dan kelebihan lainnya adalah bentuknya paling besar di antara tempe yang lain, isinya paling padat, dan harganya paling murah. Inilah keunikan yang dimiliki hasil keluarannya. Keunikan inilah yang menjadi positioning bisnesnya. Dan ia akan terus mempertahankan positioning ini terus terukir dalam benak para pelanggannya. Sehingga para pelanggan itu percaya penuh padanya dan pada produk produknya.

Untuk menjaga hal itu memang perlu keseriusan dan kerja keras. Tidak hanya konsep dalam fikiran atau di atas kertas. Ia teringat satu ajaran dari Cina kuno : 'Kamu akan mendapatkan apa yang kamu inginkan, jika kamu bekerja keras dan tidak tergesa gesa mati dulu.'

Ajaran itu senada dengan kata mutiara bangsa Arab yang sangat dahsyat : Man jadda wajada. Siapa yang bersungguh sungguh berusaha akan mendapatkan yang diharapkannya.

Bas terus berjalan.

"Maaf, anda dari Indonesia ya?"

Ia mendengar suara perlahan di sampingnya.

"Iya benar. Anda juga dari Indonesia?" Jawabnya tenang.

"Iya. Maaf kalau boleh tanya kedai buku Daarut Tauzi' itu di mana ya?"

"Sebentar." Ia melihat ke depan dan ke kiri jalan.

"Halte depan. Sebelah kiri jalan ada tulisannya. Pokoknya kira kira seratus meter dari Masjid Sayyeda Zaenab." Lanjutnya.

"Terima kasih."

"Sama sama. Belum pernah ke Daarut Tauzi' ya?"

"Iya, belum pernah. Biasanya saya beli buku di kedai kedai buku dekat kampus Al-Azhar Maydan Husein."

Setelah itu keduanya diam. Masing masing mengikuti fikirannya sendiri. Setiap kali bertemu dengan mahasiswi Indonesia Azzam terus teringat dengan kedua adiknya yang sudah gadis. Husna dan Lia. Husna pastilah sudah sampai waktunya untuk bernikah. Dan Lia telah meninggalkan waktu remaja. Genap sembilan tahun sudah, ia tidak bertemu mereka berdua. Adapun adiknya yang ketiga, si bongsu Sarah. sudah masuk usia sembilan tahun. Ia sama sekali belum pernah melihatnya, kecuali melalui gambar. Ketika ia meninggalkan Indonesia dulu, Sarah masih berada dalam kandungan ibunya. Seperti apakah wajah ketiga tiga adiknya itu.

"Semoga ada jalan untuk pulang. Aku rindu pada mereka. Juga pada ibu," katanya dalam hati. Dan jalan pulang yang paling realitis baginya adalah membuat tempe sebanyak banyaknya dan berdoa semoga mendapatkan pesanan membuat bakso yang juga sebanyak banyaknya. Hasil dari usahanya itu akan ia gunakan membeli tiket. Jika kurang, semoga boleh minta bantuan ke Baituz Zakat yang bersyarikat di Muhandisin. Namun, sesungguhnya dalam hati ia ingin dapat membeli tiket sendiri tanpa minta bantuan kepada sesiapapun. Itu bererti ia harus benar benar membanting tulang dan memeras keringat.

Di samping itu semua, yang paling penting adalah, ia harus selesai Sarjana Muda tahun ini. Jika tidak, rancangan untuk pulang akan hancur musnah. Ia harus menahan rindu satu tahun ke depan. Dan ia tidak mahu hal itu terjadi.

Maka ia harus melakukan sesuatu.

Kalau kamu ingin menciptakan sesuatu, kamu harus melakukan sesuatu! Demikian kata Johann Wolfgang von Goethe yang pernah disinggung oleh Prof. Dr. Hamdi Zaqzuq dalam kuliahnya.

Sekali lagi ia harus melakukan sesuatu. Iaitu bekerja lebih tekun, belajar lebih serius, dan berdoa lebih serius. Tidak ada yang lain.

Tidak terasa bas telah sampai di depan Masjid Sayyeda Zaenab. Azzam perlu turun, kerana bas akan ke Terminal Abu Raisy dan tidak melalui pasar. Para penumpang turun. Lima orang mahasiswi itu turun, termasuk yang duduk di samping Azzam. Azzam yang paling akhir turun. Beberapa mahasiswi mwmandang ke kiri dan ke kanan.

"Maaf Daarut Tauzi'-nya ke sana ya?" mahasiswi bertudung biru muda yang tadi duduk di sampingnya kembali bertanya padanya.

Secara spontan Azzam memandang wajahnya sekilas. Subhanallah, cantik. Mahasiswi Indonesia Indonesia di Cairo ada yang cantik juga. Bahkan ia merasa belum pernah melihat wanita Indonesia secantik gadis bertudung biru muda ini. Azzam cepat cepat mengalihkan pandangannya. Lalu dengan memandang ke arah Daarut Tauzi', ia menjelaskan ke mana mereka harus melangkah dan bagaimana ciri ciri gedungnya. Kerana Daarut Tauzi' memang tidak terlalu kelihatan lazimnya seperti kedai buku. Sebab, tempatnya ada di tingkat dua sebuah gedung yang agak tua.

"Syukran, ya."

"Afwan. Oh ya, sampaikan salam buat Hosam Ahmad. Penjaga Daarut Tauzi'?"

"Dari siapa?"

"Katakan saja dari thalib dzu himmah. Dia pasti tahu."

"Baik. insya' Allah." Jawab gadis bertudung biru muda itu. Ia dan teman temannya menuju ke arah yang dijelaskan Azzam. Sementara Azzam segera bergegas ke pasar. Ia melalui jalan masjid. Pasar itu ada di sebelah selatan masjid.


Pasar Sayyeda Zaenab masih ramai orang meskipun tidak seramai ketika pagi hari, sebelum Zohor. Beberapa pedagang ikan dan daging ayam sudah mengemas tempat mereka. Dagangan mereka telah habis. Azzam terus menuju kedai Ammu Ragab. Ammu Ragab memang khusus menjual segala jenis tepung, kacang kacang dan beras. Ia menjual kacang jenis ful sudani, ful soya, adas dan sebagainya.

"Assalamu 'alaikum ya Ammu."

"Wa 'alaikumussalam, oh anta ya Azzam. Kaif hal?"

"Ana bi khair. Alhamdulillah. Andak ful shiya?"

"Thab'an 'andi. 'Aisy kam kilo?"

"Khamsah wa 'isyrin kilo kal 'adah."

Azzam lalu menjelaskan sebentar. Kerana waktu sudah dekat Ashar, ia akan mengambil barangnya setelah solat Ashar. Setelah itu ia bergegas ke gerai penjual daging. Ia sudah pesan daging pagi tadi melalui telifon. Jika tidak pesan terlebih awal, jelas ia tidak akan mendapatkan daging yang diinginkan. Ternyata gerai penjual daging sudah siap tutup. Dagingnya juga telah habis.

"Kami masih buka kerana menunggu kamu Akhi." Kata Ibrahim yang kini menjalankan gerai daging milik ayahnya itu.

"Maaf. Saya sedikit terlambat." Jawab Azzam. Ia memang terlambat setengah jam mengambil pesanannya.

Ibrahim nampak sudah kemas dan bersih, tidak nampak kotor seperti penjual daging. Separuh gerainya sudah ditutup. Ia duduk di kerusi, di depan gerainya sambil membaca surat khabar.

Ibrahim masih muda. Umurnya masih di bawah tiga puluh tahun. Ayahnya tidak boleh lagi bekerja kerana terkena penyakit stroke. Ibrahim anak sulung. Masih memiliki empat adik. Dua perempuan dan dua lelaki. Yang paling besar namanya Sami, kumudian Yasmin, Heba dan yang paling kecil bernama Samir. Dialah yang kini menjadi kepala rumahtangga. Ia bermati matian menanggung adik adiknya. Juga bermati matian menjaga mereka agar tetap memperoleh pendidikan yang sepatutnya. Semua adiknya bersekolah di Al-Azhar, kerana memang tidak ada yang lebih murah dari Al-Azhar.

Yang ia tahu, Sami baru saja selesai Fakulti Dirasat Islamiyyah. Yasmin tahun akhir di Kuliyah Banat Al-Azhar. Heba baru masuk kuliah. Dan Samir masih di Madrasah Ibtidaiyyah. Ibrahim sendiri lulusan Fakulti Syariah. Sebagaimana ia boleh akrab dengan mahasiswa Mesir bernama Khaled, ia boleh rapat dengan Ibrahim, juga kerana bertemu di masjid. Tepatnya Ramadhan dua tahun lalu, ketika i'tikaf dua hari di Masjid Amru bin Ash. Biasanya Ibrahim dibantu oleh Sami, tapi kali ini kelihatannya ia tidak ada.

"Mana Sami, kenapa tidak kelihatan?"

"Sedang ada keperluan keluarga di Giza."

"O begitu. Kau tergesa gesa?"

"Sebenarnya tidak. Tapi saya dan Heba harus segera menyusul Sami sebelum Maghrib tiba."

Azzam lalu faham bahawa Ibrahim tidak mempunyai banyak waktu. Ia terus mengambil pesanannya dan membayar harganya. Azzam ingin segera beranjak, namun seorang gadis remaja bertudung khas Mesir datang dengan membawa dua gelas karikade dingin di atas dulang.

"Minum dulu Akhi." Ibrahim mempersilakan.

Sekilas Azzam melihat gadis remaja itu menatapnya sambil mengangguk lalu masuk ke dalam. Ini adalah kali ketiga ia bertatapan dengan gadis remaja itu. Ia yakin itu adalah Heba. Kalau boleh jujur, ia harus mengakui, bahawa ia belum pernah melihat gadis secantik Heba. Cantik dan cerdas. Sebab Ibrahim pernah cerita, di usia tujuh tahun, Heba telah menghafal Al-Quran. Hal itulah yang membuatnya mempunyai keinginan terhadap adiknya yang paling kecil supaya boleh menghafal Al-Quran seperti Heba.

Ibrahim mengambil gelas dan meminumnya. Tanpa banyak bicara, Azzam terus melakukan hal yang sama. Tujuh minit kemudian gelas itu telah kosong.

Azan Ashar mengalun dari Masjid Sayyeda Zaenab.

"Terima kasih Akhi. Saya pulang dulu," kata Azzam setelah itu.

"Maaf kalau kita tidak boleh banyak berbicara seperti biasa. Waktunya memang singkat. Jangan lupa doakan kami. Doa penuntut ilmu dari jauh yang ikhlas sepertimu pasti didengar Allah," tukas Ibrahim.

"Sama sama. Kita saling mendoakan."

Azzam lalu bergegas kembali ke gerai Ammu Ragab dan menyimpankan dagingnya di sana. Ia hendak ke masjid solat Ashar dulu. Ia berjalan melalui lorong pasar. Terus ke tempat wudhu' masjid. Dan waktu kaki kanannya menginjak pintu masjid, sang mu'azzin melantunkan iqamat.

Selepas solat dan berzikir secekupnya, ia terus kembali ke pasar. Membeli bahan bahan untuk membuat bakso. Dan dengan langkah yang cepat, ia kembali ke gerai Ammu Ragab. Seorang pembantu Annu Ragab membantu mengangkatkan kacang soyanya ke pinggir jalan raya. Ia memang berbelanja cukup banyak dan berat. Ia merasa perutnya sangat lapar, tapi tidak ada waktu lagi buat makan siang. Nanti saja jika suda sampai rumah.

Tidak lama kemudian baas enam lima datang. Namun sudah penuh sesak. Ia tidak jadi naik. Jika ia tidak membawa barang pasti sudah naik. Seperempat jam berlalu dan bas enam lima berikutnya tidak juga datang. Tidak ada pilihan, ia harus juga menaii teksi. Tidak ada salahnya ia realistik. Duit biaya produksi dalam keadaan tertentu susah untuk ditekan. Yang jelas selama dalam perhitungan masih ada keuntungan sesuai dengan margin yang ditetapkan tidak jadi problem.

Sebuah teksi melintas. Ia hentikan dan dengan cepat terjadi kesepakatan. Pemandu teksi membantu memasukkan barang barang perbelanjaan Azzam ke dalam bonet kereta. Azzam duduk di depan. Teksi melaju perlahan. Menyusuri Port Said Street. Pemandu teksinya seorang lelaki gendut setengah umur. Wajahnya bundar. Hidungnya besar. Rambutnya keriting kecil kecil. Khas keturunan Afrika. Kulitnya sedikit hitam, tapi tidak legam. Agaknya ia lelaki ramah :

"Kamu mahasiswa Al-Azhar ya?"

"Benar, Paman."

"Belajarlah dengan rajin agar tidak susah. Agar tidak jadi pemandu teksi seperti saya."

"Memamngnya jadi pemandu teksi susah, Paman?"

Pemandu teksi malah bercerita :

"Kalau dulu saya rajin berlajar dan mahu kuliah, pasti sudah jadi pegawai bank dengan gaji tinggi dan tidak susah seperti sekarang. kalau saja..."

Azzam terus sahaja memotong cerita itu. Ia tahu orang Mesir kalau cerita pasti akan ke mana mana. Kalau cerita bahagia akan melangit, kalau cerita susah akan sangat melankolis. Azzam tidka mahu dengar cerita itu. Ia sendiri juga sedamh susah. Maka dengan cepat ia memotong :

"E... Paman asal Cairo ya?" tanya Azzam.

"Ah tidak. Saya lahir di Sohag. Besar di Tanta dan bernikahdi Cairo."

"Sudah punya anak berapa, Paman?"

"Baru satu dan baru berumur satu tahun."

"Yah. Saya termasuk yang terlambat bernikah. Saya bernikah waktu berumur 46 tahun. Tahu sendiri. Bernikah di sini tidak mudah."

Ini bukan kali pertama Azzam mendengar cerita seperti ini. Di Mesir dan negara Arab lainnya, bernikah memang sangat mahal. Sehingga tidak sedikit tang terlambat bernikah. Golongan yang hanya cukup cukup, tapi tidak kaya, biasanya banyak terlambat. Baik lelaki mahupun perempuan. Justeru sekalian golongan yang miskin malah banyak yang bernikah muda. Mereka bernikah dengan sesama orang miskin, sehingga syarat syarat bersifat material sama sama dimudahkan.

Banyak ulama Mesir yang menyeru supaya memurahkan mahar dan memudahkan syarat. Tapi seruan itu seperti angin yang belalu tanpa bekas. Si Ibrahim, penjual daging langganannya ingin sekali segera bernikah. Namun belum juga boleh ebrnikah kerana persoalan material.

"Saya sarankan kamu jangan sekali kali punya fikiran menikah gadis Mesir." Gumam sang pemandu.

"Kenapa, Paman?"

"Susah 99.9 peratus perempuan Mesir itu menyusahkan. Keluarga mereka juga menyusahkan."

"Ah biar betul, Paman."

"Benar. Serius!"

"Termasuk isteri Paman?" Entah kenapa spontan ia bertanya begitu.

"Iya. Apalagi dia. Rasanya tidak pernah dia buat suami bahagia, kecuali saat bulan madu dulu."

"Ah, Paman bohong. Tuan rumah saya di Hay El Ashir, seorang perempuan. Asal Mesir, Paman. Namanya Madam Rihem. Dia sangat baik. Kepada siapa saja. Kepada kami yang bukan ada hubungan dengannya, juga kepada para tetangga. Dia membuat kami bahagia, Paman. Dia sangat memahami jika kami lambat membayar wang sewa."

"Dia masuk dalam kelompok 0.001 peratus. Sudahlah, percayalah padaku. Jangan sekali kali kamu berfikiran mahu menikah gadis Mesir. Saya dengar nikah di Asia Tenggara itu mudah. Perempuan perempuannya juga sangat taat pada suami. Kamu orang mana?"

"Indonesia, Paman."

"Apalagi Indonesia. Sebaik baik manusia adalah orang Indonesia."

"Ah, Paman boleh saja basa basinya."

Teksi terus melaju melewati Maydan Ahmad Maher.

"Saya tidak basa basi. Saya serius. Tetangga saya yang baru naik haji tahun ini yang memberitahukan hal ini kepda saya. Ia melihat selama haji, jamaah haji yang paling lembut dan paling penurut adalah jamaah haji Indonesia."

Azzam tidak tahu harus menjawab apa. Tiba tiba matanya menangkap sesuatu di depan. Dua mahasiswi Indonesia di pinggir jalan tidak jauh dari Museum of Islamic Art. Kelihatannya ada sesuatu dengan mereka. Kedua duanya duduk. Yang satu, yang bertudung coklat muda kelihatannya menangis. Sementara yang satunya, yang bertudung biru kelihatannya sedang berusaha menenangkan temannya. "Masya Allah, dia kan mahasiswi yang tadi duduk di sebelahku," lirih Azzam.

"Paman, berhenti sebentar ya. Kelihatannya ada masalah dengan mahasiswi dari Indonesia itu." Pinta Azzam.

"Baik. Tapi jangan lama lama ya."

"Baik, Paman."

Azzam turun dan mendekati mereka berdua. Ia mendengar suara sesenggukan dari gadis bertudung coklat muda.

"Mmm, maaf Ukhti. Ada apa ya? Ada yang boleh saya bantu?" sapa Azzam sesopan mungkin. Beberapa orang Mesir melihat mereka. Gadis yang bertudung biru menjawab:

"Kami kena musibah. Dompet Ukhti Erna ini dicuri. Tadi basnya penuh sesak. Kami berdiri berdekatan pintu. Saya melihat pencuri itu mengambil dompet Ukhti Erna. Saya menjerit. Si pencuri terus melompat dari bas dan lari. Saya minta bas berhenti dan minta orang orang membantu mengejar pencuri itu. Tapi mungkin pemandunya tidak mendengar, soalnya kami berada di pintu belakang. Kami baru boleh turun di halte depan. Kami lari ke sini kerana pencurinya tadi melompat di sini. Dengan harapan ada orang Mesir yang menangkapnya. Tapi jejaknya saja tidak ada. Padahal dalam dompet itu ada wang dua ratus lima puluh dolar dan tujuh puluh lima pound. Sekarang kami baru sedar kami tidak punya wang sama sekali. Kami tak boleh pulang. Wangku sendiri sudah habis untuk beli kitab."

Azzam tahu kenapa mahasiswi itu sampai menangis. Dua ratus lima puluh dolar dan tujuh puluh lima pound itu sangat banyak bagi mahasiswa Indonesia di Cairo. Kalau bagi mahasiswa Brunei mungkin lain.

"Sudahlah diikhlaskan saja. Semoga diganti yang lebih baik oleh Allah. Oh ya, bukankah kalian tadi berlima atau berenam?"

"Ya tadi kami berenam. Ketika pulang kami berpisah di depan Masjid Sayyeda Zaenab. Mereka berempat naik teksi ke Dokki, sementara kami naik bas enam lima."

"Kalau boleh tahu, kalian tinggal di mana?"

"Di Abdul Rasul."

"Oh, baik. Kebetulan saya naik teksi. Tempat duduk belakang masih kosong. Kalian boleh ikut." Kata Azzam.

"Erna, ayuh sudahlah, kita ikut dia saja." Tanpa bicara sepatah pun mahasiswi bernama Erna itu perlahan bangkit. Azzam berjalan di depan. Ia membukakan pintu teksi. Dua mahasiswi itu masuk. Azzam melihat dua mahasiswi itu tidak membawa apa apa, selain yang bertudung biru membawa beg sandang hitam kecil.

"Lah, buku dan kitab yang dibeli mana?" Tanya Azzam.

"Tertinggal di dalam bas. Saat kami berdiri, kitab dalam beg plastik itu saya letakkan di bawah, kerana agak berat. Apabila saya melihat penjahat itu mencuri dompet Erna, saya sudah tidak ingat apa apa kecuali menjerit dan merebut dompet itu kembali. Dan ketika kami turun dari bas, kitab itu tertinggal di dalam bas." Jawab nahasiswi bertudung biru.

"Oh ya sudah. Semoga boleh dikesan." Sahut Azzam sambil menutup pintu teksi. Teksi perlahan bergerak. Fikiran Azzam juga bergerak bagaimana mendapatkan kembali kitab itu.

"Kitab apa saja yang kamu beli kalau boleh tahu?" Dan dari belakang terdengar jawapan :

"Lathaiful Ma'arif-nya Ibnu Rajab Al Hanbali, Fatawa Mu'ashirah-nya Yusuf Al-Qardhawi, Dhawabithul Mashlahah-nya Al Buthi, Al-Qawaid Al Fiqhiyyah-nya Ali An- Nadawi, Ushulud Dakwah-nya Doktor Abdul Karim Zaidan, Kitabul Kharraj-nya Imam Abu Yusuf, Al-Qamus-nya Fairuzabadi dan Syarhul Maqashid-nya Taftazani."

Azzam tidak berkomentar. Dari jawapan yang ia dengar, ia terus boleh memastikan tiga perkara. Pertama, jumlah harga kitab itu ratusan pound. Kedua, mahasiswi yang membeli kitab itu adalah orang yang sangat cibta ilmu. Ketiga, ia kemungkinan besar adalah mahasiswi Syari'ah.

"Basnya sudah lama jalan?" tanya Azzam.

"Kira kira lima belas minit yang lalu."

Tiba tiba sebuah idea berputar di kepalanya. Bas itu mungkin boleh dikejar jika teksi boleh memotong jalan. Apalagi bas itu padat. Pasti lebih lambat kerana akan banyak menurunkan penumpang. Itu jangkaannya.

"Paman boleh mengejar dan memotong jalan ke Masjid Nuril Kulliyatul Banat Nasr City?"

"Tentu boleh. Kejar mengejar dan memotong jalan itu kebiasaanku waktu masih muda."

"Lakukan itu, Paman, saya tambah lima pound."

"Tidak. Kalau mahu tampah sepuluh pound." Azzam berfikir sebentar.

"Baik."

Dan seketika itu, teksi tersebut menambahkan kelajuannya. Azzam memperbanyakkan membaca shalawat. Sementara dua penumpang di belakangnya diam dalam rasa sedih berselimut cemas. Tidak ada yang mereka lakukan kecuali menyerahkan semuanya kepada Allah yang Maha Menentukan Takdir.